Akademi Khalifahamba

Akademi Khalifahamba Akademi pendidikan berteraskan nilai rabbani, membina generasi khalifah berjiwa hamba. Page ini adalah perkongsian dakwah untuk perkongsian bersama

Fokus kepada pembangunan diri, kepimpinan holistik & pendidikan berasaskan fitrah

Sijil ni bukan penamat, tapi permulaan.Dengan pendaftaran dan pemantauan berterusan,kita nak tengok perkembangan setiap ...
15/10/2025

Sijil ni bukan penamat, tapi permulaan.
Dengan pendaftaran dan pemantauan berterusan,
kita nak tengok perkembangan setiap jemaah tahfiz yang ikut kursus ni terus maju ke depan.

Wajah-wajah pelajar tahfiz yang menyertai Kursus “Siapa Aku? Kenali Diri, Kuasai Dunia”.Moga mereka terus istiqamah dala...
12/10/2025

Wajah-wajah pelajar tahfiz
yang menyertai Kursus “Siapa Aku? Kenali Diri, Kuasai Dunia”.

Moga mereka terus istiqamah dalam mendalami ilmu agama,
mengubah diri dan seterusnya membawa perubahan kepada masyarakat.

12/10/2025

Risau dengar luahan adik-adik tahfiz hari ni…
Tinggal solat dah jadi kebiasaan,
tapi orang beragama p**a yang nampak pelik.
Benarlah sabda Nabi, Islam akan kembali asing.

Alhamdulillah Hari ini berjaya dilaksanakan Kursus “Siapa Aku? Kenali Diri, Kuasa Iman & Dunia” di Akademi Tahfiz Masjid...
11/10/2025

Alhamdulillah
Hari ini berjaya dilaksanakan Kursus “Siapa Aku? Kenali Diri, Kuasa Iman & Dunia” di Akademi Tahfiz Masjid Lapangan Terbang Subang, bersama lebih 20 orang pelajar tahfiz.

Moga program ini dapat diteruskan dan menjadi medan membina jati diri — melahirkan pelajar-pelajar tahfiz yang yakin dengan potensi diri, jelas dengan arah hidup, dan mampu melangkah sebagai khalifah yang memberi manfaat kepada ummah

Kenal Tuhan, kenal diri.Di situlah lahirnya jiwa yang tenang, hati yang yakin, dan pemimpin yang tahu arah tuju hidupnya...
01/08/2025

Kenal Tuhan, kenal diri.
Di situlah lahirnya jiwa yang tenang, hati yang yakin, dan pemimpin yang tahu arah tuju hidupnya.

Bila hati terikat dengan Pencipta, langkah jadi lebih teguh.
Bila diri sedar siapa Dia, barulah kita tahu siapa kita.

Jiwa yang kenal Tuhannya, tak mudah goyah.
Dan dari situlah lahir pemimpin sebenar – bukan hanya bijak, tapi juga tunduk dan takut pada Allah.

Moga kita semua terus dibimbing untuk kenal, faham, dan tunduk pada-Nya.

KURSUS KENALI DIRI | AKADEMI KHALIFAHAMBA x MQDSAlhamdulillah, Kursus Kenali Diri yang berlangsung selama dua hari telah...
01/08/2025

KURSUS KENALI DIRI | AKADEMI KHALIFAHAMBA x MQDS

Alhamdulillah, Kursus Kenali Diri yang berlangsung selama dua hari telah pun selesai dengan penuh kesyukuran. Seramai 22 orang pelajar dari barisan kepimpinan MPP Madrasatul Quran Darussalamah Setia Alam telah menyertai program ini dengan semangat yang luar biasa.

Kami di Akademi Khalifahamba amat terinspirasi dengan kesungguhan dan keterbukaan adik-adik dalam mengenali potensi diri, mengenal emosi, dan membina kekuatan rohani serta jatidiri sebagai pemimpin muda.

Terima kasih kepada pihak MQDS atas kepercayaan dan ruang kerjasama yang diberikan. Semoga segala ilmu dan pengalaman yang dikongsikan menjadi bekal untuk para pelajar memimpin dengan hikmah dan membawa perubahan yang bermakna dalam masyarakat.

Terus melangkah, terus menyinar.

Sirru ’ala barakatillah.







30/07/2025
30/07/2025
اَلْحَمْدُلِلّهِ
30/07/2025

اَلْحَمْدُلِلّهِ

Destinasi Seterusnya: Madrasatul Quran Darussalamah, Setia AlamAlhamdulillah, program Siapa Aku – Kenali Diri, Kuasai Du...
21/07/2025

Destinasi Seterusnya: Madrasatul Quran Darussalamah, Setia Alam
Alhamdulillah, program Siapa Aku – Kenali Diri, Kuasai Dunia akan diteruskan lagi, kali ini bersama pelajar-pelajar tahfiz di Madrasatul Quran Darussalamah, Setia Alam 📍

🗓️ 28-29 Julai 2025

Kami tak sabar nak bersama mereka – membimbing generasi muda ini mengenal potensi diri, membina keyakinan dan membentuk jiwa pemimpin yang lahir daripada Al-Quran dan nilai-nilai Islam yang sebenar.

Doakan perjalanan ini dipermudahkan dan memberi manfaat besar buat mereka, buat ummah, dan untuk akhirat kita semua, in shaa Allah 💫

🤝 Jika ada yang ingin turut serta menyokong atau menaja program pembangunan pelajar tahfiz ini, pintu infaq sentiasa terbuka.
PM kami untuk maklumat lanjut.

Address

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah,subang
Petaling Jaya
47200

Telephone

+60192170789

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Akademi Khalifahamba posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Akademi Khalifahamba:

Share