05/02/2020
Pengenalan Jenis Proses Percetakan
1) Heat Press
Percetakan “Heat Press” adalah di mana kita menggunakan haba untuk memindahkan design ke fabrik. Kertas yang digunakan untuk memindahkan design ke atas fabrik antaranya “Transfer” dan “Sublimation paper”. Selain kertas, anda juga memerlukan mesin pencetak dan mesin “Heat Press“. Perkara yang terbaik dalam kaedah ini antaranya imej yang dicetak adalah tahan lama dan mudah memproses mana-mana pakaian dan mempunyai keupayaan untuk menyerap warna seperti Jersi, T-shirt, dan fabrik lain. Sangat sesuai untuk produk peribadi kerana ia boleh diproses dari hanya 1quantity. Kelemahannya p**a adalah kualiti gambar berdasarkan hasil sesuatu gambar yang dicetak.
2) Silk Screen Printing:
Percetakan silk skrin adalah satu kaedah dengan menghasilkan stensil atau skrin dan menggunakannya untuk membuat lapisan dakwat pada permukaan percetakan. Setiap stensil menggunakan warna yang berbeza sebelum boleh digabung untuk mendapatkan hasil akhir. Boleh dikatakan bahawa percetakan skrin adalah satu proses reka bentuk secara manual untuk bahan yang dipilih dan menggunakan dakwat khas. Selain itu ia boleh digunakan untuk mana-mana warna pakaian tanpa menjejaskan reka bentuk. Walau bagaimanapun, ia menggunakan masa yang panjang kerana setiap warna hendaklah dicetak secara berasingan.
Terdapat banyak lagi jenis percetakan hiasan dalam industri hadiah yang kami akan kongsi dari semasa ke semasa. Tunggu berita baru dari kami dan jangan lupa untuk menyemak laman web kami untuk pakej perniagaan baru.
www.wasap.my/60198514492/tshirtprinting
Sebarang pertanyaan atau ingin membuat tempahan printing boleh terus direct ke kami. Kami menawarkan perkhidmatan printing dengan harga kilang.