Chaza Xiaojie - Blogger Melaka

Chaza Xiaojie - Blogger Melaka Blogger Melaka 🇲🇾 | Phone Photography |
Parenting• Lifestyle • Food • Beauty

18/03/2026

Pagi raya ni memang kecoh habis rumah 😆 Budak-budak bangun awal, siap-siap pakai baju raya, lari sana sini, jumpa saudara mara, kumpul duit raya, dan makan kuih raya… CX tengok pun dah rasa letih!

Sebab tu CX ada rutin kecil sebelum keluar rumah. CX bagi anak minum Champs Effervescent Multivitamin plus Lysine & Prebiotics Yogurt dulu. Senang je, tablet effervescent ni larut terus dalam air, anak pon s**a minum.

Paling best, setiap tablet Champs Effervescent Multivitamin plus Lysine & Prebiotics Yogurt ada:

🔸Lysine → menyokong tumbesaran anak secara optimum
🔸Prebiotik → bantu kesihatan sistem penghadaman
🔸Effervescent → larut terus dalam air, senang diminum
🔸Penyerapan nutrien cepat → pastikan anak dapat nutrien penting walaupun hari sibuk.

Kadang-kadang benda simple macam ni je dah cukup untuk pastikan anak kekal aktif, bertenaga, dan ceria sepanjang hari raya. Mak pun tenang je 😄💛

17/03/2026

Raya dah dekat tapi kulit nampak penat sebab busy urus rumah & anak? 🫠 Ini mom-to-mom glow hack yang saya buat sekarang ✨

Saya minum Per'l Beauté Collagen Powder Drink setiap hari. Senang je, bancuh dengan air dan terus minum.

Bila konsisten, kulit rasa lebih hydrated, nampak lebih anjal, dan paling best, glow tu datang dari dalam 💖 Kalau tengah prepare nak nampak fresh untuk raya nanti, boleh beli dekat Shopee okay!

12/03/2026

Semalam berbuka mewah sikit ya. Roti John Ayam Crispy Mozarella Pattaya. Mantul pergi dia! Please-lah cuba buat ok. Sedap bebenau!

10/03/2026

Harini Big Boss nak makan vadey katanya. So ajomler kita turutkan.

Senang je rupanya nak membuatnya. Resipi KA-lah apa lagi kan. Kita tolong sedia bahan dan makan je. Big Boss yang buat. 🤭 Sedap do'oh!

04/03/2026

Nasi Briyani Simple² Je. Kita lawan dengan Gulai Kambing. 😘

03/03/2026

Okay Cantonese Yee Mee KA siap! Maaflah cikgu, baru dan submit assignment. Tapi hasil dia padu teruk cikgu. Sedap bebenau resipi cikgu KA 😍

Hasil air tangan encik somi. Saya tukang rekod dan makan je. 🤭

✨ FLAVOURS OF MELAKA: SEAFOOD & GRILL di Dusit Princess Melaka!✨CX nak bagitahu, kalau korang tengah cari port makan mal...
11/10/2025

✨ FLAVOURS OF MELAKA: SEAFOOD & GRILL di Dusit Princess Melaka!✨

CX nak bagitahu, kalau korang tengah cari port makan malam yang berbaloi & penuh rasa tempatan, ini dia! 😍

Dusit Princess Melaka baru lancarkan Flavours of Melaka: Seafood & Grill, satu bufet istimewa yang menggabungkan citarasa warisan Melaka dengan sajian makanan laut segar & hidangan panggang.

Antara menu yang CX sempat rasa dan memang terpikat habis :

🐟 Ikan Bakar Portugis
🍛 Asam Pedas Ekor Lembu
🍗 Ayam Keluak Nyonya
🔥 Kambing Golek & Stesen Grill Segar
🍮 Pencuci mulut DIY macam Onde Onde & Kuih Ketayap pun ada!

Tapi yang paling CX s**a, Laksa Nyonya dia! 😋 Rasa santan pekat, serba serbi cukup, memang puas hati betul! Korang datang nanti *wajib cuba laksa nyonya dia ok! 💯

📅 Hari: Jumaat & Sabtu
🕡 Masa: 6:30 petang – 10:00 malam

💰 Harga:
RM158 (Dewasa)
RM79 (Kanak-kanak – 50% diskaun)
RM118.50 (Warga emas – 25% diskaun)
💎 Ahli Dusit Gold dapat tambahan 15% diskaun (RM134.30 je!)

📱 Tempahan / Pertanyaan:
(http://wa.me/60126153721)

Kalau korang orang Melaka atau datang bercuti sini , jangan lepaskan peluang ni. Suasana selesa, makanan terbaik, dan servis tiptop! ❤️

01/03/2025

Salam Ramadhan Al Mubarak dari Kelab Blogger Ben Ashaari

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan Al-Mubarak,

Dengan penuh kesyukuran, kami dari Kelab Blogger Ben Ashaari ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan 1446H kepada semua umat Islam.

Semoga bulan yang penuh keberkatan ini membawa ketenangan, keikhlasan, dan keberkatan dalam setiap ibadah kita. Marilah kita bersama-sama memperbanyakkan amal, memperkukuhkan silaturahim, dan memanfaatkan setiap saat dalam bulan yang mulia ini.

Selamat menjalani ibadah puasa, semoga segala amalan kita diterima oleh Allah SWT.

Seperti yg tersiar dalam buletin Utama TV3 malam tadi, sekolah SMA Al-Falah, Kemaman Terengganu antara sekolah yang pali...
24/10/2024

Seperti yg tersiar dalam buletin Utama TV3 malam tadi, sekolah SMA Al-Falah, Kemaman Terengganu antara sekolah yang paling teruk terkesan selepas angin ribut yang melanda bandar Chukai Kemaman petang semlam.

Sehubungan itu sumbangan buat tabung bencana SMA Al-Falah amatlah dialu-alukan untuk menampung kos penyelenggaran bangunan bangunan yang telah rosak teruk.

Dilampirkan QR code untuk sumbangan Tabung Bencana Ribut SMA Al Falah..Terima kasih semua 🤲🏼🤲🏼

MORTEN BAZAAR RAMADHAN 2024
03/03/2024

MORTEN BAZAAR RAMADHAN 2024

Selamat Hari Ulang Tahun Pengisytiharaan Tarikh Kemerdekaan Persekuuan Tanah Melayu ke-68 IG: istagram.com/chazaxiaojieT...
20/02/2024

Selamat Hari Ulang Tahun Pengisytiharaan Tarikh Kemerdekaan Persekuuan Tanah Melayu ke-68

IG: istagram.com/chazaxiaojie
TT: tiktok.com/

Yeah! Kasut sekolah dah beli! Alhamdulillah siap dah beli kasut sekolah anak CX. Semestinya kasut sekolah Pallas menjadi...
18/02/2024

Yeah! Kasut sekolah dah beli!

Alhamdulillah siap dah beli kasut sekolah anak CX. Semestinya kasut sekolah Pallas menjadi pilihan anak CX si kakak kali ni.

Kasut Pallas Jazz Hitam Single Velcro Strap ni memang selesa sangat pakai. Kaki anak tak sakit sebab ada implement rubber insole yang boleh support ketika tapak kaki memijak.

Dahlah ringan je bila pakai, tak berpeluh sebab ada sistem pengudaraan yang baik.

Ohya! Sekarang ni Pallas ada Back To School Contest tau! Berpeluang untuk menang hadiah-hadiah lumayan hanya dengan tujuh langkah mudah!

CX cerita banyak lagi dekat blog okay, baca sini tau;
https://www.cxopportunities.com/2024/01/kasut-sekolah-pallas-jazz-hitam-single-velcro-strap-review.html?

Pallas Malaysia

Address

Malacca City

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Chaza Xiaojie - Blogger Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Chaza Xiaojie - Blogger Melaka:

Share