Mafar Media

Mafar Media We bring happy & good doctors forward.

20/08/2026

Kenapa orang tua kerap terjatuh dalam toilet?

Lampu tak terang, lantai licin dan penglihatan kurang jelas meningkatkan risiko, termasuk patah tulang. Pastikan lampu bilik air terang, gunakan permukaan anti-slip dan jalani pemeriksaan mata.

Dr Khairul Anwar Ayob, Orthopedic Surgeon, Ara Damansara Medical Centre.

20/08/2026

Tulang kuat perlukan rangsangan.

Aktiviti weight-bearing seperti berjalan atau jogging membantu tulang menyesuaikan diri dengan beban. Lagi awal mula, lagi baik, tapi usia bukan alasan untuk tak bergerak.

Dr Khairul Anwar Ayob, Orthopedic Surgeon, Ara Damansara Medical Centre.

04/08/2026

Dah tak makan nasi, tapi berat masih tak turun?
Cuba ingat balik… ada snacking, makan kuih, keropok atau jajan sikit-sikit tak sepanjang hari? 😅

Kita selalu rasa, “Alah, sikit je.” Tapi bila snacking banyak kali sepanjang hari, tetap menyumbang kepada pertambahan berat badan kita.

Tak semestinya kena stop terus semua. Mula dengan tengok balik apa yang kita makan dari pagi sampai malam, kemudian pilih mana yang boleh dikurangkan atau ditukar ikut kesesuaian diri.

Kalau dah cuba jaga makan tapi masih buntu, boleh sembang dengan doktor atau profesional pemakanan.

Maklumat ini bersifat umum dan bukan pengganti penilaian atau nasihat kesihatan profesional.

03/08/2026

Ingatkan demam biasa, tiba-tiba anak mengalami sawan.
Situasi macam ni memang boleh buat ibu ayah panik.

Dalam penilaian doktor, sejarah kesihatan anak dan sejarah keluarga, termasuk sawan ketika demam, mungkin membantu memberi gambaran yang lebih jelas. Namun, puncanya tak boleh dipastikan tanpa pemeriksaan.

Jika anak mengalami sawan atau keadaannya nampak merisaukan, dapatkan rawatan segera.

Maklumat ini untuk pendidikan umum dan bukan pengganti pemeriksaan atau nasihat perubatan.

03/08/2026

Behind the scenes with Dr. Khairul Anwar Ayob, Consultant Orthopedic, Trauma & Arthroplasty Surgeon, Ara Damansara Medical Centre.

Our job isn’t just pointing a camera. It’s translating years of clinical expertise into something people will actually stop, watch, and trust.

That’s the work behind the work.

03/08/2026

Baru habis main bola, tiba-tiba lutut berbunyi “pop”.
Nak bengkokkan atau gerakkan kaki pun sakit, memang terus rasa tak sedap hati.

Bunyi dan rasa sakit sahaja belum cukup untuk menentukan bahagian mana yang cedera. Doktor biasanya akan menilai keadaan sendi dan ligamen terlebih dahulu. Jika perlu, imbasan atau rujukan kepada pakar ortopedik mungkin dipertimbangkan mengikut keadaan.

Kalau sakit masih mengganggu pergerakan selepas bersukan, bolehlah datang untuk pemeriksaan.

Maklumat ini untuk pendidikan umum sahaja dan bukan diagnosis atau pelan rawatan individu.

03/08/2026

Bayi baru mula makan, tiba-tiba susah membuang atau perut nampak lebih kembung?
Memang boleh buat mak ayah tertanya-tanya sama ada semuanya okay.

Apabila bayi mula makanan pelengkap, perubahan berat atau masalah sembelit boleh berlaku. Waktu untuk mula makan p**a tak sama bagi setiap bayi kerana ia bergantung pada usia dan tahap kesediaannya.

Kalau bayi sukar membuang air besar, menangis ketika membuang atau perut kelihatan semakin kembung, elok dapatkan penilaian doktor. Nak tanya dulu tentang perkembangan pemakanan si kecil pun boleh.

Maklumat ini untuk pendidikan umum dan bukan pengganti pemeriksaan atau nasihat doktor.

02/08/2026

Bila setiap kali cuba bersama terasa sakit atau sukar, ramai mula tertanya-tanya, “Salah saya ke?”

Dalam video ini, Dr Amalia menerangkan tentang vaginismus. Keadaan ini boleh menyebabkan sesetengah pasangan mengalami rasa sakit atau kesukaran ketika bersama. Ia bukan salah sesiapa, dan perkara ini wajar dibincangkan tanpa rasa malu atau saling menyalahkan.

Kalau situasi ini mengganggu hubungan atau emosi, berbincanglah dengan profesional kesihatan untuk penilaian yang sesuai dan langkah seterusnya 🤍

Maklumat ini untuk pendidikan umum dan bukan diagnosis atau jaminan rawatan.

02/08/2026

Period dah lewat, tapi ujian kehamilan p**a negatif.
Makin tunggu, makin banyak benda bermain dalam kepala.

Haid lewat atau tidak datang boleh berlaku atas pelbagai sebab. Seperti yang diterangkan oleh Dr Amalia, satu keputusan ujian kehamilan negatif sahaja belum tentu menjelaskan apa yang sedang berlaku.

Jika keadaan ini berterusan, ada simptom lain atau rasa risau masih tak reda, elok dapatkan penilaian profesional. Tak perlu meneka sendiri terlalu lama 🌿

Maklumat ini untuk pendidikan umum dan bukan diagnosis atau pengganti nasihat profesional kesihatan.

Address

Bandar Baru Bangi
43650

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mafar Media posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Mafar Media:

Shortcuts

Share