24/10/2022
FUNNEL MARKETING - PART 5
Meh sini Akedemi Masta terangkan secara ringkas apa itu Corong Pemasaran.
[ Posting ni panjang sikit..sebab ada 3 part nak kena jelaskan ]
(KEMPEN KESEDARAN)
Bila anda orang baru, atau nak mulakan sesuatu bisnes baru. Pastinya dalam fikiran anda fikir bagaimana nak suruh orang membeli? Bagaimana nak ramaikan follower? Bagaimana nak tingkatkan engagement like, komen dan shared?
Pada fasa ini, ianya bukan fasa dimana anda harus menjual produk anda. Bukan fasa dimana anda harus hardselling produk anda yang baru dalam pasaran sehari dua. Orang tak kenal pun. Minat apatah lagi!
Jadi, anda harus perbanyakkan infomasi tentang produk atau servis anda.
Lepas tu buat apa p**a..?
Haa, ada dua..proses free atau buang duit.
Ini biasa kebanyakkan pemain gunakan.
Boleh cetak flyers, boleh shared page ke personal media social korang.
Atau cara lain nak buang/bakar duit..
Buat Paid Ads! Merata iklan akan pergi dan mencari suspek siapa yang mungkin s**a dengan produk, servis kita. Akan tetapi, visual main peranan la sebab nak get attention mata mereka supaya baca iklan kita.
Bila mereka lihat, mereka baca, mereka faham..tugas mereka adalah like page dan follow...bukan membeli.
(KEMPEN MEMUJUK)
Jika anda dah masuk fasa ini, anda harus lebih aggressive buat sharing tentang apa bagusnya produk anda. Apa kelebihan produk? Ada atau tidak customer yang pernah mencubanya? Tunjukkan testimoni mereka!
Tahap ini anda sudah boleh shared untuk mereka yang dah ready untuk membeli dengan anda. Tetapi, jangan terlalu HARD-SELLING!
Ada dua cara juga, iaitu shared posting anda pada personal atau group-group yang sesuai "berkaitan" dengan servis atau produk anda.
Atau PAID ADS, bayar dengan servis pengiklan seperti fesbuk atau tiktok ads, mengedar risalah dan sebagainya.
(KEMPEN BELI)
Kempen beli ini bemaksud, prospek dah kenal dengan produk anda. Prospek dah mula percaya dengan servis dan produk anda. Prospek yang ready to buy.
Senang kata, sudah ada trust dengan anda. Segala info, anda sudah berikan pada mereka, dan mereka faham tentang kelebihan, kebaikkan, kekurangan dan faedah bila dapat produk anda ini nanti.
Jadi, anda boleh terus buat jualan dengan mencipta kempen yang realistik, dipercayai, menarik, dan ianya berbaloi kepada prospek anda untuk beli dan susah untuk ditolak.
Pastikan anda juga bersedia dengan soalan dan jawapan jika prospek anda bertanya. Pastikan kaedah dan cara pembelian dalam keadaan bersedia dan mudah untuk prospek buat bayaran.
Harap perkongsian ini akan membantu anda untuk lebih faham apak flow atau step yang harus anda buat pada setiap peringkat.
Jika ada sebarang pertanyaan, sila drop komen dibawah untuk kami bantu!
Akedemi Masta