18/10/2023
Dah 9 tahun berniaga, bermula dari meja di ruang tamu rumah hingga hingga ada pejabat dan 'production' sendiri. Dari kad kahwin hingga hampir semua produk percetakan. Dari sorang2 buat semua hingga ada Team yang ramai.
Jatuh bangun asam garam. Pujian dan hentaman jadi makanan. masih berusaha untuk bagi yang terbaik buat semua. Kepada yg menyokong JUTAAN Terima Kasih kami ucapkan. Kepada yang memberi pujian kami amat2 menghargai keikhlasan anda. Kepada yang memberi teguran kami terima dengan hati yang terbuka.
Jutaan maaf juga kepada yang mendapat layanan atau melalui pengalaman kurang manis dari kami. Kami kini lebih berhati-hati dan sentiasa mengabil pengajaran dari yang kurang baik dan manambah baik bagi yang dah baik.
Kepada yang dapat layanan istimewa dan produk yang top meletop, kami harap anda akan terus menyokong kami untuk masa depan yang lebih baik.
Jutaan TERIMA KASIH diucapkan kepada semua RIBUAN pelanggan yang telah menggunakan serta mempercayai perkhidmatan reka grafik dan percetakan kami. Sokongan dan kesudian anda amat kami hargai.
Ikhlas. Team EZcetak.com
https://www.ezcetak.com/