19/08/2026
Seramai 32 orang ahli Kelab Media Elit Kedah (KMEK) menyertai Retreat KMEK 2.0 yang diadakan di Pulau Tuba, Langkawi.
Penganjuran aktiviti retreat kali ini adalah kesinambungan program Retreat KMEK 1.0 yang diadakan di Sedim, Kulim, dua tahun yang lalu selain menjadi aktiviti berskala besar terakhir bagi penggal kali ini sebelum Majlis Makan Malam KMEK penghujung Oktober depan.
Pemilihan lokasi Pulau Tuba, Langkawi bertujuan untuk memperkenalkan lagi produk-produk pelancongan menarik dan unik yang ditawarkan disana terutamanya pada Tahun Melawat Malaysia tahun ini.
Antara aktiviti yang dilakukan adalah 'Mangrove Tour' melibatkan beberapa aktiviti unik termasuk mencari 'bronok' serta siput gayam, meronda Pulau Tuba (ladang nanas, padang ternakan kerbau, jambatan warna-warni, Bestuba Lagoon, jambatan panjang Ombak Rindu, Lekor Show dan beberapa lokasi menarik yang lain).
Ahli-ahli KMEK turut memeriahkan Majlis Jamuan Makan Malam anjuran Dato' Salleh Saidin, EXCO Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan Kedah pada malam kedua di Pulau Tuba.
Mengakhiri program Retreat kali ini, ahli-ahli KMEK turut menyertai acara sukan rakyat serta memeriahkan Majlis Kenduri Rakyat yang dilaksanakan secara 'rewang' oleh penduduk-penduduk kampung.
Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada Dato' Salleh Saidin, Kedah Tourism, Koperasi Bestuba, Team Faridzuan, Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd, penduduk Pulau Tuba serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam program kali ini.
Jumpa di program Retreat KMEK yang seterusnya.
Admin difahamkan katanya semua peserta Retreat kali ini masih belum move on lagi dengan Pulau Tuba especially dekat aktiviti cari dan picit bronok tu, betul ka?
Dato Salleh Saidin
.0