Pertubuhan Kebajikan Pengurusan Wakaf Ummatul Hilmaz

Pertubuhan Kebajikan Pengurusan Wakaf Ummatul Hilmaz Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang bertanggungjawab mengumpul dana untuk membantu insan-insan yang memerlukan di luar sana.

Tanggungjawab kami adalah untuk membantu ummah.

Alhamdulillah Kami di Tim Ummatul Hilmaz Terengganu memudahkan Tuan/puan untuk berwakaf.πŸ‘‰ InsyAllah jika tuan/puan berha...
24/02/2022

Alhamdulillah Kami di Tim Ummatul Hilmaz Terengganu memudahkan Tuan/puan untuk berwakaf.

πŸ‘‰ InsyAllah jika tuan/puan berhajat nak abadikan nama di telaga sebagai kenangan.Boleh juga hadiahkan untuk ARWAH atau ahli keluarga yang masih hidup.

πŸ‘‰Dan saudara kita disana dapat mendoakan P**a kesejahteraan si penama.Tuan/puan boleh ambil ikut bahagian.Kadarnya murah jea. 1 bahagian=1 nama.Terp**ang nak berapa bahagian.
telaga ini masih mengalir..🀲🏼🀲🏼
P/S* :
πŸ“Œ Harga termasuk Gambar, Video dan Sijil Penghargaan
πŸ“Œ Sumbangan wakaf seikhlas hati dialu-alukan
πŸ“Œ Nama pewakaf akan tercatat pd perigi
πŸ“Œ Setiap wang keluar masuk akan diaudit kpd Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia
NAK ABADIKAN NAMA INSAN TERSAYANG DI TELAGA
Boleh tekan link di dibawahπŸ‘‡πŸ‘‡
πŸ“± http://www.wasap.my/601110684198/nakinfowakafNigeria7
πŸ“± http://www.wasap.my/601110684198/nakinfowakafNigeria7
πŸ“± http://www.wasap.my/601110684198/nakinfowakafNigeria7

JOM BUAT SYAITAN FRUSTPerasan tak, kita dah niat nak sedekah. Dah bajet dah setiap bulan berapa nak infaq. Dah fikir dah...
24/02/2022

JOM BUAT SYAITAN FRUST

Perasan tak, kita dah niat nak sedekah. Dah bajet dah setiap bulan berapa nak infaq. Dah fikir dah nak bagi pada siapa. Dah mula rasa gembira sebab tahu hebatnya ganjaran Allah.

Tapi bila sampai masa nak sedekah. Rasa macam sayang p**a nak bagi. Dalam hati terdetik nak dapat duit ni susah. Macam-macam alasan yg muncul dalam hati yg menghalang.
"Nanti-nantilah bagi."
"Orang ni buat-buat susah je kot, entah-entah scammer."
Sebenarnya, kita ni bukanlah kedekut sangat. Tapi kita sedang berperang dgn bisikan dan hasutan syaitan. Ya syaitan, sedang mencucuk dan menakut-nakutkan kita.

Memang tugas syaitan Allah sebutkan dalam al-Quran untuk menakut-nakutkan kita dgn kemiskinan. Bila kita rasa nak sedekah syaitan akan terus hasut untuk tinggalkannya.

Syaitan akan buat kita takut. Konon-konon bila kita bersedekah nanti duit akan semakin sikit. Harta akan habis. Kita akan jatuh miskin kalau banyak menghulur.

Itu semua matematik syaitan. Sedangkan matematik Allah adalah semakin banyak kita keluarkan duit untuk sedekah. Semakin luaslah rezeki yg Allah akan berikan.

Ganjaran rezeki dari Allah bukan sekadar dalam bentuk wang ringgit. Bahkan juga rezeki itu melalui keampunan dan rahmat-Nya. Jangan sesekali melimitkan rezeki dalam soal wang ringgit semata.
Jadi, bila tiba-tiba ada rasa sayang masa nak bersedekah. Kena cepat-cepat nafikan perasaan tu. Pekakkan saja telinga bila ada terdetik rasa sayang nak memberi.

Kebalkan hati. Cepat-cepat keluarkan duit dan hulur terus. Atau zaman sekarang ni, mudah sangat log in online banking. Terus transfer cepat-cepat sampailah dah "successful".
Masa tu, Alhamdulillah kita dah menang melawan hasutan syaitan. Kita berjaya bersedekah setelah bergelut jiwa melawan hasutan syaitan. Mesti syaitan frust gila.

Oleh itu, kami Pertubuhan Ummatul Hilmaz ingin mengajak saudara semua menyumbang dalam Hilmaz Cakna. Melalui program ini kami akan agihkan bantuan pek makanan dan barang keperluan kpd asnaf tempatan.

KEMANISAN BERSEDEKAHSEDEKAH adalah tanda keikhlasan memberi sesuatu yang dimiliki tanpa mengharapkan balasan. Apa diberi...
24/02/2022

KEMANISAN BERSEDEKAH

SEDEKAH adalah tanda keikhlasan memberi sesuatu yang dimiliki tanpa mengharapkan balasan. Apa diberikan itu semata-mata kerana ketakwaan kepada Allah.

Sedekah adalah pemberian golongan berkemampuan kepada golongan miskin.Ia berupa wang, makanan, pakaian, tempat tinggal, dan seumpamanya.

Memberi sedekah hukumnya sunat. Tetapi pada keadaan tertentu membawa kepada wajib. Ia bergantung kepada keperluan orang memerlukan bantuan.

Orang bersedekah tidak dilalaikan dengan kemewahan yang dijadikan ujian kepadanya. Dia mengharapkan balasan sebaik-baiknya daripada Allah iaitu Pahala selepas Mari.

Bagi orang yang bersedekah secara ikhlas, sedar bahawa bantuan dihulurkan itu nilai sedikit di dunia ini. Sedangkan Allah menyediakan nikmat lebih besar sebagai gantinya.

Kenikmatan hidup tidak hanya kepada nilai kekayaan dan kemewahan secara fizikal saja. Kedua-dua nikmat itu hanya sebahagian daripada nikmat yg dijanjikan Allah.

Salah satu kegembiraaan adalah dapat membantu menyelesaikan masalah hidup orang miskin.Ia merupakan satu nikmat kepuasan yang tidak terhingga.

Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya sedekah seorang Islam itu memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan teruk dan Allah SWT p**a menghapuskan dengan sedekah itu sikap sombong,takbur dan menbanggakan diri(dari pemberiannya)".(Bukhari)

Biarpun bersedekah hanya ibadat sunat tetapi kepentingan amalan tersebut amat utama. Sebab itu ganjaran bersedekah amat besar.
Kekayaan hanya mendatangkan manfaat ketika hayat masih ada. Tidak ada orang membawa kekayaan sehingga ke alam akhirat.
Ayuh kita semua membantu golongan yang memerlukan. Semoga kita semua memperolehi Kemanisan diakhirat kelak.Aaminn🀲

Address

LOT 3591 KEDAI TING 1 TAMAN D NIK, Jalan BESAR, KAMPUNG GONG BADANG
Jerteh
22000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Kebajikan Pengurusan Wakaf Ummatul Hilmaz posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share