ABIM Perlis

ABIM Perlis Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from ABIM Perlis, Kangar, Kangar.

31/08/2025
29/08/2025
03/08/2025

Kuala Lumpur: Golongan belia digesa melakukan saringan diabetes sebagai langkah awal mengesan dan merawat penyakit itu bagi mengurangkan risiko kematian pramatang.

13/07/2025
Assalamualaikum wbt, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM Perlis) akan menganjurkan sebuah program khas kepada muslimah s...
20/06/2025

Assalamualaikum wbt, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM Perlis) akan menganjurkan sebuah program khas kepada muslimah sahaja iaitu *_BADMINTON FOR MUSLIMAH_* seperti ketetapan berikut :

πŸ“†Tarikh : 22 Jun 2024
⏱️Masa : 3 - 5 Petang
🏬Bertempat di : Gelanggang Badminton Tertutup 1, Kompleks Belia dan Sukan Perlis.
🎟️Bayaran : RM2

Sesiapa yang berminat boleh wasap pada nombor di bawah ;

Ustazah Wan Izzati (016-3900741)

Jom malam ni
19/06/2025

Jom malam ni

KEJOHANAN FUTSAL PERPADUAN BELIA NEGERI PERLIS 2025Anjuran: Kelab Belia Perpaduan Bintong (BERPADU)Dengan kerjasama: Maj...
18/06/2025

KEJOHANAN FUTSAL PERPADUAN BELIA NEGERI PERLIS 2025

Anjuran: Kelab Belia Perpaduan Bintong (BERPADU)

Dengan kerjasama: Majlis Belia Negeri Perlis, Skuad AntiDadah, ABIM Perlis serta agensi-agensi yang terlibat seperti tertera dalam poster rasmi kejohanan.

Kejohanan ini merupakan platform perpaduan dan pembangunan sahsiah belia melalui sukan yang sihat dan berdaya saing. Ia juga menjadi medan menghimpunkan anak muda pelbagai latar belakang dalam semangat kesukanan, kerjasama dan integrasi nasional.

Tarikh: 12 Julai 2025 (Sabtu)
Masa: 8.00 pagi hingga selesai
Tempat: D'Futsal Centre, Kangar
Pasukan: 32 pasukan
Yuran: RM 80.00

Kepada pasukan yang berminat boleh buat pembayaran dan mendaftar pasukan anda melalui link ini sebelum 25 Jun 2025:
https://forms.gle/JKJsjnnnAGi51TYu8

Baca syarat-syarat penyertaan melalui link ini:
https://drive.google.com/file/d/1wqrm33QrS6WfGx_TT5jxbdydzmrg3Mii/view?usp=drive_link

Terima kasih

Tahniah kepada Ustaz Abu Nuh Muhammad Izzat hafizahullah
13/06/2025

Tahniah kepada Ustaz Abu Nuh Muhammad Izzat hafizahullah

π“π€π‡ππˆπ€π‡ 𝐀𝐋-π…π€πƒπ‡πˆπ‹ 𝐔𝐒𝐓𝐀𝐙 πŒπ”π‡π€πŒπŒπ€πƒ πˆπ™π™π€π“

Seluruh warga Maahad Tahfiz Ilmu Al-Quran Perlis (MATIQPs) merakamkan setinggi-tinggi tahniah atas pelantikan Al-Fadhil Ustaz Muhammad Izzat sebagai:

πŸŸ₯ Penasihat Agama Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PIKDM)

🟩 Timbalan Yang Dipertua Angkatan Belia Islam Malaysia Negeri Perlis/ ABIM Perlis

Pelantikan ini adalah satu pengiktirafan besar terhadap usaha dakwah, tarbiah dan kepimpinan Ustaz Muhammad Izzat dalam masyarakat.

Pada masa yang sama, kami pihak MATIQPs menzahirkan setulus penghargaan atas khidmat cemerlang Ustaz sebagai Mudir MATIQPs dari tahun 2021 hingga Jun 2025.

Jasa dan tunjuk ajar Ustaz Abu Nuh akan terus tersemat dalam ingatan dan amal para pelajar serta warga maahad.

✨ β€œTeruslah menabur bakti, menyinari ummah dengan ilmu dan hikmah.”

Tulus Ikhlas:
Warga Pengurusan & Pentadbiran, Guru-Guru & Seluruh Warga Maahad Tahfiz Ilmu Al-Quran Perlis (MATIQPs)





11/06/2025
09/06/2025

KENYATAAN MEDIA
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

9 Jun 2025 / 12 Zulhijjah 1446H

ABIM Rakamkan Takziah Buat Mangsa Kemalangan Bas Melibatkan Mahasiswa UPSI di Gerik

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merakamkan ucapan takziah dan simpati yang mendalam kepada seluruh keluarga mangsa yang terlibat dalam insiden kemalangan bas tempahan khas yang membawa 42 mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), yang berlaku berhampiran Tasik Banding, Gerik, Perak.

ABIM mendoakan agar roh mangsa yang terkorban dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Buat mereka yang cedera, kami memohon kepada Allah SWT agar diberikan kesembuhan segera serta ketabahan buat seluruh keluarga yang terkesan.

Insiden yang menyayat hati ini amat meruntun perasaan, lebih-lebih lagi kerana melibatkan para penuntut ilmu dan bakal pendidikβ€”tokoh masa depan yang bakal mencorakkan generasi akan datang.

Justeru itu, ABIM menegaskan keperluan untuk satu siasatan menyeluruh dan telus dijalankan segera bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian. Aspek keselamatan pengangkutan yang membabitkan pelajar institusi pendidikan tinggi juga perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak berkaitan.

Dalam masa yang sama, ABIM menyeru seluruh masyarakat untuk menzahirkan rasa solidariti dan kebersamaan dengan memberikan sokongan moral serta bantuan yang sewajarnya kepada para pelajar dan keluarga mangsa yang terlibat.

Ψ₯ΩΩ†ΩŽΩ‘Ψ§ لِلّهِ وَΨ₯ΩΩ†ΩŽΩ‘Ψ§ Ψ₯ΩΩ„ΩŽΩŠΩ’Ω‡Ω Ψ±ΩŽΨ§Ψ¬ΩΨΉΩΩˆΩ’Ω†ΩŽ
β€œSesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nyalah kita kembali.”
(Al-Baqarah: 156)

Ahmad Fahmi Mohd Samsudin
Presiden
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Address

Kangar
Kangar

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:00
14:30 - 17:00

Telephone

+60135870980

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ABIM Perlis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to ABIM Perlis:

Share