05/06/2026
๐๐ข๐ง๐ข๐ก๐ ๐ฅ๐ข๐ฌ๐ข๐ก๐ ๐๐๐ก๐๐จ๐ฅ๐ ๐๐๐ฆ๐ฌ๐จ๐๐จ๐ฅ๐๐ก, ๐ ๐๐๐๐๐ฆ ๐๐๐๐๐๐ก ๐ฌ๐๐ฆ๐๐ก ๐๐๐ก ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ก ๐๐๐ฆ๐๐ ๐ฆ๐ง๐๐ ๐ฃ๐ ๐
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada seluruh PMK Fighters yang telah terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan aktiviti ๐ด๐ผ๐๐ผ๐ป๐ด ๐ฟ๐ผ๐๐ผ๐ป๐ด ๐ธ๐ฒ๐ป๐ฑ๐๐ฟ๐ถ ๐ธ๐ฒ๐๐๐๐ธ๐๐ฟ๐ฎ๐ป, ๐ ๐ฎ๐ท๐น๐ถ๐ ๐๐ฎ๐ฐ๐ฎ๐ฎ๐ป ๐ฌ๐ฎ๐๐ถ๐ป ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐บ๐ฏ๐ฎ๐ถ๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐๐ถ๐ต yang telah berlangsung dengan lancar pada pagi tadi.
Penghargaan khusus kepada Jawatankuasa Kelab Kebajikan Staf(KKS) selaku penganjur utama majlis, dengan kerjasama daripada PUSPANITA dan MUAFAKAT PMK atas komitmen, sokongan dan kerjasama yang diberikan dalam memastikan segala perancangan dan pelaksanaan program berjalan dengan baik.
Lambaian Kasih Staf PMK pada kali ini adalah seperti berikut:
1) Pn Zeyana Binti Abdullah
Timbalan Pengarah PMK
Berpindah keluar ke Politeknik Mersing
2) Ts. Abd Halim Bin Mahat
Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
Berpindah keluar ke Politeknik Merlimau
3) Pn Emilya Binti Zurda
Pensyarah Jabatan Perdagangan
Berpindah keluar ke Kolej Komuniti Selandar
4) Pn Tok Chon Bee
Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Elektrik
Berpindah keluar ke Politeknik Tun Syed Nasir Pagoh
Buat sahabat yang berpindah keluar, terima kasih atas khidmat bakti sepanjang berkhidmat di Politeknik Melaka. Selamat Maju Jaya ditempat baru.
Terima kasih tidak terhingga kepada staf yang menyertai Korban Aidiladha tahun ini dan sumbangan daging korban.
Terima kasih Hero dan He**in yang telah memasak jamuan makanan dan minuman yang sangat enak.
Sesungguhnya, semangat kebersamaan, keprihatinan dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh semua pihak telah menjadi tunjang kejayaan majlis ini. Semoga segala usaha, sumbangan tenaga, masa dan buah fikiran yang dicurahkan mendapat ganjaran yang berlipat ganda serta menjadi amal kebaikan yang berterusan.
Terima kasih semua.
Kelab Kebajikan Staf
Politeknik Melaka.