17/07/2021
Bagi mereka yang ingin ditolong oleh Allah ﷻ, yang belum sampai jodohnya, belum dikurniakan anak, rezekinya sempit, pekerjaan hilang, marketing tak menjadi, maka amalkan intipati Surah Nuh ayat 10 - 12 ini kerana orang yang banyak istighfar dan memohon keampunan kepada Allah ﷻ, maka Allah ﷻ akan curahkan Rahmat-Nya, hujan yang lebat, Allah ﷻ akan perbanyak harta, Allah ﷻ perbanyak anak (maknanya ada jodoh).
فَقُلْتُ ٱسْتَغْفِرُوا۟ رَبَّكُمْ إِنَّهُۥ كَانَ غَفَّارًا ١٠
Maka aku berkata (kepada mereka), "Mohonlah ampunan kepada Tuhanmu, Sungguh, Dia Maha Pengampun".
(Surah Nuh: 10)
يُرْسِلِ ٱلسَّمَآءَ عَلَيْكُم مِّدْرَارًا ١١
"Nescaya Dia akan menurunkan hujan yang lebat dari langit kepadamu".
(Surah Nuh: 11)
وَيُمْدِدْكُم بِأَمْوَٰلٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَل لَّكُمْ جَنَّٰتٍ وَيَجْعَل لَّكُمْ أَنْهَٰرًا ١٢
"Dan Dia memperbanyak harta dan anak-anakmu, dan mengadakan kebun-kebun untukmu dan mengadakan sungai-sungai untukmu."
(Surah Nuh :12)
Mudah-mudahan, pada 10 hari pertama Zulhijjah ini menjadi titik tolak perubahan hidup kita ke arah ibadah yang lebih baik dan penuh berkah.
ما من أيام أعظم عند الله سبحانه ولا أحب إليه العمل فيهن من هذه الأيام العشر. فأكثروا فيهن من التهليل والتكبير والتحميد
“Tidak ada hari yang lebih besar di sisi Allah dan tidak ada hari yang lebih disayangi oleh Allah supaya kita beramal di dalamnya melainkan pada 10 hari ini. Maka perbanyakkanlah bertahlil, bertakbir dan bertahmid”
(HR al-Tabrani)
Menurut al-Imam Ibn Hajar:
والذي يظهر أن السبب في امتياز عشر ذي الحجة لمكان اجتماع أمهات العبادة فيه ، وهي الصلاة والصيام والصدقة والحج ، ولا يتأتى ذلك في غيره
“Secara zahirnya, sebab yang menjadikan 10 hari pertama Zulhijjah ini lebih utama dari yang lain kerana 10 hari ini menghimpunkan semua amalan utama di dalam Islam iaitu solat, puasa, sedeqah dan haji. Himpunan amalan-amalan ini tidak berlaku dalam hari-hari yang lain. (Fath al-Bari)