07/03/2023
Jom baca...
Jom bagi anak² baca...
Perkongsian dari insan hebat...
Utk dibaca oleh insan hebat juga...
Rasa pelik bila tengok komen orang dalam FB. Macam macam komen. Selalunya tak hormat pada orang, pada ilmu yang orang tu ada.
Satu hari ni lepas solat Isyak saya kata kat anak anak, ”ayah nak cakap sikit. Nak cakap benda penting ni.”
Saya betulkan duduk saya. “Bila kita ada ilmu, walau banyak mana sekalipun hormat orang yang sedang belajar atau orang yang ada ilmu. Walaupun kita tak s**a.”
“Jadi macam Sultan Muhammad Al-Fatih.”
“Sultan Muhammad Al-Fatih ni sangat merendah diri. Walaupun dia hebat. Ilmu dia banyak. Dari Ilmu agama sampai ilmu sains. Banyak bahasa p**a dia boleh bercakap.
Tapi Sultan Muhammad Al-Fatih ada satu sifat yang luarbiasa. Dia sangat hargai orang yang menuntut ilmu. Macam you guys yang belajar kat uni currently.”
Satu hari Sultan Muhammad Al-Fatih nak bina madrasah. Dia nak buat bersebelahan dengan Masjid Fatih di Istanbul. Sultan bagitahu pada Menteri hasratnya tu. Menteri bersetuju dan pembinaan terus dijalankan.
Semasa melihat rekabentuk bangunan Sultan letakkan jarinya di satu titik. Dia sebut gali lubang di sini dan letakkan jeriji besi atasnya.
Nanti bila pelajar dan Muallim lalu di jeriji besi ini, sisa tanah di kasut akan jatuh ke dalam lubang. Tanah dan pasir akan berkumpul di situ.
Para menteri bingung. “Kenapa perlu ada lubang di sini?” kata salah seorang dari mereka.
Lain benar letak lubang berjeriji di hadapan pintu masuk madrasah. Mereka tidak faham tujuan Sultan Muhammad Al-Fatih. “Apa perlunya lubang itu?” tanya yang lain p**a sesama mereka.
Tiba-tiba seorang Menteri bertanya,, “Maafkan kami bertanya Tuanku. Untuk apa lubang berjeriji di bina di situ?”
Baginda Sultan memandang ke bawah. Perlahan lahan di angkat wajahnya yang putih bersih itu. Dia memandang kepada Menteri yang bertanya.
Sultan menyebut, "Semasa aku meninggal dan jasadku dimasukkan ke dalam kubur, tuanglah tanah-tanah ini ke atasku"
Apabila Sultan menjawab begitu, para pegawai dan Menteri terus lagi bingung.
“Ampun Tuanku. Apa tujuannya Tuanku?” bertanya seorang Menteri lagi
Sultan Muhammad Al-Fatih menjawab, "Pada tanah dan pasir yang melekat pada tapak kasut orang-orang berilmu yang ada dalam lubang ini, aku berharap Allah SWT akan ampunkan dosa dosa aku. Semoga aku selamat di Akhirat."
Semua yang mendengar menitiskan air mata. Termasuklah Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri.”
Saya lihat anak-anak semula. Saya sebut “Kalau seorang Sultan yang hebat seperti Sultan Muhammad Al-Fatih begitu merendah diri, siapalah kita nak angkat diri. Kalau dia yang berilmu itu pandang tinggi pada orang yang menuntut ilmu, siapa kita untuk bangga diri.
Saya sambung lagi. “Jadilah seperti Sultan Muhammad Al-Fatih. Merendah diri. Tawaduk. Letakkan akhirat di hati.
Anak anak dengar dan angguk. Bila saya pandang mereka tundukkan kepala. Mungkin berfikir agaknya.
Teman teman,
Dalam diri jangan ada rasa sombong dengan apa yang kita tahu. Mungkin apa yang kita tahu tu kecil berbanding dengan mereka yang kita pandang rendah tu.
Hanya kerana ada sekelompok orang pandang rendah pada orang lain, kita jangan ikut sama. Kita tak kenal pun orang yang dilekehkan tu. Kita tak tahu ilmunya macam mana.
Mungkin yang dikongsi itu kecil saja. Ambil satu sisi dari puluhan sisi yang ada.
Begitu juga penuntut ilmu. Mereka sedang berjihad. Kita ni tak tahulah sedang buat apa.
Moralnya jaga hati. Jaga jari. Ketap gigi biar lidah tidak menari dalam lenggok lagi menyakiti hati.