04/10/2025
Gelombang ketiga flotila ke Gaza kali ini disertai 10 buah bot sudah berlepas pada 27 Sept lepas dari Itali di bawah Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleens to Gaza (TMTG), manakala kapal Conscience dilepaskan di Porto Otranto, semalam.
Delegasi Malaysia terdiri daripada sembilan aktivis, termasuk empat doktor perubatan dan seorang wartawan, menjadikan Malaysia antara peserta terbesar kumpulan itu selepas Turkiye dalam misi ini.
Gerakan FFC ini adalah gerakan flotila susulan selepas Global Sumud Flotilla yang membawa makanan, ubat-ubatan dan mesej keamanan, membabitkan lebih 1,000 sukarelawan yang menaiki hampir 70 bot dengan satu matlamat iaitu memecah kepungan terhadap Gaza.
sumber: