Ragbi.MY

Ragbi.MY Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Ragbi.MY, Advertising/Marketing, .

16/01/2026

Di mana korang beraksi minggu ini?

Tahniah 🎉🎉🎉
01/12/2024

Tahniah 🎉🎉🎉

Tahniah Angels 💪
01/12/2024

Tahniah Angels 💪

Prestasi Cemerlang SK Sungai Mas (JHEOA) Cetus Semangat Komuniti Orang Asli Ceburi Sukan RagbiSK Sungai Mas (JHEOA) SESM...
03/11/2024

Prestasi Cemerlang SK Sungai Mas (JHEOA) Cetus Semangat Komuniti Orang Asli Ceburi Sukan Ragbi

SK Sungai Mas (JHEOA) SESMAS yang baru sahaja menubuhkan pasukan ragbi sentuh meraih pencapaian cemerlang pada kejohanan yang disertai baru-baru ini.

Pada Kejohanan Ragbi Sentuh anjuran SK Sg. Karang (SESUKAR) baru-baru ini, SESMAS yang dibarisi pemain daripada anak-anak komuniti orang asli menunjukkan prestasi membanggakan dengan meraih kedudukan di tempat ketiga dan bowl meskipun baru sahaja menubuhkan pasukan ragbi sentuh.

Guru Besar SK Sungai Mas, Encik Wan Aizaidi Wan Zakaria ketika dihubungi Ragbi.MY berkata, pencapaian yang ditunjukkan oleh pemain SESMAS adalah di luar jangkaan memandangkan mereka baru sahaja bermain ragbi sentuh dalam tempoh yang singkat.

"Kejayaan meraih tempat ketiga serta bowl adalah sesuatu yang sangat mengejutkan kerana kami berhadapan dengan pasukan-pasukan yang lebih berpengalaman dan mempunyai tempoh latihan lebih panjang berbanding SESMAS," kata Wan Aizadi.

"Pujian seharusnya diberikan kepada anak-anak didik SESMAS yang begitu bertenaga mempamerkan permainan berkualiti dan semangat kesukanan yang tinggi di samping bimbingan daripada jurulatih-jurulatih Kesatuan Ragbi Negeri Pahang (KRNP) yang turut hadir memberi sokongan," jelasnya lagi.

Menurut Wan Aizadi lagi, pihak sekolah sangat berterima kasih kepada Presiden KRNP dan seluruh barisan jurulatih yang meletakkan kepercayaan kepada anak-anak SESMAS menyertai kejohanan itu.

Salah seorang pemain SESMAS, Norhaliyana Irwan, 12, menceritakan kegembiraannya menyertai sukan ragbi dan menganggap kejayaan yang diperolehi adalah seperti mimpi menjadi kenyataan.

"Sebelum ini tidak pernah terlintas untuk menyertai sukan ragbi, tetapi apabila sekolah memperkenalkan sukan ini, saya dan kawan-kawan sangat teruja menyertainya," kata Norhaliyana.

Manakala bagi jurulatih SESMAS, Megat Muhammad Azrai Mahari p**a menjelaskan, pemain telah mula menyesuaikan diri dengan permainan ragbi sentuh dan pendedahan berterusan perlu dilaksanakan bagi memastikan bakat-bakat baru ini dapat digilap dengan lebih baik.

Pada kejohanan seterusnya, SESMAS akan turun beraksi di kejohanan ragbi sentuh anjuran SK Tanjung Lumpur pada 9-10 November ini.

SESMAS merakamkan ucapan terima kasih kepada Presiden KRNP, YM Dato' Indera Tun Putera Abdul Mubin Shah bin Dato' Indera Munir yang menaja yuran penyertaan ke Kejohanan Ragbi Sentuh SESUKAR sebagai dorongan dan sokongan kepada mereka untuk terus bergiat aktif dalam sukan ragbi.

"Berkat sokongan daripada semua pihak, SESMAS berazam untuk melahirkan bintang-bintang sukan ragbi seterusnya membawa nama negeri Pahang ke peringkat yang lebih tinggi," kata Wan Aizaidi mengakhiri temubual.

Keputusan perlawanan pasukan SESMAS di Kejohanan Ragbi Sentuh SK Sg. Karang

Group A
1. SK Sg. Karang 5 - 0 SESMAS
2. SESMAS 7 - 0 SK B. Katong

Playoff Cup/Plate/Bowl/Shield
1. SKIM 15 - 0 SESMAS

Quater Final Bowl/Shield
1. SK Tanah Putih 0 - 5 SESMAS

Semi Final Bowl
1. SK Paloh Hinai 17 - 0 SESMAS

SESMAS mendapat tempat Ke-3 Bersama Bowl 🥉

KRNP Dorong Penubuhan Pasukan Ragbi SK Sungai Mas (JHEOA)SK Sungai Mas (JHEOA) kini melakar sejarah apabila secara rasmi...
27/10/2024

KRNP Dorong Penubuhan Pasukan Ragbi SK Sungai Mas (JHEOA)

SK Sungai Mas (JHEOA) kini melakar sejarah apabila secara rasmi menubuhkan pasukan ragbi sentuh pertama sekolah itu.

Penubuhan pasukan ini adalah hasil inisiatif program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) oleh Kesatuan Ragbi Negeri Pahang (KRNP), yang bertujuan memperkenalkan sukan ragbi kepada murid-murid sekolah rendah orang asli di kawasan luar bandar.

Program CSR tersebut berjaya menarik minat murid-murid SK Sungai Mas untuk menceburkan diri dalam sukan ragbi, sekaligus mengasah bakat dan semangat berpasukan mereka.

Melalui usaha sama ini, pasukan ragbi sentuh SK Sungai Mas kini bersedia untuk menyertai kejohanan ragbi sentuh yang pertama mereka di Kejohanan Ragbi Sentuh anjuran SK Sungai Karang (SESUKAR).

Kejohanan ini bukan sahaja menjadi peluang buat murid-murid memperlihatkan kebolehan mereka, malah juga sebagai platform memupuk disiplin, ketahanan fizikal, dan nilai kesukanan yang tinggi.

Guru Besar SK Sungai Mas, Encik Wan Aizaidi Wan Zakaria, berkata bahawa pembentukan pasukan ini memberikan peluang buat murid-murid mendalami sukan yang sebelum ini kurang dikenali dalam kalangan mereka.

"Ini adalah permulaan yang baik untuk anak-anak didik kami, terutamanya anak-anak orang asli yang kini turut sama terlibat dalam sukan ragbi.

Dengan bimbingan yang diberikan oleh Kesatuan Ragbi Negeri Pahang, kami yakin mereka akan memberikan yang terbaik dalam kejohanan akan datang," katanya.

Latihan dan persiapan pasukan ini dijalankan secara intensif di bawah bimbingan jurulatih yang berpengalaman, Megat Muhammad Azrai Mahari.

Malah Presiden KRNP, YM Dato' Indera Tun Putera Abdul Mubin Shah bin Dato' Indera Munir turut menaja yuran penyertaan SK Sungai Mas ke kejohanan Ragbi Sentuh SESUKAR sebagai dorongan dan sokongan kepada mereka untuk terus bergiat aktif dalam sukan ragbi.

Murid-murid yang menyertai pasukan ragbi sentuh ini melahirkan rasa teruja dan bersemangat untuk bersaing dalam kejohanan tersebut. “Saya rasa bangga dapat sertai pasukan ini dan tak sabar nak tunjukkan kebolehan kami di padang,” ujar seorang pemain yang ditemui.

Dengan sokongan dan usaha gigih semua pihak, diharap pasukan ragbi sentuh SK Sungai Mas dapat memberi saingan dan mengharumkan nama sekolah mereka dalam kejohanan ragbi akan datang.

Pahang Open Junior Girls Touch Rugby 2024: Sasar Lahirkan Bakat Muda dalam Sukan RagbiPada 9 November ini padang SK Tg L...
22/10/2024

Pahang Open Junior Girls Touch Rugby 2024: Sasar Lahirkan Bakat Muda dalam Sukan Ragbi

Pada 9 November ini padang SK Tg Lumpur akan menjadi venue kepada Pahang Open Junior Girls Touch Rugby 2024.

Acara ini bertujuan untuk mempromosikan ragbi sentuh di kalangan pelajar sekolah serta menyediakan peluang kepada peserta perempuan bawah 12 tahun untuk menunjukkan kemahiran mereka dalam satu kejohanan peringkat kebangsaan.

Kejohanan tersebut dianjurkan oleh SK Tanjung Lumpur dengan kerjasama Kesatuan Ragbi Negeri Pahang (KRNP).

Menurut Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK Tanjung Lumpur, Mohd Juzairi Zainudin berkata, penganjuran kejohanan tersebut memasuki tahun kedua penganjuran dengan 16 pasukan dari seluruh negara bakal beraksi di padang SK Tanjung Lumpur.

"Acara ini dianjurkan dengan matlamat meningkatkan kecemerlangan kokurikulum dan pembangunan bakat di kalangan pelajar," jelas Mohd Juzairi kepada Ragbi.MY.

Manakala Sekretariat Kejohanan, Raja Masitah Raja Nasarudin p**a menjelaskan, 16 pasukan telah mengesahkan penyertaan antaranya dari Johor, Selangor, Terengganu, Perak dan negeri Pahang sendiri.

"Kami menjemput semua untuk menyokong penganjuran acara ini dan seterusnya menggalakkan bakat muda untuk terus cemerlang dalam sukan.

"Semua dijemput hadir memeriahkan hari kejohanan di samping menikmati keindahan pantai serta tempat-tempat menarik di Kuantan khususnya," jelas Raja Masitah.

Menghampiri hari kejohanan, pihak sekolah kini giat menjalankan persiapan akhir bagi memastikan kelancaran acara yang dinanti-nantikan oleh semua penggiat ragbi peringkat akar umbi.

Dalam pada itu, Guru Besar SK Tanjung Lumpur, Puan Norlida Mokhtar melahirkan penghargaan kepada semua pihak terlibat dalam merealisasikan penganjuran kejohanan tersebut dan berharap komuniti ragbi di negeri Pahang khususnya dapat memeriahkan lagi suasana semasa hari acara berlangsung.

Imej janaan AI ini membawa satu persoalan yang berlegar-legar dalam fikiran komuniti ragbi hari ini.
30/08/2024

Imej janaan AI ini membawa satu persoalan yang berlegar-legar dalam fikiran komuniti ragbi hari ini.

Sokongan komuniti ragbi dialu-alukan demi membangunkan bakat-bakat di peringkat akar umbi.Jom support!
22/08/2024

Sokongan komuniti ragbi dialu-alukan demi membangunkan bakat-bakat di peringkat akar umbi.

Jom support!

Mari menyokong pembangunan sukan ragbi tanah air
22/08/2024

Mari menyokong pembangunan sukan ragbi tanah air

PERLAWANAN PERSAHABATAN 5 PENJURU CETUS SEMANGAT 'BROTHERHOOD'AUROB terus memperkasakan komuniti ragbi setempat dengan m...
15/08/2024

PERLAWANAN PERSAHABATAN 5 PENJURU CETUS SEMANGAT 'BROTHERHOOD'

AUROB terus memperkasakan komuniti ragbi setempat dengan menganjurkan perlawanan persahabatan lima penjuru baru-baru ini.

Pasukan-pasukan seperti OILERS (Petronas), OPA (Alumni Maktab Tentera Diraja), STORM, PIRATES (UTM) dan AUROB sendiri bersaing antara satu sama lain dalam perlawanan bertujuan memupuk semangat 'brotherhood' antara satu sama lain.

Berlangsung di padang MPAJ AU2 pada 3 Ogos lepas, perlawanan yang dianjurkan telah mendapat sambutan menggalakkan daripada komuniti ragbi dan masyarakat setempat.

Kejayaan penganjuran perlawanan persahabatan tersebut adalah hasil sokongan daripada pelbagai pihak dan organisasi yang sentiasa menyokong pembangunan ragbi komuniti.

AUROB merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada:

🎉 MPAJ
🎉 ADUN HULU KELANG
🎉 TUETO WEAR
🎉 NARN IMAGE
🎉 NPG CAFE
🎉 RAGBI.MY
🎉 EMS SERVICES
🎉 CHANTEQ BUILDER
🎉 JOULETECH

Dan semua pihak yang menjayakan program tersebut.

Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ragbi.MY posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your business to be the top-listed Advertising & Marketing Company?

Share

Welcome to Ragbi.My!

We want to be the premier destination for rugby fans across Malaysia and bring our local scene to the world!

News, insights, tips, player coverage and even satires - all of this are finally for us rugby enthusiasts in Malaysia.

As we are excited with this endeavour, we know you will too! Join us - contribute to celebrate our rugby scenes with your local rugby news, photos, articles (of any rugby-related subject) and any become our local “kaki” in matches!

We are thrilled if you would like to write to us - send email to [email protected] or just message us. Our editor welcomes any contributions.