Laman Web

Laman Web Bina kepercayaan pelanggan dengan laman web yang menarik, profesional dan meyakinkan.

We are passionate in providing a consumer-centric approach of web solutions that enhance the browsing experience of users.

19/01/2025

Untuk website showcase minggu ini, kami berjaya menghasilkan website Pastelsey. Ditubuhkan sejak 2017, Pastelsey menawarkan telefon pintar dan aksesori secara atas talian pada harga yang berpatutan.
Team kami telah diberi kepercayaan oleh Pastelsey untuk membina laman e-commerce yang berfokus kepada kemudahan pembayaran secara ansuran (Monthly Payment) dan Buy Now Pay Later dengan kerjasama Grab.
Dengan adanya pilihan ini, maka lebih mudahlah orang ramai untuk miliki telefon pintar idaman yang sesuai dengan bajet.
Pada masa yang sama, website ini juga telah membantu Pastelsey untuk meningkatkan brand awareness secara berkesan.

Susah untuk menarik perhatian audiens dan galakkan mereka untuk memberi direct respon di website anda❓Dengan adanya CTA ...
14/01/2025

Susah untuk menarik perhatian audiens dan galakkan mereka untuk memberi direct respon di website anda❓
Dengan adanya CTA yang efektif pada website, ia dapat menggalakkan audiens anda untuk bertindak dan terlibat dengan website anda dengan lebih aktif.
Nak start tapi tak tahu macam mana? Tenang, Laman Web kan ada!
Team kami mempunyai pengalaman lebih dari 13 tahun dalam industri web design & development di Malaysia.
Jangan lepaskan peluang ini untuk mengubah cara audiens berinteraksi dengan website anda. Optimumkan CTA pada website anda untuk capai matlamat business anda dengan lebih berkesan!
Berminat? Klik link di komen untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Laman Web.

Tahukah anda perbezaan antara SEO On-Page dan SEO Off-Page❓SEO On-Page tentang meningkatkan kualiti website anda termasu...
09/01/2025

Tahukah anda perbezaan antara SEO On-Page dan SEO Off-Page❓
SEO On-Page tentang meningkatkan kualiti website anda termasuk content, struktur website dan penggunaan kata kunci untuk meningkatkan kedudukan dalam enjin pencarian Google.
Manakala, SEO Off-Page p**a memperluas pengaruh website anda dan mendapat kredibiliti yang tinggi di enjin pencarian terutamanya melalui backlink dari website lain.
Inilah strategi yang akan menonjolkan website anda dan menarik perhatian target audiens anda❗️

05/01/2025

Aisha Boutique merupakan jenama pakaian wanita dan kanak-kanak yang menawarkan koleksi rekaan yang unik dan selesa seperti pario, kaftan dan baju kurung.
Bagi mengukuhkan lagi jenama mereka, team kami telah ditugaskan untuk membina sebuah website e- commerce yang sesuai dengan identiti Aisha Boutique.
Laman web dengan rekaan dan navigasi yang ringkas serta tersusun telah memudahkan para pelanggan Aisha Boutique untuk membeli-belah secara online dengan cukup mudah.
Ciri search bar pada laman utama juga telah membantu dalam meningkatkan user experience yang ingin mencari produk dengan lebih spesifik dan mudah.
Selain itu, laman ini juga dilengkapi dengan kemudahan Wishlist bagi membolehkan pelanggan men jejaki barangan yang mereka gemari dan membelinya dengan mudah pada masa akan datang.
Pautan butang bagi akaun media sosial Aisha Boutique turut disertakan di laman utama supaya pelanggan dapat ikuti perkembangan jenama ini di platform kegemaran mereka.

Sekiranya anda ingin membina website untuk perniagaan atau projek peribadi, WordPress adalah pilihan ideal untuk anda.👍W...
21/12/2024

Sekiranya anda ingin membina website untuk perniagaan atau projek peribadi, WordPress adalah pilihan ideal untuk anda.👍
WordPress adalah platform pengurusan kandungan yang sangat pop**ar dan user-friendly .
WordPress menawarkan kebebasan dan fleksibiliti untuk mengubah dan mengatur content website anda dengan hanya beberapa klik sahaja.
Dengan WordPress, anda tidak perlu mempunyai pengetahuan teknikal yang mendalam untuk handle website anda dengan sempurna.

15/12/2024

Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan Elrah Exclusive, sebuah jenama baju Melayu dan kurta yang tak asing lagi di Malaysia.
Team kami telah diberi tanggungjawab untuk membina satu laman web e-commerce supaya Elrah dapat tingkatkan lagi jualan secara atas talian.
Untuk mewujudkan satu pengalaman membeli-belah yang terbaik, kami telah membangunkan sebuah website user-friendly dengan layout yang ringkas.
Pelanggan dapat membuat perbandingan harga serta rekaan pakaian dengan mudah menerusi kategori ‘New In’, ‘Kurta’ dan ‘Baju Melayu’ yang dipaparkan pada Home Page.
Team kami turut menambah ciri ‘How To Order’ dan ‘Track Your Order’ bagi memastikan proses pembelian dan pesanan berjalan dengan lancar.
Elrah Exclusive juga memanfaatkan website ini untuk mengajak orang ramai menjana pendapatan sebagai dropship.
Ciri ‘Dropship Login/Register’ membolehkan ahli baharu untuk mendaftar dan ahli sedia ada untuk uruskan semua pesanan dalam satu platform.

Bila anda fikir website anda sudah selesai, realiti dunia digital selalu menunjukkan sebaliknya😂 .Website sentiasa dalam...
12/12/2024

Bila anda fikir website anda sudah selesai, realiti dunia digital selalu menunjukkan sebaliknya😂 .
Website sentiasa dalam proses maintenance yang berterusan. Ia adalah dunia yang sentiasa berubah, optimization dan proses inovasi tanpa henti. 📈

Bosan dengan website yang sukar diakses pada desktop, tablet atau telefon bimbit anda?Jangan ambil mudah. Website yang t...
10/12/2024

Bosan dengan website yang sukar diakses pada desktop, tablet atau telefon bimbit anda?
Jangan ambil mudah. Website yang tidak mobile responsive akan menyebabkan audiences lari!
Dengan pendekatan responsive design, website anda akan beradaptasi dengan lancar pada semua saiz skrin.
Di Laman Web, ciri responsive design adalah keutamaan bagi team web designer kami.
Kami akan memastikan setiap website yang dibina mesra mobile dan dapat diakses dengan lancar agar dapat meningkatkan user experience di kalangan audiences anda.💡✨
Inginkah design website yang responsif?
Anda boleh klik link di bawah untuk dapatkan maklumat lanjut tentang Laman Web.
KLIK:
http://www.wasap.my/601110393447
http://www.wasap.my/601110393447

𝗞𝗲𝗻𝗮𝗽𝗮 𝗽𝗼𝘀𝘁 𝘀𝗮𝘆𝗮 𝘁𝗮𝗸 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝗿𝗮𝗻𝗸𝗶𝗻𝗴 𝗱𝗶 𝗚𝗼𝗼𝗴𝗹𝗲?🤔Salah satu sebabnya adalah kerana URL SEO friendly. 👇SEO-FRIENDLY URL adal...
05/12/2024

𝗞𝗲𝗻𝗮𝗽𝗮 𝗽𝗼𝘀𝘁 𝘀𝗮𝘆𝗮 𝘁𝗮𝗸 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝗿𝗮𝗻𝗸𝗶𝗻𝗴 𝗱𝗶 𝗚𝗼𝗼𝗴𝗹𝗲?🤔

Salah satu sebabnya adalah kerana URL SEO friendly. 👇
SEO-FRIENDLY URL adalah URL yang kaya dengan kata kunci dan dioptimumkan untuk SEO.
Ia dibuat mengikuti standard piawaian berdasarkan panduan SEO. SEO-friendly URL adalah ringkas, mudah difahami, dan mengandungi kata kunci yang relevan.
Contoh SEO-FRIENDLY URL: https://en.wikipedia.org/wiki/website
Manakala, SEO-Unfriendly URL p**a menggunakan taktik link building yang lemah seperti teks tersembunyi (hidden text), penggunaan kata kunci secara berlebihan (keyword stuffing), spamming, dan sebagainya.
Contoh SEO-Unfriendly URL: https://www.website.com/index.php?id_wca=750&clcu27sap.
Dapat sesuatu yang bermanfaat?
Cukup LIKE, KOMEN, dan SHARE post kami agar lebih ramai dapat merasakan manfaatnya!💪

02/12/2024

Untuk website showcase minggu ini, kami berjaya menghasilkan website yumna.com.
Koleksi pakaian ironless dari Yumna Boutique memang cukup terkenal dalam kalangan kakitangan awam dan guru di Malaysia.
Untuk menggalakkan jualan secara langsung kepada pelanggan, team kami telah ditugaskan untuk membangunkan sebuah website e-commerce untuk Yumna Boutique.
Laman utama yang memaparkan pilihan New Arrival menjadi ciri utama kepada Yumna Boutique bagi mengetengahkan koleksi terkenal mereka iaitu baju kurung ironless dengan rekaan terkini kepada pelanggan.
Team kami juga bertanggungjawab untuk menghasilkan website yang mesra pengguna bagi memudahkan pembelian pelanggan.
Navigasi ringkas di laman utama juga dapat membantu pelanggan untuk membuat perbandingan harga dengan mudah sebelum membeli.

Pernahkah anda mengalami situasi di mana semasa sedang melayari laman web, tiba-tiba muncul popup yang beritahu aktiviti...
11/11/2024

Pernahkah anda mengalami situasi di mana semasa sedang melayari laman web, tiba-tiba muncul popup yang beritahu aktiviti orang lain di website tersebut, seperti sumbangan atau pembelian produk?
Ya, itulah yang dikenali sebagai '𝗥𝗲𝗰𝗲𝗻𝘁 𝗣𝗼𝗽𝘂𝗽 𝗡𝗼𝘁𝗶𝗳𝗶𝗰𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻’. Dengan features ini, anda dapat menunjukkan kepada pelanggan bahawa website anda sentiasa aktif.
Anda boleh memaparkan aktiviti pada recent popup notification mengikut citarasa anda seperti review, subscription, pembelian dan banyak lagi!
Inilah strategi terbaru yang banyak digunakan oleh businessman di website e-commerce dan donation untuk gain trust pelanggan sedia ada dan menarik lebih banyak pelanggan baru.
Jika anda berhasrat meningkatkan kepercayaan pelanggan dan menarik perhatian mereka dengan ciri menarik ini, Laman Web dengan sukacitanya akan membantu anda!

Address

PT 2499 Tingkat 1, Kampung Cherang
Kota Bharu
15200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Laman Web posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Laman Web:

Share

Category