17/09/2026
“Malam itu paling murung buat saya.”
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengimbas antara detik paling sukar dalam hidupnya apabila ibunya meninggal dunia ketika beliau masih berada dalam penjara.
Menurut Anwar, beliau sempat dibenarkan bertemu ibunya yang ketika itu sedang tenat di hospital sekitar setengah jam sebelum kembali ke penjara. Tidak lama selepas itu, beliau menerima berita ibunya telah meninggal dunia.
Malam tersebut dilaluinya di dalam kurungan dengan solat, membaca al-Quran dan berdoa sebelum dibenarkan keluar pada keesokan hari untuk menunaikan solat jenazah ibunya.
“Lebih jauh lebih sukar kehilangan ibu daripada ayah,” katanya ketika berkongsi pengalaman itu dalam podcast Sembang OhhYeahh!
Di sebalik kedudukan dan perjalanan politik seseorang, kehilangan seorang ibu tetap meninggalkan luka yang sukar digambarkan.