Rakia Intelligence Vest Marketer

Rakia Intelligence Vest Marketer Welcome to our official page. We are the Finance & Investment Society from TARUC KL main campus.

Orang berjaya ni mesti ada rahsia , rutin atau tips yang mereka amalkan.Kita nak ikut sama pun boleh.Bak kata omputeh 'S...
28/07/2022

Orang berjaya ni mesti ada rahsia , rutin atau tips yang mereka amalkan.
Kita nak ikut sama pun boleh.
Bak kata omputeh 'Successful People Follow Successful Pattern'

Minda kita akan ada pelbagai cubaan untuk distract dari apa yang mahu kita capai. Kita kena push sampai jadi!
25/07/2022

Minda kita akan ada pelbagai cubaan untuk distract dari apa yang mahu kita capai. Kita kena push sampai jadi!

Buatlah ikut kemampuan dgn usaha yang bersungguh2 dan tawakkal pada Allah.Didoakan semoga segala kerja dan urusan kita d...
24/07/2022

Buatlah ikut kemampuan dgn usaha yang bersungguh2 dan tawakkal pada Allah.
Didoakan semoga segala kerja dan urusan kita dipermudahkan dan mendapat keberkatan nya hari ini.

CARA KENAL PASTI SAHAM PATUH SYARIAH Apa itu saringan stok patuh syariah?Cara untuk kenal pasti sesuatu saham patuh syar...
21/07/2022

CARA KENAL PASTI SAHAM PATUH SYARIAH
Apa itu saringan stok patuh syariah?
Cara untuk kenal pasti sesuatu saham patuh syariah atau tidak menggunakan penilaian kualitatif dan kuantitatif.
1. Tanda aras aktiviti perniagaan :
Aktiviti-aktiviti lain yang diputuskan sebagai tidak mematuhi prinsip-prinsip Syariah sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
i. Tidak lebih 5% sumbangan daripada aktiviti berikut:
- perbankan dan peminjaman konvensional;
- insurans konvensional;
- perjudian;
- arak dan aktiviti-aktiviti berkaitan dengannya;
- babi dan aktiviti-aktiviti berkaitan dengannya;
- makanan dan minuman tidak halal;
- hiburan tidak patuh Syariah;
- tembakau dan aktiviti-aktiviti berkaitan dengannya;
- pendapatan faedah daripada akaun dan instrumen konvensional (termasuk pendapatan faedah yang diterima berikutan daripada keputusan mahkamah atau penimbang tara);
- Dividen daripada pelaburan tidak patuh Syariah;
ii. Tidak lebih 20% sumbangan daripada aktiviti berikut:
- jual beli saham;
- pembrokeran saham;
- sewaan daripada aktiviti-aktiviti tidak patuh Syariah;
2. Tanda aras aktiviti kewangan:
i. Tunai ke atas jumlah aset (dalam akaun konvensional sahaja)
ii. Hutang ke atas jumlah aset (yang berteraskan faedah)
Tujuan: menilai riba dan elemen berteraskan riba dalam penyata kedudukan kewangan sesebuah syarikat (tidak melebih 33%)
3. Sekuriti
i. Warran = patuh syariah jika mothershare patuh syariah
ii. Stok pinjaman, bon = tidak patuh Syariah (melainkan jika distruktur berdasarkan keputusan, konsep dan prinsip Syariah yang diluluskan oleh MPS)
Sumber: Majlis Penasihat Syariah (MPS) Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

“Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu t...
18/07/2022

“Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

Jika kita terlalu selesa di sesuatu tempat maka kita akan merasa takut apabila tiba masa untuk melakukan perubahan.
09/06/2022

Jika kita terlalu selesa di sesuatu tempat maka kita akan merasa takut apabila tiba masa untuk melakukan perubahan.

Perkara terbaik untuk dilakukan apabila anda berasa sedih adalah berusaha ke arah impian anda. Melakukan ini bukan hanya...
07/06/2022

Perkara terbaik untuk dilakukan apabila anda berasa sedih adalah berusaha ke arah impian anda.
Melakukan ini bukan hanya untuk mengalih perhatian anda. Apabila anda mengambil langkah untuk memenuhi tujuan anda, sukar untuk tertekan.

Setiap manusia di muka bumi ini mesti ada emosi yang tersendiri. Siapa yang tak ada emosi?Emosi setiap individu itu berb...
04/06/2022

Setiap manusia di muka bumi ini mesti ada emosi yang tersendiri. Siapa yang tak ada emosi?
Emosi setiap individu itu berbeza-beza mengikut keaadan. Ada yang cepat marah, cepat sedih, ada yang jenis ego terlampau tinggi dan ada juga yang sentiasa gembira.
Sejujurnya emosi perlu dikawal pada setiap situasi yang sedang dihadapi.
Emosi adalah salah satu perkara yang boleh menentukan kejayaan atau kegagalan seseorang individu.
Jika kita tak mampu untuk kawal emosi, semestinya kita akan melakukan tindakan yang melulu dan membuat keputusan yang tidak rasional.
Hal yang demikian boleh menjejaskan masa depan kita jika kita tidak melakukan pilihan atau tindakan yang betul.
Dalam dunia perniagaan, seseorang usahawan perlu sentiasa berfikir secara rasional semasa membuat keputusan bagi memastikan perniagaan mereka berada di dalam landasan yang betul.
Begitu juga di dalam dunia pelaburan dan trading.
Selain pengetahuan teknikal yang teliti, seseorang pelabur atau trader itu perlu sentiasa rasional dengan mengawal emosi mereka semasa melabur atau melakukan trading.
Untuk menjadi seorang trader yang berjaya anda perlu bijak mencari celah peluang untuk mendapatkan keuntungan.
Emosi setiap trader adalah berbeza-beza. Ada yang sentiasa yakin dengan teknik dan analisa yang dibuat.
Ada sesetengah golongan yang selalu takut-takut atau tidak yakin untuk mebuat keputusan semasa trading.
Selebihnya kita juga boleh berjumpa dengan golongan yang tamak dan terlebih yakin semasa trading.
Jika anda seorang trader, anda berada di dalam golongan yang mana?
Tidak kira anda berada di dalam golongan yang mana sekalipun, pastikan anda sentiasa bijak untuk mengawal emosi dan berfikir secara rasional.
Trading dengan emosi yang tidak menentu sama seperti berjudi.
Jika anda tidak meletakkan had untuk “profit” dan “loss” harian, anda berisiko besar untuk berhadapan dengan risiko yang sangat besar.
Kesimpulannya, kita perlu mengawal emosi di dalam apa jua keadaan. Orang yang berjaya adalah orang yang rasional dan tidak terlalu mengikut emosi.

Kegagalan bukan bererti pengakhiran hidup. Tapi, permulaan satu kejayaan yang besar.
27/05/2022

Kegagalan bukan bererti pengakhiran hidup. Tapi, permulaan satu kejayaan yang besar.

Address

Kuala Lumpur

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rakia Intelligence Vest Marketer posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Rakia Intelligence Vest Marketer:

Share