05/05/2024
Kenapa bisnes kecik perlu pakai Wordpress?
1. Mudah digunakan
WordPress mempunyai user interface yang mesra pengguna dan sesuai untuk mereka yang tiada kemahiran teknikal untuk buat landing page sendiri.
2. Penyesuaian
WordPress menawarkan pelbagai template, percuma dan berbayar, yang boleh kita sendiri ubah suai supaya selari dengan identiti industri bisnes kita. Selain itu, terdapat banyak plugin yang membolehkan bisnes kita berfungsi secara automatik seperti borang, butang ke nombor whatsapp, dan analitik prestasi landing page bisnes kita.
3. Pengoptimuman Enjin Carian (SEO)
WordPress dibina dengan mesra enjin carian, sesuatu yang kritikal bagi perniagaan kecil yang cuba untuk menonjol lebih secara online. Boleh menarik perhatian ramai pelanggan datang ke bisnes kita.
4. Jimat Kos
Bisnes kecil boleh mempunyai landing page yang kelihatan profesional tanpa membelanjakan banyak wang. Selain itu, terdapat banyak template dan plugin percuma yang boleh digunakan, mengurangkan lagi kos untuk membina landing page.
5. Boleh Dinaik Taraf
Bila bisnes kecil kita sudah berkembang, landing page pun juga perlu berkembang. WordPress boleh dinaik taraf, membolehkan perniagaan kita ada lebih banyak fungsi dan mengintegrasikan pelbagai alat dan perkhidmatan seiring dengan perkembangan keperluan kita sebagai bisnes owner.
6. Sokongan dan Komuniti Yang Padu
WordPress mempunyai komuniti membangun dan aktif. Banyak Komuniti Wordpress di Malaysia yang aktif khususnya di laman Meta(Facebook). Ini memudahkan bisnes kecil kita untuk mencari penyelesaian kepada masalah dan mendapatkan sokongan apabila diperlukan.
Akhira kata, WordPress muncul sebagai platform yang berbaloi bagi bisnes kecil yang ingin mencipta landing page yang menarik untuk menarik customer yang baru.