Afiq Nawawi

Afiq Nawawi Kami membantu usahawan yang baru nak mula memulakan bisnes secara atas talian dengan menggunakan sofware, strategi dan funnel yang relavan pada zaman kini

07/10/2021

📌 STRUKTUR BERKESAN UTK COPYWRITING MENGGUNAKAN FORMULA


CODE: PESTAU

Headline
P - Problem
Highlightkan problem yg client hadapi

E - Exaggerate
Perenggan kedua kita "buat teruk" ttg masalah di atas tadi

Body
S - Solution
Berikan solusi kepada permasalahan yg di hadapi

T - Testimoni
Tunjukkan kata-kata testimoni pelanggan yg dpt kita selesai kan dgn produk / servis kita

Ending
A - Action
Apa yg kita nak pelanggan kita lakukan setelah melihat iklan kita tadi.

U - Urgent
Letakkan masa untuk pelanggan dapatkan tawaran kita dalam masa yang terhad sahaja

Selamat Mencuba 😊❤️

07/10/2021

5 TIPS MEMULAKAN

1. Guna apa dalam tangan.

Banyak bisnes sekarang tak perlukan modal. Boleh mula dengan kepakaran yang anda ada. Buat kek, kuih, menjahit, ambil gambar atau bakar mengajar. Atau sesuatu yang korang minat atau dekat dengan korang.

2. Fokus.

Bisnes berjaya bila mereka fokus buat 1 bisnes sampai jadi. Fokus kembangkan 1 bisnes sahaja. Kalau tak nanti penat bila semua benda nak buat, tapi semua benda korang buat result biasa-biasa je. Biar buat 1 benda result luar biasa, lepas tu copy-paste.

3. Invest pada ilmu.

Bisnes bukan bakat semulajadi, Ilmu Bisnes Boleh belajar. Apatah lagi sekarang, semua boleh google. Walaupun ilmu percuma di mana-mana, jangan kedekut untuk invest 🌱

4. Jangan menjual, tapi bantu.

Bila kita mula menjual, orang mula lari. Fokus nak selesaikan masalah orang dahulu, bukan jual benda. Anggap je korang takde benda nak jual. ‘Untung’ akan datang kemudian. 💫

5. Cari mentor.

Elakkan dari langgar dinding. Cari orang yang boleh guide anda dan nasihatkan anda apa nak buat next. Mentor ni mungkin dia adalah kawan anda, keluarga sendiri, usahawan yang dah berjaya, coach bisnes atau sesiapa yang dah ada result 💯

Ingat,

Tidak penting dari mana anda bermula, yang penting kemana anda nak pergi dan dimana ada kemahuan disitu ada jalan

07/10/2021

3 Strategi Zero Kos Marketing yang Anda Boleh Lakukan Sekarang

1- Status Whatsapps
Anda harus kuasai status Whatsapps anda kerana strategi ini adalah percuma.
Konsisten update tentang produk anda tapi jangan terlalu menjual, bagitahu apa
manfaat dan kelebihan produk anda. Gunakan testimoni dan Feedback untuk menarik
kepercayaan friendlist anda. Anda boleh update 2-3kali sehari tapi jangan terlalu
banyak menggunakan gambar. boleh update 3-5 gambar sahaja sehari..

2- Story Instagram
Kuasai Story Instagram. Story IG buat masa sekarang paling tinggi engagement.
anda harus kuasai Story Ig ini. Story ig mempunyai pelbagai fungsi yang disediakan
antaranya ialah poll, countdown, Question , Quiz dan banyak lagi. Kuasai semua
fungsi percuma ini semaksimum mungkin

3- Story Facebook
Satu la strategi percuma yang harus anda kuasai iaitu Story Facebook. Bagi anda
yang aktif menggunakan facebook, anda wajib kuasai story facebook ini. Sentiasa update
aktiviti COD, di pejabat pos, behind the scene , gambar stok dan banyak lagi.

07/10/2021

🌸Tips Promosi Online🌸

Waktu Post Status Paling Sesuai :

✅Waktu Pagi : 6.15am - 7.00am (pengguna FB tegar akan login)

✅Masuk Keja : 8.00am - 10.00am (ni yang boleh akses FB di tempat kerja)

✅Lunch Hour : 12.30pm - 2.00pm (sambil tunggu waktu lunch, layan FB)

✅Selepas Lunch : 2.30pm - 3.00pm (layan j*p sebelum sambung kerja)

✅Sebelum Balik : 5.30pm - 6.15pm (tunggu nak checkout)

✅Lepas Isyak : 9.00pm - 12am, kadang2 terlajak 1am - 2am.

❗️WAKTU PALING HOT❗️
🕙10 pagi
🕛12 tengah hari
🕒3 petang
🕔5 petang
🕘9 malam
🕙10 malam

Manusia akn lebih mengingati jika dia nampak dan baca promosi kita 6 kali sehari.

💖1 kali tgk dia buat derkk
💖2 kali tgk dia rasa nk baca
💖3 kali tgk dia rasa berminat
💖4 kali tgk dia rasa teruja
💖5 kali tgk dia rasa x tahan
💖Yg ke 6 kali dia akn buat keputusan utk Pm@WhatsApp



07/10/2021

BAGAIMANA NAK TIRU SKILL ORANG BERJAYA

10 Tips Pantas Skill Orang Berjaya Tarik Rezeki Dengan Mudah!!

1. Mereka berkawan dengan orang yang betul.
2. Mereka tidak bertangguh.
3. Hati kering, tidak menghiraukan kutukan dan sindiran negatif
4. Fokus, Fokus,Fokus dan Fokus dan Fokus...!
5. Mereka sanggup invest wang, tenaga dan masa untuk kejayaan mereka.
6. Mereka bina networking yang bagus.
7. Mereka konsisten & tak mudah putus asa.
8. Mereka ini pantas buat keputusan, pantas buat tindakan.
9. Sentiasa bertawakal dan sabar setelah bersungguh-sungguh berusaha.
10. Redha, tenang dan sentiasa berlapang dada dengan apa saja situasi dan kerenah orang lain

Share kepada kawan yang perlukan tips ini 💪🏻

07/10/2021

MOTIVASI HARI INI.
tukarkan mindset dan kata kata bicara anda sekalian dari NEGATIF kepada POSITIF ✌️😍✌️.
1.🚫Asal : Aku takde duit nak berniaga.
✔️Ubah : Sebab aku takde duit lah aku mesti berniaga.
2.🚫Asal : Aku mana ada bakat berniaga.
✔️Ubah : Aku mesti cari seseorang untuk belajar berniaga.
3.🚫Asal : Keluarga aku mana ada berniaga.
✔️Ubah : Aku mesti jadi contoh kepada keluarga aku untuk berniaga.
4.🚫Asal : Aku mana ada masa berniaga. Selalu sibuk.
✔️Ubah : Aku mesti belajar urus masa. 24 jam cukup jika bijak uruskan masa.
5.🚫Asal : Aku takut gagal, tak laku dan malu.
✔️Ubah : Apa yang aku dapat jika aku takut & malu? Tak dapat apa pun. Buat & adjust jer.
6.🚫Asal : Aku takut sombong bila kaya.
✔️Ubah : Ramai juga orang miskin yang sombong. Aku kaya aku tidak menyusahkan sesiapa. Aku boleh bantu orang yang memerlukan.
m
7.🚫Asal : Aku banyak hutang.
✔️Ubah : Sebab banyak hutang lah aku mesti berjaya dalam bisnes. Keuntungan bisnes boleh bayar hutang dengan lebih cepat.
8.🚫Asal : Aku belum bersedia. Ilmu & pengalaman takde.
✔️Ubah : Aku mesti bertindak sekarang. Ilmu & pengalaman pasti ada
9.🚫Asal : Bila masa sesuai untuk berniaga?
✔️Ubah : Sekarang masa sesuai untuk bermula. Ya. Sekarang! Bukan esok. In Syaa ALLAH. Aamiin.
Jom Ubah !

Address

Lot 4118, Kg Che Lijah
Kuala Dungun
23000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Afiq Nawawi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Afiq Nawawi:

Share