Nang nyaman bosku sdn.bhd

Nang nyaman bosku sdn.bhd Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Nang nyaman bosku sdn.bhd, K.M 7.5 Jalan Oya, Mukah.

hai saya ada menjual tart nenas dengan harga hanya RM10 sebalang.sebarng prtnya boleh direct message ya.selamat mencuba ...
13/10/2019

hai saya ada menjual tart nenas dengan harga hanya RM10 sebalang.
sebarng prtnya boleh direct message ya.selamat mencuba




hai pengemar aiskrim. disini saya menjual aiskrim ala-ala magnum pasti korang dah tahu kan. Ada tak sapa-sapa kat sini n...
12/10/2019

hai pengemar aiskrim. disini saya menjual aiskrim ala-ala magnum pasti korang dah tahu kan. Ada tak sapa-sapa kat sini nak makan aiskim magunm ni,lagi-lagi cuaca panas gine memang cun abis kan.. so ape tnggu lagi guys..mur mur jak guys sapa dulu dia dapat...
*rm1.00! rm1.00!rm!.00 sebatang guys

5063digitalentreprenuershipdevelopment


Nampak sahaja Aiskrim Malaysia, anda pasti akan teringat zaman kecil anda, bukan? Memang nostalgik!Tetapi selain dari pe...
12/10/2019

Nampak sahaja Aiskrim Malaysia, anda pasti akan teringat zaman kecil anda, bukan? Memang nostalgik!

Tetapi selain dari perisa bandung atau milo, kini terdapat perisa baru yang telah viral iaitu Aiskrim Malaysia Ala Magnum. Jika anda mahukan sesuatu yang unik dan senang untuk disediakan di rumah, resepi ini memang sesuai untuk anda.

Resepi Aiskrim Malaysia Ala Magnum ini sangat mudah untuk disediakan kerana anda hanya memerlukan 9 bahan sahaja. Selain itu, resepi ini juga cuma memerlukan 3 langkah utama. Anda hanya perlu menyediakan campuran susu, cairkan coklat dan bekukan aiskrim tersebut.

Rasa aiskrim ini juga sangat memuaskan kerana anda dapat menikmati kombinasi aiskrim susu penuh krim dan kaya dengan vanila bersama coklat yang pekat. Memang layan!

RESEPI PENUH:

Aiskrim Malaysia Ala Magnum Seismik Makan
Image via Seismik Makan

Bahan-bahan

Aiskrim Malaysia Ala Magnum Seismik Makan
Image via Seismik Makan

1/2 tin susu sejat
1/2 tin susu pekat
200 ml krim putar
1/2 cawan gula
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil esen vanila
1.5 liter air
250 gram coklat hitam
250 gram coklat susu

Cara

1. Dalam periuk, campurkan 1/2 tin susu sejat, 1/2 tin susu pekat, 200 ml krim putar, 1/2 cawan gula, 1.5 liter air, 2 sudu besar tepung jagung dan 1 sudu kecil esen vanila.

2. Didihkan campuran susu dan gaul sehingga sebati. Ketepikan.

3. Menggunakan teknik 'double-boiler', cairkan 250 gram coklat hitam dan 250 gram coklat susu.

4. Apabila coklat sudah cair, tuangkan coklat ke dalam plastik aiskrim.

5. Ratakan coklat menggunakan kad.

6. Tuangkan p**a campuran susu ke dalam plastik aiskrim.

7. Bekukan aiskrim selama semalaman. Aiskrim anda kini sudah siap untuk dinikmati!

Tart Nenas Gulung Sukatan Cawan Yang Gebus dan Melting.As Salam,Resepi Tart Nenas Gulung Sukatan Cawan Jualan-Saya tak p...
12/10/2019

Tart Nenas Gulung Sukatan Cawan Yang Gebus dan Melting.

As Salam,
Resepi Tart Nenas Gulung Sukatan Cawan Jualan-Saya tak pasti dengan readers yang lain, tapi bagi diri saya, saya sangat menyukai cara Azlina Ina berkongsi resepinya dalam laman sosial miliknya.Caranya yang bersahaja, nampak betul dia kongsi resepi kuih, kek dan cookies jualannya dengan ikhlas.Padahal dia tahu, resepi yang dia kongsi tu adalah sama dengan resepi cookies jualannya.

Tart Nenas Gulung Sukatan Cawan Untuk Jualan

Hanya mereka yang berjiwa besar dan berlapang dada sahaja, yang penuh yakin bahawa setiap orang punya rezeki masing-masing.Kali ini saya kongs*kan Resepi tart nenas yang gebus dan melting.

Memang saya ambik masa untuk taip dan salin balik bagi proper penyampaian resepinya, tapi bagi saya p**a ini adalah amal jariah yang dipanjangkan supaya lebih ramai yang dapat manfaatnya.InshaAllah:)

Ini adalah panduan Bisnes Bakeri Dari Rumah ini sangat membantu anda memahami selok belok memulakan perniagaan cookies dan kek hanya dari rumah.

Jualan Tart Nenas Paling Masyuk dan Permintaan Tinggi Menjelang Musim Perayaan
Saya tidak hairan jika menjelang musim perayaan, para pembuat atau penjual cookies raya sampai tak menang tangan menerima banyak tempahan.Salah satu cookies yang banyak mendapat permintaan pelanggan ialah Tart Nenas Gulung.Sebenarnya kalau ikut saya, semua tart sama ada tart bunga, tart mawar, tart gulung,segala mak nenek tart nenas pun adunan resepinya sama atau lebih kurang kot, cuma bezanya bentuk dan tekstur.

Jadi, kalau ada kalangan pembaca blog saya yang memang selalu mendapat permintaan tinggi dalam cookies raya, sudah sampai masanya anda fikirkan untuk kembangkan lagi bisnes korang tu.Anda mempunyai sebab yang kuat untuk majukan lagi bisnes sebab dah ada regular customer dan ada peminat sendiri. Tambah jimat kalau buat bisnes di rumah ni, kita tak payah marketing pun cookies raya kita, depa dah tahu keenakan dan kelazatan cookies raya air tangan kita. kann?

Dibawah ini saya kongs*kan Resepi Tart Nenas Gulung Sukatan Cawan Yang Gebus dan Melting .Jika anda mahu mencuba resepi terbaru tart nenas, boleh dapatkan resepinya di sini :

Tart nenas selepas disapu dengan kuning telur, nampak kuning keemasan warnanya.

Tart Nenas Gulung Sukatan Cawan Untuk Jualan

Bahan-Bahan Utama ( Dapat 60 pcs )
3 1/4 cawan gandum (1/4 tu s**atan die kurang dr separuh cawan)
2 sb tepung jagung(supaya tart anda tak keras kejung bila sejuk)
2 sb tepung kastard (supaya tart anda rasa creamy sedap)
2 sb minyak sapi ( supaya tart gebu,gold dan rasa susu sedap )
1 cawan butter
3 sb susu pekat
1 biji kuning telur
Sedikit esen vanila
Sedikit pewarna kuning

Cara Menyediakan Doh Tart Nenas Gulung Sukatan Cawan
Satukan bahan-bahan seperti butter, susu pekat, kuning telur, esen vanila, pewarna kuning dan minyak sapi dalam bekas adunan.Kacau guna senduk sahaja.
Kemudian,masukkn 1 cawan tepung gandum,2 sb tepung custard,diikuti 2sb tepung jagung
Kemudian,tuang baki selebih nya tepung gandum tadi.Nota : s**atan 3 1/4 cawan ni bagi sesiapa yang pakai acuan tart kalau pakai penggelek boleh tambah 1/4 jd 1/2 cawan.Maksudnya s**atan untuk guna penggelek 3 cawan setengah tepung gandum sebab nak doh keras s*kit supaya senang nak gelek.
Uli sampai dapat doh yang cantik dan lembut.
Ambil sedikit adunan doh, dan masukkan sedikit dalam acuan tart.
Tabur tepung atas dulang atau talam semasa menerap tart.
Sapu sedikit butter atas tray sebelum diletak tart untuk dibakar dalam oven.
Sapu kuning telur yang dicampur dengan pewarna kuning sedikit untuk dapatkan kesan gold pada permukaan tart.
Panaskan oven pada suhu 170 darjah dalam 5 minit.
Masukkan tart dalam oven dan bakar dengan suhu 160 darjah dalam 25 minit ( atau ikut oven masing-masing.
Kalau nampak permukaan tart dah gold means tart nenas dah boleh diangkat.

Cara Menyediakan Jem Nenas
Saya tidak buat sendiri jem nenas tapi beli di mana-mana bakery.Sekiranya jem nenas yang dibeli agak masam, boleh masak balik di rumah dan tambah sedikit gula supaya lebih enak.

Saya memang salah seorang peminat tegar Tart nenas dan dah mencuba banyak jenis tart.Bagi saya tart nenas yang sedap salah satu cirinya ialah tekstur tart yang gebus dan melting.Kalau korang makan atau buat tart tapi hasilnya tak gebus dan melting, inshaAllah boleh cuba lagi.hehhhe.Tapi, setiap orang kes**aan berbeza kan.Apapun ini pendapat peribadi sahaja:)

Lagi satu, jem atau inti nenas tu pun tak sedap kalau masam atau manis sangat.Jangan p**ak inti jem keras.Pun tak sedap.Inti jem nenas kalau kita masak dia sampai caramelise gula dia tu, gerenti sodap dan tak keras jem korang.InshaAllah.

Orait, semoga dipermudahkan urusan anda semua untuk membuat sendiri tart nenas atau untuk buat jualan. Doakan juga kemudahan untuk saya sekeluarga dalam urusan dunia dan akhirat kami:) aamiin

Aiskrim Malaysia kembali lagi guys ...hari panas gine baru best mkn bnda yang sejuk, betul kn???di sini saya ada mnjual ...
11/09/2019

Aiskrim Malaysia kembali lagi guys ...hari panas gine baru best mkn bnda yang sejuk, betul kn???di sini saya ada mnjual pelbagai perisa yang mngkin ada tak prnah cuba dan rasa..so masa apa tunggu lagi guy..kedong harganya murah jerr...Rm0.50....Rm0.50 satu batang.. 🍦🍦🍦cod area mukah dan oya dan jangan lepaskn peluang jugak kepada stdent politeknik yang masih trcari2 dan craving dengan aiskrim malysia... ..tnggu apa lagi ws no di bwh jika brminat....
http://www.wasap.my/+601131716973wanaini foodhunter
http://www.wasap.my/+60173787911inara

Sambil layan drama Filipina dolce amor ni teringat p**ak kenangan masa jual ais krim dulu..Ais krim Malaysia, bisnes kec...
11/09/2019

Sambil layan drama Filipina dolce amor ni teringat p**ak kenangan masa jual ais krim dulu..

Ais krim Malaysia, bisnes kecil-kecilan dari rumah jer.. Biasa kalau waktu2 macam ni, memang tk putus budak2 datang beli ais krim.

Biasa budak2 akan datang beli ais dari petang sampai jam 9 malam.. kadang2 kul 11 lebih pun ade lagi yg beri salam nk beli ais krim..

Kali ni aini nk share tips untuk sahabat yang berminat nk buat bisnes ais krim dari rumah macam ayu dulu..

Kalau cara macam ni ais krim korang akan jadi lebih gebu n sedap tau. Caranya mudah saja.. paling sesuai kalau untuk ais krim yg bersusu, lagi sedap. Kalau ais krim bergula pun ok jugak guna cara ni..

Cara nya mudah jer, Tambahkan tepung jagung dalam bancuhan ais krim korang.. Tapi jangan p**ak korang pergi tambah serbuk tepung tu dalam bancuhan air, memang rosaklah rasa ais krim korang tu nanti.. 😂😂

Untuk cara ni, korang kena masak tepung jagung tu... Sukatan mudah je, 2 sudu besar untuk 1 litter air.. Masak sampai air bancuhan tepung jagung tu bertukar jadi warna jernih.

Kalau tak jernih boleh tambah air s*kit lagi n terus campurkan gula dalam tu untuk buat air gula n nanti bila dah sejuk boleh tambahkan perisa dan boleh terus bungkuskan ais krim n bekukan..

Kali ni tk dapat nk share gambar sebab aini dah lama tk buat ais krim.. Tapi kalau korang tk yakin boleh huat s*kit2 dulu.. Lepas tu rasa kalau ok, boleh teruskan..

Ayu doakan korang yg buat bisnes ais krim malaysia dari rumah tu bertambah maju dan berjaya... Jangan kata bisnes ais krim malaysia ni tkde masa depan tau.. Kalau kena dengan caranya InsyaAllah boleh dapat untung yg lumayan tau..

Moga apa yg ayu kongs*kan bermanfaat untuk korang semua..

Resepi Tart Nenas Gulung, adalah antara Kuih Raya yang paling pop**ar dan dis**ai ramai. Tart ini sangat sedap, gebu dan...
11/09/2019

Resepi Tart Nenas Gulung, adalah antara Kuih Raya yang paling pop**ar dan dis**ai ramai. Tart ini sangat sedap, gebu dan cair di mulut. Pasti berbaloi mencuba.


Bahan-Bahan:
Bahan untuk jem:
2 biji nenas, parut dan toskan air
600 gram gula
1 batang kayu manis
2-3 titik pewarna kuning
Bahan untuk hiasan:
1 biji kuning telur
1 sudu air
Setitik pewarna kuning
Bahan-bahan untuk tart:
125 gram butter, premium Anchor butter
1 sudu besar gula kastor
1 biji kuning telur
1 sudu besar minyak sapi
1 3/4 cawan tepung gandum*
1/4 cawan tepung jagung*
1 sudu besar tepung kastard*
1/2 sudu kecil garam halus, (jika guna unsalted butter)
Cara Penyediaan:
Cara-cara untuk jem nenas:
Masak nenas yang telah diparut bersama gula.
Apabila hampir kering, masukkan pewarna kuning dan kayu manis. Masak dengan api perlahan sehingga agak kering.
Cara-cara untuk bahan hiasan:
Kacau sebati kuning telur, air dan pewarna kuning. Sapu di atas tart gulung.
Cara-cara untuk tart:
Pukul mentega ( dikeluarkan pada suhu bilik) bersama gula sehingga putih dan berkrim.
Masukkan kuning telur, minyak sapi dan garam. Kacau sehingga sebati.
Ayak ketiga-tiga jenis tepung (bertanda *). Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan sehingga menjadih doh yang lembut. Rehatkan seketika.
Masukkan doh ke dalam acuan tart, tekan dan gulung bersama inti nenas yang digentel kecil membujur. Susun di atas loyang yand dilapik dengan baking paper atau digriskan dengan butter.
Sapukan atas tart gulung dengan bahan hiasan. Panaskan oven pada suhu 175 darjah celcius, masukkan kuih dan bakar selama 20-25 minit.
Tips:
Jika doh masih agak keras, uli doh bersama soft butter sedikit demi sedikit sehingga doh menjadi senang untuk diterap.

Hello semua. Tengah hari garang macam ni mesti kita pergi merasa ingin makan yang sejuk-sejuk. Apakata kalau kita sejukk...
11/09/2019

Hello semua. Tengah hari garang macam ni mesti kita pergi merasa ingin makan yang sejuk-sejuk. Apakata kalau kita sejukkan hati dan jiwa di tengah hari terang-benderang macam ini dengan Aiskrim Malaysia yang mampu membekukan jiwa anda yang tengah panas tu, hehe. Siapa yang tak s**a aiskrim. Lagi budak kecil sangat s**a. Tapi ada juga orang dewasa yang s**a aiskrim taw, bukan hanya budak-budak sahaja.

Daripada kalangan budak-budak tadika sampai sekolah menengah s**a makan aiskrim ini gitu. Bahkan ada yang membeli banyak di sekolah untuk disimpan di rumah, saking s**anya. Rasanya yang manis dan menyegarkan serta bentuknya yang senang diangkut dan dipegang, memang sangat favorit untuk budak-budak.

Bagaimana kalau anda buat sahaja di rumah, tidak perlu beli di kedai. Buat di rumah lagi berbaloi dan puas makan satu ke tiga ke makan satu freezer pun boleh, hehe. Lebih aman kebersihannya dan anda boleh modif bermacam-macam rasa yang anda s**a.

Baiklah, sekarang kami akan mengongs*kan kepada anda resepi Aiskrim Malaysia .Resepi ni sangat simple, senang dan berbaloi sangat. Resepi ini. Jemput baca…

Resepi Aiskrim Malaysia

Bahan untuk Base Susu
2 tin susu pekat (1 malaysia)
2 tin susu cair (1 malaysia)
6 liter air (saya guna drinking water sea master)
Air gula (secukup rasa)
Garam (untuk keladi dan jagung)
P/s : kalau sudah ada base susu ni, senang tambah apa2 perasa yang kita mahu. Saya guna cap double lion. Selalunya guna 1/2 botol yang 495 ml.
Cara Membuat Aiskrim Malaysia
1. Untuk bandung, tambah 1/2 botol besar aiskrim soda

2. Untuk aiskrim yang tidak ada susu macam anggur dan strawberi, masukkan sebiji sumi dalam tu.

3. Untuk jagung, masukkan 1 sudu kecik jagung dalam tin yang creamy tu.
4. Simpan dalam freezer hingga beku. Siap

Sangat mudah kan, sila dicuba..

Aduh tersenyum saya sorang sorang. Ada juga orang macam ni dalam dunia. Bila buat kek tak menjadi, salahkan resepi, sala...
11/09/2019

Aduh tersenyum saya sorang sorang. Ada juga orang macam ni dalam dunia. Bila buat kek tak menjadi, salahkan resepi, salahkan saya. Yang paling kelakar, minta saya gantikan duit dia yang membeli bahan bahan. Aduhhaai kenapalah begini sekali adat belajar.

Kalau kek buah tu dah pahit, sah sah lah gula nya dah hangit kerana dimasak dengan api kuat. Saya ke yang salah? Mestilah ada sebab bila kek tu tak sedap. Memasak ni kena ikhlas dan tak boleh nak show off. Saya memasak tak ada pun atas kepentingan apa apa. Ada kala, saya pun gagal dalam percubaan memasak saya.

Saya tidak berniaga dan tidak p**a charge resepi yang dikongs*kan. Apa apa pun saya harap, dia tahu apa yang perlu dia buat selepas ini. OK lah sempena bulan Syawal ini, saya tak mahulah merosakkan amalan Ramadhan saya dengan melayan orang seperti ini.

Syukur Alhamdulillah kerana kita telah berpeluang untuk berada dalam bulan Ramadhan dan semoga kita berjaya menjadikan diri kita seorang bertaqwa yang Allah janjikan penghapusan dosa. Samada kita telah menemui Malam Lailatul Qadr, hanya diri kita yang dapat menilainya. Apakah bis*kan kebaikan lebih kuat dari bis*kan untuk melakukan kejahatan dalam diri kita. Jika ya, maknanya kita mungkin telah bertemu malam penuh keberkatan itu.

Insya Allah semoga kita dipanjangkan usia untuk menghadapi Ramadhan akan datang dengan usaha yang lebih berlipat ganda. Banyak nikmat dan peluang yang telah Allah kurniakan untuk saya beribadat sepanjang bulan Ramadhan yang telah lalu. Semuanya datang dari Allah bila kesusahan yang dihadapi sebenarnya adalah satu manfaat yang tersembunyi.

Seperti yang saya tulis sebelum ini, saya sangat gembira kerana berpeluang merasai suasana beraya di Kelantan setelah sekian lama. Namun apa yang saya perhatikan, banyak perubahan yang berlaku dari segi hidangan. Lebih moden. Contoh 2 rumah yang saya kunjungi menghidangkan soto. Sedang untuk perantau seperti saya, pasti yang dicari adalah hidangan Kelantan seperti nasi kapit, nasi dagang atau lain lain makanan Kelantan seperti nisse cair dsb. Namun begitu, saya tetap seronok terutama Nana, Juita dan Aween ikut sekali berhari raya.

Seperti dijanjikan dalam entri inti tart nenas sebelum ini di SINI, kali ini saya ingin kongs*kan resepi tart nenas gebu gebas yang kami sediakan untuk hari raya baru baru ini. Inilah resepi baru yang saya pelajari dari Nana. Resepi kawan beliau yang memang setiap tahun menyediakan biskut tart nenas.
Jom layan resepi mudah dan sangat gebu ini. Rugi tak mencubanya tau. Saya perhatikan biskut tart memang laris dan dicari cari. Saya sendiri hanya makan biskut tart berbanding dengan biskut lain.

Biskut Tart Nenas
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
250 gm mentega
300 gm tepung gandum
50 gm gula kaster
40 gm tepung jagung
1 sudu kecil esen vanilla
Sedikit kuning telur + sedikit air + pewarna kuning - sapuan

Cara cara:

Satukan semua bahan dan uli dengan menggunakan tangan sahaja.



Masukkan dalam acuan dan picit. Letakkan inti dan gulung.

Sapukan sedikit kuning telur. Susun dalam loyang dan bakar pada suhu 170C selama 25 minit.

Susun atas redai dan bila sejuk bolehlah disimpan dalam bekas kedap udara.

09/09/2019
cok ck cok..🐣🐣🐣🐣🐣..hai guy,disini saya ada mnjual telur ayam yng mur mur jak...Nak ingin tahu brpa hrganya?ok...TELUR M...
25/08/2019

cok ck cok..🐣🐣🐣🐣🐣..hai guy,disini saya ada mnjual telur ayam yng mur mur jak...Nak ingin tahu brpa hrganya?ok...
TELUR MENTAH:RM0.50/1
TELUR REBUS:RM0.80/1.(tapi ada diskaun jika beli 4 bji telur.(Rm3))

ada cod ke bilik s*k?????
slalunya student akan tnya soaln cam yalh kn...
jangan risau.saya ada mmbuat cod kebilik untuk blok g.dan dan dpn blok utk h,f,dan e..tetapi jika anda membeli lebih dri 4 bji telur..cod dpan bilik akn disediakn untuk blok lain jgak.....so ape tnggu lagi kpda telir d luar sana....🐣🐣🐣..boleh contact no dinwah jika brminat
01131716973.

Aiskrim Malaysia kembali lagi guys ...hari panas gine baru best mkn bnda yang sejuk, betul kn???di sini saya ada mnjual ...
25/08/2019

Aiskrim Malaysia kembali lagi guys ...hari panas gine baru best mkn bnda yang sejuk, betul kn???di sini saya ada mnjual pelbagai perisa yang mngkin ada tak prnah cuba dan rasa..so masa apa tunggu lagi guy..kedong harganya murah jerr...Rm0.50....Rm0.50 satu batang.. 🍦🍦🍦cod area mukah dan oya dan jangan lepaskn peluang jugak kepada stdent politeknik yang masih trcari2 dan craving dengan aiskrim malysia... ..tnggu apa lagi ws no di bwh jika brminat....
http://www.wasap.my/+601131716973wanaini foodhunter
http://www.wasap.my/+60173787911inara

Address

K.M 7.5 Jalan Oya
Mukah
96400

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nang nyaman bosku sdn.bhd posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share