18/05/2022
Masih ramai lagi yang tertanya tanya boleh dan mampukah beli rumah dengan bajet yang kecil.
Jawapanya sangat mudah,proses untuk membeli rumah dengan slip gaji yang kecil TIDAK MUSTAHIL tetapi bukanya mudah.
Kerana tidak semestinya mereka yang mempunyai pendapatan bulanan yang besar contoh 5k cukup layak untuk membeli rumah /hartanah kerana komitment ,hutang termasuk perjalanan kewangan anda sangat di ambil kira .Ramai sahaja yang saya temui menghadapi masalh ini.
Penyusunan kewangan anda memiankan peranan utama dalam kelulusan pinjaman bukan sekadar cakap cakap kosong.Segala transaksi harus mempunyai bukti termasuk yang beraa di luar payslip
Gaji Minimum Beli Rumah
==================
Sebenarnya berapa gaji minimum beli rumah/hartanah ini?Tiada had gaji minimum yang di Tetapkan kerana untuk membeli rumah banyak faktor menentukan.
Harga rumah dan DSR keteria utama yang di ambil kira oleh pihak bank dalam membuat kiraan memberi pinjaman
DSR haruslah tidak melebihi 70 peratus secara umumnya dan kadae DSR setiap bank adalah berbeza beza bergantung kepada bank itu sendiri
Kiraan DSR ; Hutang / pendapatan bersih x 100
Jika DSR anda melebihi 70 peratus pada asanya anda tidak lepas tahap pertama untuk kelayakan pinjaman
Pada langkah kedua .lazimnya pihak bank akan melihat p**a kepada rekod CCRIS CTOS bagi mengatahui displin anda membayar hutang.Jika anda tidak mempunyai rekod CRIS CTOS anda gagal meyakinkan pihak bank untuk membuktikan anda seorang pembayar hutang.
Bank memberi hutang kepada mereka yang mempunyai duit dan mampu bayar hutang.Berbeza dengan konsep hutang yang rata rata antara kita fahami.
Oleh sebab itulah tiada Had Gaji minimun yang tetap bagi membolehkan untuk kita layak atau tidak membeli rumah / hartanah
Masih ada lain lain faktor dan kiteria yang di ambil kira dalam proses jual beli rumah /hartanah ini
Selalunya kita gagal kerana kita gagal menunjukkan bukti kemampuan bayaran pinjaman dan gagal memenuhi keperluan keperluan kewangan kita sendiri kerana tidak memahami proses jual beli rumah/ hartanah dan ramai yang gagal kerana ambil ringan mengenai keperluan keperluan ini
s