All Netizen

All Netizen Hebohkan Kepada Semua!

01/05/2026

Zaman sekarang, wujud orang yang malas pergi ATM ambil duit, tapi minta duit cash dengan kawan, lalu terus diganti dengan transfer.🏧🏧

Seorang lelaki berusia 59 tahun di India dengan hati yang luluh nekad menggali semula kubur kakaknya, lalu memikul jasad...
29/04/2026

Seorang lelaki berusia 59 tahun di India dengan hati yang luluh nekad menggali semula kubur kakaknya, lalu memikul jasad itu sejauh 3km ke bank—hanya untuk membuktikan wanita itu benar-benar sudah tiada.

Jitu Munda dari Odisha sebelum ini berkali-kali cuba mengeluarkan simpanan kakaknya berjumlah 20,000 rupee (sekitar RM833), namun gagal kerana ketiadaan sijil kematian. Dalam keperitan dan putus harap, dia kembali ke bank bersama jasad yang baru dikebumikan beberapa hari lalu, mengundang suasana pilu dan hiba.

Rakaman kejadian menunjukkan tubuh berbalut plastik dipikul di bahunya, menyentuh perasaan sesiapa yang menyaksikan.

Pihak bank kemudian menjelaskan kejadian itu berpunca daripada salah faham prosedur, sambil menegaskan urusan tuntutan hanya boleh diselesaikan dengan dokumen sah.

Seorang bekas pemandu bas dan teman wanitanya yang tular kerana aksi meriba ketika memandu dari TBS ke Johor dijatuhi hu...
17/04/2026

Seorang bekas pemandu bas dan teman wanitanya yang tular kerana aksi meriba ketika memandu dari TBS ke Johor dijatuhi hukuman penjara.

Lelaki berusia 36 tahun itu dipenjara setahun, manakala wanita 21 tahun dipenjara enam bulan, selain masing-masing didenda RM5,000 selepas mengaku bersalah di mahkamah.

Mahkamah turut menetapkan tambahan dua bulan penjara jika gagal bayar denda serta melucutkan lesen memandu mereka selama lima tahun.

Kesalahan itu berlaku di susur keluar R&R Bemban, Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan pada jam 7.30 malam, 12 April lalu, kerana memandu secara berbahaya.

Kantoi simpan 100 bahan Iucah, wanita kena denda RM2,000!Seorang wanita berusia 32 tahun didenda RM2,000 selepas mengaku...
09/04/2026

Kantoi simpan 100 bahan Iucah, wanita kena denda RM2,000!

Seorang wanita berusia 32 tahun didenda RM2,000 selepas mengaku bersalah simpan hampir 100 bahan pornografi termasuk video lucah dalam telefon bimbit Realme 9 miliknya. Kes itu kantoi ketika serbuan Op Cyber Guardian di sebuah rumah di Kampung Kubang Telaga, Bachok pada 6 April lalu.

Wanita yang bekerja sebagai pembantu kantin itu ialah ibu tunggal, berpendapatan RM35 sehari dan menjaga anak perempuan berusia 15 tahun.

Sumber: Kosmo!

Disyaki menerima rasuah bulanan sekitar RM60,000, dua lelaki terdiri daripada pegawai kanan teknikal dan pengurus cawang...
08/04/2026

Disyaki menerima rasuah bulanan sekitar RM60,000, dua lelaki terdiri daripada pegawai kanan teknikal dan pengurus cawangan anak syarikat kerajaan ditahan SPRM Kuala Lumpur. Mereka direman selama lima hari hingga 12 April selepas dipercayai terlibat dalam rasuah berjumlah RM2 juta berkaitan kontrak penyelenggaraan sistem telekomunikasi antara 2021 hingga 2023, dengan bayaran dibuat secara tunai. Kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Sumber: Harian Metro

Lelaki tunjuk 'burung' kepada murid perempuan didenda RM7,000!Seorang lelaki berusia 54 tahun dikenakan denda RM7,000 ol...
08/04/2026

Lelaki tunjuk 'burung' kepada murid perempuan didenda RM7,000!

Seorang lelaki berusia 54 tahun dikenakan denda RM7,000 oleh Mahkamah Sesyen selepas mengaku bersalah atas tuduhan melakukan amang seksual bukan fizikal terhadap murid perempuan 12 tahun di sebuah sekolah di Tampoi, awal April lalu. Dia berdepan penjara tujuh bulan jika gagal membayar denda serta diarahkan menjalani pengawasan polis selama setahun.

Kejadian berlaku dari dalam kereta Honda Accord apabila tertuduh memanggil mangsa kononnya untuk bertanya lokasi tandas sebelum bertindak melondehkan seluar dan mendedahkan kemaluannya. Mahkamah mengambil kira pengakuan bersalah, fakta kes dan kepentingan awam dalam menjatuhkan hukuman.

Campak anak kucing ke dinding berulang kali, siap rakam dan muat naik video....Seorang lelaki berusia 49 tahun menangis ...
07/04/2026

Campak anak kucing ke dinding berulang kali, siap rakam dan muat naik video....

Seorang lelaki berusia 49 tahun menangis teresak-esak apabila dihukum penjara enam bulan kerana gagal menjelaskan denda RM60,000.

Insiden tersebut berlaku di sebuah dobi di Taman Kajang Prima dimana tertuduh merakam dan memuatnaik sendiri video perbuatannya , dan hasil pemeriksaan Pegawai Kebajikan Haiwan JPV S

Seorang wanita berusia 23 tahun, pekerja kedai serbaneka, dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun selepas mengaku bersal...
03/04/2026

Seorang wanita berusia 23 tahun, pekerja kedai serbaneka, dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan pecah amanah melibatkan RM32,101.70. Kesalahan dilakukan antara 21 hingga 27 Mac di sebuah kedai serbaneka di Taman Soga, apabila tertuduh menyalahgunakan wang jualan harian untuk melunaskan hutang ah long.

Nurfatin Najwa Ahmad Bzli memaklumkan dia terpaksa berbuat demikian bagi membayar hutang dengan 10 ah long. Katanya lagi, dia berhutang dengan ahlong kerana mahu langsaikan hutang kepada rakannya yang tidak terima bayaran ansuran.

Seorang penolong pegawai hal ehwal Islam mengaku tidak bersalah terhadap tiga tuduhan membuat tuntutan palsu berjumlah R...
03/04/2026

Seorang penolong pegawai hal ehwal Islam mengaku tidak bersalah terhadap tiga tuduhan membuat tuntutan palsu berjumlah RM135,000 bagi tempoh 2022 hingga 2024.

Tertuduh, Mohammad Nurhelmy Norman, 29, didakwa mengemukakan dokumen palsu melibatkan tuntutan pendaftaran semula saudara baharu ketika bertugas di JAIPs.

Dia didakwa mengikut Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun serta denda. Mahkamah menetapkan jaminan RM12,000 dengan syarat melapor diri setiap bulan, dan kes akan disebut semula pada 20 Mei.

Mohon pandangan korang.. Rumah sendiri cantik, rumah jiran tinggal macamni je. Okay tak?
31/03/2026

Mohon pandangan korang.. Rumah sendiri cantik, rumah jiran tinggal macamni je. Okay tak?

Korek hidung punya pasal...Seorang lelaki berusia 48 tahun ditahan polis selepas dipercayai menampar pelajar tingkatan s...
28/03/2026

Korek hidung punya pasal...

Seorang lelaki berusia 48 tahun ditahan polis selepas dipercayai menampar pelajar tingkatan satu hingga cedera di sebuah premis makanan di Stesen LRT Pasar Seni. Suspek mengaku berbuat demikian kerana berang melihat mangsa mengorek hidung ketika menunggu giliran. Pihak polis turut merampas pakaian yang dipakai ketika kejadian, dan semakan mendapati suspek mempunyai rekod lampau berkaitan narkotik. Kes kini disiasat di bawah Seksyen 323, 506 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 AKMM 1998.

27/03/2026

Boleh cadangkan kerja apa yang gaji tinggi tapi tak perlu belajar tinggi? 🤔

Address

Kuala Lumpur

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when All Netizen posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share