21/09/2025
INFO TRAFIK
PENUTUPAN SEMENTARA JALAN BURMA DAN LENCONGAN LALUAN JALAN PENANG KE JALAN LIM CHWEE LEONG
12.30 Tengah Hari
21 September 2025
Dimaklumkan bahawa telah berlaku mendapan jalan di Jalan Burma (simpang masuk ke Jalan Transfer) yang membahayakan pengguna jalan raya.
Kini, anggota Warden Trafik Majlis Bandaraya Pulau Pinang bersama anggota Trafik Polis Diraja Malaysia ditempatkan di kawasan terlibat dan membuat kawalan aliran lalu lintas.
Kedua-dua arah dari Jalan Penang (dari KOMTAR dan dari Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) PDRM) ke Jalan Burma ditutup sementara untuk kerja-kerja pembaikkan segera.
Pengguna jalan raya di laluan tersebut akan dilencongkan ke Jalan Lim Chwee Leong bagi membolehkan kerja-kerja pembaikkan jalan dilakukan segera.
Sehubungan itu, orang awam adalah dinasihatkan agar merancang perjalanan anda dan menggunakan laluan alternatif sewajarnya.
“Memimpin Sambil Berkhidmat”
📷 Majlis Bandaraya Pulau Pinang - MBPP