11/06/2026
Gempur Rasuah Sabah 2.0, tetapi jangan gempur sebelah mata.
Lucu melihat ada pihak begitu bersemangat menyerahkan memorandum dan bercakap soal integriti, tetapi seolah-olah mengalami hilang ingatan apabila melibatkan individu yang mereka sokong sendiri.
Ketika Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menjadi Menteri KKLW, Sabah pernah digemparkan dengan siasatan melibatkan dana pembangunan luar bandar bernilai RM1.5 bilion. Kes itu menjadi antara siasatan terbesar SPRM ketika itu.
Namun, dalam semangat “Gempur Rasuah Sabah 2.0”, nama tersebut seolah-olah menjadi kawasan larangan yang tidak boleh disentuh.
Kalau benar perjuangan ini demi rakyat dan bukan demi tokoh politik tertentu, mengapa keberanian itu hanya muncul apabila melibatkan pihak yang tidak sehaluan?
Atau adakah slogan sebenar mereka bukan “Lawan Rasuah”, tetapi “Lawan Musuh Politik”?
Rakyat Sabah boleh menilai sendiri.
Kerana integriti yang sebenar tidak mengenal warna parti, tidak memilih kawan atau lawan, dan tidak berubah mengikut siapa yang sedang berada di kandang tertuduh.