HR NTS Printing

  • Home
  • HR NTS Printing
Call Website Contact the business

HR NTS Printing Menyediakan peluang pekerjaan di Pasir Mas, Kelantan

Dimiliki oleh NUR TIJARI SDN BHD 202001017922 (1374242-V). Mempunyai pengalaman mencetak sejak tahun 2016

📢 KAMI SEDANG MENCARI: EKSEKUTIF SUMBER MANUSIA (HR EXECUTIVE)Adakah anda mempunyai minat dalam bidang 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐒𝐮𝐦𝐛𝐞𝐫...
24/09/2026

📢 KAMI SEDANG MENCARI: EKSEKUTIF SUMBER MANUSIA (HR EXECUTIVE)
Adakah anda mempunyai minat dalam bidang 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐒𝐮𝐦𝐛𝐞𝐫 𝐌𝐚𝐧𝐮𝐬𝐢𝐚, 𝐎𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐇𝐑 & 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐆𝐚𝐣𝐢 (𝐏𝐚𝐲𝐫𝐨𝐥𝐥)?
Kami sedang mencari 𝐄𝐤𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐢𝐟 𝐒𝐮𝐦𝐛𝐞𝐫 𝐌𝐚𝐧𝐮𝐬𝐢𝐚 (𝐇𝐑 𝐄𝐱𝐞𝐜𝐮𝐭𝐢𝐯𝐞) yang bertanggungjawab, teliti dan mempunyai kemahiran mengurus operasi HR untuk menyertai pasukan kami!
Anda akan terlibat dalam keseluruhan operasi sumber manusia.
Bermula daripada proses pengambilan pekerja, orientasi, pengurusan gaji, hubungan pekerja, latihan serta pematuhan HR.
Anda akan bertanggungjawab untuk:
✅ Menguruskan proses pengambilan pekerja termasuk saringan calon, temuduga & pemilihan pekerja

✅ Menyelaras proses kemasukan pekerja baharu termasuk onboarding & sesi pengenalan syarikat

✅ Mengurus rekod pekerja, kehadiran & cuti

✅ Mengendalikan proses pengiraan dan pembayaran gaji bulanan secara menyeluruh

✅ Menguruskan caruman KWSP, PERKESO, SIP (EIS) & PCB

✅ Memproses tuntutan pekerja serta kemudahan faedah pekerja

✅ Menguruskan proses penilaian tempoh percubaan & pengesahan jawatan

✅ Menyelaras KPI dan penilaian prestasi pekerja

✅ Mengurus hubungan pekerja, aduan serta isu disiplin

✅ Mengendalikan proses perletakan jawatan dan urusan keluar pekerja

✅ Berurusan dengan HRD Corp (HRDF) serta jurulatih luar bagi program latihan

✅ Menyediakan laporan HR termasuk jumlah pekerja, kadar keluar masuk pekerja, kehadiran, payroll & latihan

✅ Menyemak dan menyelenggara polisi HR, SOP serta dokumentasi berkaitan

✅ Memastikan proses HR mematuhi keperluan syarikat serta peraturan berkanun yang berkaitan
🎯 SYARAT KELAYAKAN
Kami mencari calon yang:
🔹 Mempunyai Ijazah/Diploma dalam Pengurusan Sumber Manusia, Pentadbiran Perniagaan atau bidang berkaitan

🔹 Mempunyai minimum 2 tahun pengalaman dalam bidang HR yang berkaitan

🔹 Mempunyai pengalaman menguruskan proses payroll secara hands-on

🔹 Mempunyai pengetahuan berkaitan KWSP, PERKESO, SIP (EIS) & PCB

🔹 Berpengalaman dalam proses recruitment dan pentadbiran pekerja

🔹 Mempunyai kemahiran penggunaan Microsoft Word, Excel & PowerPoint

🔹 Mempunyai pengalaman berurusan dengan HRD Corp (HRDF) / jurulatih luar adalah satu kelebihan

🔹 Seorang yang teratur, bertanggungjawab, teliti dan mampu menjaga kerahsiaan maklumat syarikat

🔹 Mempunyai kemahiran komunikasi dan interpersonal yang baik

🔹 Mampu bekerja secara sendiri serta menguruskan pelbagai tugasan HR dalam satu masa
💡 CALON YANG KAMI CARI
Kami mencari individu yang bukan sahaja mahir dalam urusan dokumentasi, tetapi juga selesa berinteraksi dengan pekerja, mengurus data serta menjalankan operasi HR secara menyeluruh.
Jika anda mampu mengurus payroll dengan tepat, mempunyai komunikasi yang baik bersama pekerja serta boleh mengendalikan tugasan HR secara berdikari, anda lah yang kami cari.
📩 CARA MEMOHON
Calon yang berminat boleh menghantar:
📄 Resume terkini / CV
📱 Nombor telefon untuk dihubungi
💼 Pengalaman kerja berkaitan
Kepada:

📧 [email protected]
📱 011-57638572
Subjek Email: Permohonan – HR Executive
📍 Lokasi: Pasir Mas, Kelantan
💰 Gaji: RM1,700.00 – RM2,500.00
🕐 Waktu Bekerja: 9.00 pagi – 5.30 petang
📅 Jenis Pekerjaan: Sepenuh Masa
🚀 KELEBIHAN MENYERTAI PASUKAN KAMI
🌐 KWSP, EPF, SOCSO
🌐 Kursus / Bengkel disediakan
🌐 Peluang Kenaikan Pangkat
🌐 Bimbingan & Mentor
🌐 Cuti Bersalin & Paterniti
Sertai pasukan kami dan bina perkembangan kerjaya anda dalam bidang Sumber Manusia bersama kami!
https://wa.me/601157638572?text=EsekutifHR1

🎓 Lawatan Pelajar Tingkatan 6 SMK Sultan Ibrahim 2, Pasir Mas, ke HQ NTS PrintingBaru-baru ini, HQ NTS Printing menerima...
25/08/2026

🎓 Lawatan Pelajar Tingkatan 6 SMK Sultan Ibrahim 2, Pasir Mas, ke HQ NTS Printing

Baru-baru ini, HQ NTS Printing menerima kunjungan daripada pelajar-pelajar Tingkatan 6 SMK Sultan Ibrahim 2 bagi melihat dengan lebih dekat bagaimana sebuah syarikat printing beroperasi.

Melalui lawatan ini, para pelajar berpeluang menyaksikan sendiri perjalanan kerja di NTS Printing

Bagi pelajar yang bakal menamatkan alam persekolahan dan melangkah ke peringkat pendidikan lebih tinggi, pengalaman seperti ini amat penting untuk membantu mereka memahami dunia pekerjaan sebenar serta mendapatkan gambaran yang lebih jelas dalam memilih bidang yang bersesuaian dengan minat dan potensi masing-masing.

Kami percaya pendedahan awal kepada industri dapat membantu para pelajar membuat keputusan yang lebih yakin tentang hala tuju masa hadapan mereka.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kami ucapkan kepada En Imran, Guru Subjek Seni Visual, dan pelajar Tingkatan 6, SMK Sultan Ibrahim 2, yang telah memilih NTS Printing sebagai salah satu tempat untuk memberikan pendedahan industri kepada para pelajar.

Semoga pengalaman yang diperoleh hari ini menjadi inspirasi dan panduan dalam perjalanan pendidikan serta kerjaya anda pada masa akan datang.

Semoga hubungan baik antara NTS Printing dan SMK Sultan Ibrahim 2 terus terjalin dan membuka lebih banyak peluang kerjasama pada masa hadapan. 🤝

09/07/2026
09/07/2026

Address

Pt 63, Jalan JKR, Seksyen 1, Bangunan Nik Azam

17000

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Saturday 12:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00

Telephone

+601157638572

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when HR NTS Printing posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to HR NTS Printing:

Shortcuts

  • Want your business to be the top-listed advertising & marketing company?

Share