10/07/2016
TERIMA KASIH SEMUA
Assalamualaikum dan salam sejatera.
Untuk makluman rakan-rakan Facebook saya yang dikasihi kerana Allah sekalian, pada minggu hadapan Syarikat saya akan dinilai oleh penilai-penilai dari UKM CESMED bagi memenuhi keperluan subjek Keusahawanan yang saya ambil pada semester yang lalu.
Jesteru saya mohon jasa baik semua untuk mendoakan agar urusan saya dipermudahkan oleh-Nya. Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang banyak memberi kata-kata semangat, bantuan dan teguran tanpa jemu kepada saya agar dapat terus mencipta kejayaan dalam bidang keusahawanan ini.
Penghargaan ini saya khususkan buat ayah ibu saya iaitu Encik Jamian Simor dan Puan Hamidah Wakijan. Seterusnya, tidak lupa juga kepada kaum keluarga, rakan-rakan Kampung Paya Palembang, rakan-rakan sekolah dan rakan-rakan sekuliah Kejuruteraan Pembuatan saya. Setinggi-tinggi penghargaan juga saya tujukan kepada para pensyarah di JKMB UKM dan warga UKM CESMED yang telah banyak membantu saya dalam mentadbir dan mengurus syarikat saya saya ini. Tanpa bantuan Allah dan kalian, saya tidak akan berada di tahap ini.
Saya juga memohon maaf atas kekhilafan yang telah saya lakukan kepada kalian sama ada sengaja mahupun tidak sengaja. TERIMA KASIH SEMUA. Moga Allah balas jasa kalian dengan sebaik-sebaik kebaikan.
p/s: perniagaan saya yang bakal dinilai ialah MyAds. Kalian dijemput untuk LIKE page rasmi MyAds
https://www.facebook.com/myadsmalaysia/
dan FOLLOW instagram rasmi MyAds
https://www.instagram.com/myadsmalaysia/