Typical Dayak

Typical Dayak Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Typical Dayak, Social Media Agency, Bau.

Buaya dikesan berhampiran Pantai Sematan pagi tadi, menyebabkan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) digerakk...
21/07/2026

Buaya dikesan berhampiran Pantai Sematan pagi tadi, menyebabkan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) digerakkan ke lokasi.

Bagaimanapun, reptilia tersebut dipercayai telah kembali ke laut sebelum pasukan APM tiba. Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mengelakkan daripada menghampiri kawasan berkenaan, memandangkan beberapa laporan penampakan buaya turut diterima di sekitar kawasan tersebut.

📸 Foto: Facebook APM Lundu Sematan

⛽🏍️ PELUANG UNTUK BELIA N.02 TASIK BIRU! 🏍️⛽SABERKAS Cawangan Tasik Biru dengan sukacitanya menjemput belia yang layak u...
20/07/2026

⛽🏍️ PELUANG UNTUK BELIA N.02 TASIK BIRU! 🏍️⛽

SABERKAS Cawangan Tasik Biru dengan sukacitanya menjemput belia yang layak untuk datang ke Program pemberian Baucar Petrol Motosikal sebagai tanda sokongan kepada mobiliti dan pembangunan belia.

Program ini bertujuan membantu meringankan kos perjalanan belia serta menghargai peranan mereka dalam pembangunan komuniti.

📅 Tarikh: 22 Julai 2026 (Rabu)
🕘 Masa: 9.00 pagi – 12.00 tengah hari
📍 Tempat: Dewan Suarah Bau

Syarat Kelayakan:
✅ Berumur 18–25 tahun
✅ Belia N.02 Tasik Biru
✅ Warganegara Malaysia
✅ Memiliki Lesen Motosikal Kelas B2

Majlis akan dirasmikan oleh YB Datuk Henry Harry Jinep, Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak (Laut dan Sungai) merangkap ADUN N.02 Tasik Biru.

📢 Jangan lepaskan peluang ini! Kongsikan berita baik ini kepada ahli keluarga dan rakan-rakan yang layak agar lebih ramai belia mendapat manfaat daripada inisiatif ini.

BAU Gawai Parade 2026The Bau Gawai Parade 2026 will be held on 23 May 2026 (Saturday), starting at 5:00 PM.The parade wi...
22/05/2026

BAU Gawai Parade 2026

The Bau Gawai Parade 2026 will be held on 23 May 2026 (Saturday), starting at 5:00 PM.

The parade will begin and end at Pasar Bau, bringing together various contingents to celebrate the spirit of Gawai, cultural heritage, and community unity in Bau.

Tahniah👏🏻👏🏻➡️SMK Lake Pertandingan Inovasi Sains, Teknologi Dan Kejuruteraan (PISTEK) Peringkat Kebangsaan Tahun 2026🗓04...
06/02/2026

Tahniah👏🏻👏🏻
➡️SMK Lake
Pertandingan Inovasi Sains, Teknologi Dan Kejuruteraan (PISTEK) Peringkat Kebangsaan Tahun 2026
🗓04 - 06 Februari 2026
📍Universiti Multimedia, Cyberjaya, Selangor

Pencapaian:
🏆Tempat keempat Peringkat Kebangsaan✨✨

Wakil Malaysia🇲🇾
Regeneron International Science and Engineering Fair (ISEF) 2026
🗓09 - 15 Mei 2026
📍Phoenix, Arizona, Amerika Syarikat

All the best !!! SMK Lake💪💪

26/01/2026

KUCHING, 26 Jan: Rancangan menaik taraf jalan Batu 7 ke Bau kepada empat lorong kini diperingkat proses tender, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Dato Lo Khere Chiang.

Beliau berkata, ia sangat penting kerana jalan sedia ada sempit dan tidak mampu menampung jumlah kenderaan yang semakin meningkat sekali gus menyebabkan kesesakan lalu lintas setiap hari.

“Kerajaan merancang pembinaan jalan empat lorong. Laluan empat lorong yang dicadangkan ini bermula dari lampu isyarat di Batu 7 hingga ke Bau. Kemudian, dari Kampung Bumbok ke Stephen Yong.

“Kerja bermula dari Bau dan diteruskan ke Stephen Yong kerana laluan itu merupakan jalan penting,” katanya ketika melawat lokasi tanah runtuh dan paip pecah di Jalan Batu Kitang, hari ini.

Menurutnya, apabila siap kelak, kenderaan bersaiz besar akan dapat menggunakan Jalan Stephen Yong untuk ke Bau dengan lancar dan laluan tersebut disambung ke Kampung Bumbok.

Tambahnya, hampir keseluruhan Jalan Stephen Yong mempunyai empat lorong namun hanya dari Kampung Bumbok ke persimpangan Jalan Wee Boon Ping masih dua lorong.

“Jika laluan ini tidak diperbesarkan, ia akan menyebabkan kesesakan lalu lintas kerana jalan sedia ada sempit. Sebab itu projek dimulakan dari Bau turun ke Bumbok dan seterusnya ke Stephen Yong untuk dilebarkan kepada empat lorong,” ujarnya.

Lo berkata, peluasan jalan tersebut bertujuan meningkatkan kapasiti laluan, melancarkan pergerakan trafik serta mengurangkan risiko kesesakan dan kemalangan.-TVS

26/01/2026

Nya padah boleh

Address

Bau

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Typical Dayak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share