08/04/2021
DUA orang beradik Tan Yu Yeh dan Tan Yu Wei yang memiliki syarikat Mr DIY Group (M) Bhd, kini tersenarai antara hartawan terkaya tahun ini oleh majalah antarabangsa Forbes.
Nak tahu harta depa berapa? Masing-masing dianggarkan memiliki harta bernilai AS$1.8 bilion (RM7.43 bilion) dan AS$1.1 bilion (RM4.54 bilion)!
Yu Yeh bukan ada ijazah perniagaan pun, dia belajar fizik kat Universiti Malaya manakala Yu Wei belajar pengurusan kat USM.
Asalnya mereka buka kedai kat Jalan Tuanku Abdul Rahman je pada Julai 2006. Buruk je kedai tu, tipikal kedai hardware.
Tetapi dari sebuah kedai kecil itu, kini depa dah buka lebih 700 buah cawangan di Malaysia, Thailand dan Brunei dengan pelanggan yang datang lebih 80 juta orang setahun, gila!
Konsep depa mudah je, sekali korang masuk kedai depa, korang pasti akan dapat cari apa saja barang yang korang nak guna dalam rumah korang.
Setiap bulan, depa akan import lebih 200 kontena barang-barang perkakasan rumah dari China, Thailand, Indonesia dan Vietnam bawa masuk ke Malaysia, senang-senang je.
Kat Mr. DIY, ada lebih 20,000 produk yang tergolong dalam sembilan kategori, pilih je korang nak apa.
Sekarang ni mereka buat kerjasama dengan Tesco, Aeon dengan Giant pulak...mana-mana mall di bawah tiga syarikat tu , adalah Mr. DIY menyelit kat situ.
Jadi bila Yu Yeh dengan Yu Wei termasuk dalam senarai Forbes tu, kita kat rumah tak perlulah terkejut sangat.
Di saat kita dok bergaduh dan bertekak pasal siapa nak jadi kerajaan, bila nak pilihan raya dan pasal apa Neelofa boleh gi honeymoon kat Langkawi, dua beradik ni senyum je tengok duit masuk dalam kantung mereka berdua, macam ayor, pergh!