Tiga Kawan

Tiga Kawan Kami bersedia membantu untuk menyalurkan minda anda !

01/04/2022

Minda majoriti kaum Cina dalam Pendidikan.

1. Pendidikan adalah isu paling mustahak dalam majoriti Keluarga Cina. Lebih daripada agama dan kebudayaan.

2. Kualiti pendidikan adalah lebih penting daripada Bahasa.

3. Susunan piliham jenis sekolah di Malaysia mengikut keutamaan buat majoriti ibubapa cina:

-Sekolah Antarabangsa ( jika berkemampuan )

-Sekolah Swasta O level ( jika berkemampuan )

-Sekolah Kluster seperti SMK SABS Kuantan, TKC N.Sembilan, SMK Kolej SAH Alor Setar, MRSM

-Sekolah persendirian (UEC) untuk kawasan tengah dan selatan semenanjung & SMJK (SPM) untuk Utara dan Pantai Timur semenanjung.

-Sekolah Menengah Kebangsaan

4. Majoriti Ibubapa sanggup gadaikan yang boleh digadaikan untuk pendidikan anak, contohnya bapa saya, ambil loan dan jual rumah untuk menampung pendidikan saya di UK.

5. Saudara Mara akan kumpul duit jikalau seseorang anak saudara masuk Universiti.

6. Sebelum 90-an, ibubapa akan menampar, memukul, memarah, atau menghukum anak sekadar keputusan Peperiksaan yang kurang memuaskan.

7. Jika berkemampuan, setiap anak akan pergi 5-10 tiusyen setelah kelas.

8. Kalau ada 10 ringgit, 9 ringgit akan didermakan kepda sekolah dan 1 ringgit kepada tokong.

9. Persaingan antara pelajar adalah tinggi di sekolah majoriti Cina dan menyebabkan sifat kiasu dan tekanan, yang bakal mendatangkan kerjayaan dalam kerjaya dalam masa hadapan.

10. Yang selalu main isu perkauman, adalah mereka yang kurang berpendidikan bahpun berpendidikan Cina. Sebab pendidikan Cina mementingkan peradaban, moral, budi, sopan dan taat kepada Raja dan Negara.

Untuk makluman

Apek Cina

30/03/2022

Isu Professor UiTM dengan Pelajar B40

Saya memakai kasut saya dalam dua-dua watak insiden ini.

Sebagai seorang pelajar dari golongan susah, dimana ayah mengganggur dan ibu sudah tiada, memang susah untuk meneruskan kehidupan, apatah lagi membeli sebuah komputer?

Kemarahan daripada Professor bagaikan menghiris batinku, berlumuhan darah dalam hati. Kalau saya, tentunya air mata telah mengalir.

Siapakah yang mengetahui kesusahan saya ?

———————————————————————

Sebagai seorang Pensyarah, bukannya saya ada seorang pelajar sahaja.

Tetapi matlamat saya satu sahaja. Saya inginkan pelajar saya mencapai keputusan yang cemerlang, dapat menjaga diri dan berbakti kepada masyarakat.

Dah semester ke-Lima, dan kursus ini memerlukan komputer.

Saya memang ada ramai pelajar dari golongan B40, semuanya susah. Ada yang kena jaga ibu yang sakit, ada yang Keluarga berhutangan, ada yang OKU.

Mereka buat kerja sembilan, minta zakat, minta bantuan orang seperti YB, ada yang crowd funding di FB. Kenapa anda seorang sahaja yang berlainan ?

______________________________________

Kekadang, Tiada hitam dan Tiada putih.

Kita hidup dalam keadaan kelabu, samada gelap atau cerah.

Professor tersebut SALAH berbau menghina, tetapi niat beliau adalah untuk kebaikan pelajarnya, seperti yang diutarakan oleh kekanda Tai Zee Kin.

Pelajar tersebut, haruslah cuba sedaya upaya untuk mendapatkan / meminjam sebuah komputer bahpun second hand. Kalau dah cuba, saya menarik balik ayat ini.

Saya bersedia untuk membantu pelajar ini. Tetapi berapa lagi pelajar susah di luar sana ?

Saranan saya kepada para netizen, kita bukannya orang mulia dan pensyarah/pelajar tersebut memang ada niat baik / batasan.

Jangan kita sekadar maki kepada siapa-siapa dalam isu ini.

Kita cuba sedaya upaya untuk membantu mereka yang memerlukan.

Jom bantu !

-Apek Cina-

Tiga kawan + 1 untuk Umbi KidsTerima kasih kepada umbi kids atas baju raya ! Apek Cina - Ulasan Apek Cina Tai Zee HowKak...
29/03/2022

Tiga kawan + 1 untuk Umbi Kids

Terima kasih kepada umbi kids atas baju raya !

Apek Cina - Ulasan Apek Cina Tai Zee How
Kak Kris - Christine Cheah
Abang Aws - Aws Qarny Adli
Anthena Leong

Harini, saya terbaca bahawa satu pasaraya terkemuka telah menaikkan gaji minimum pekerja kepada RM1,500. Secara keseluru...
17/02/2022

Harini, saya terbaca bahawa satu pasaraya terkemuka telah menaikkan gaji minimum pekerja kepada RM1,500.

Secara keseluruhan, saya menyokong kenaikkan gaji minimum oleh mana-mana syarikat kerana dengan kenaikkan harga ayam, telur dan keperluan asas belakangan ini, ia dapat membantu rakyat untuk menampung kehidupan seharian.

Namun begitu, saya berpendapat bahawa gaji minimum sepatutnya berbeza mengikut industri.

Contohnya, pasaraya merupakan industri perdagangan borong dan runcit. Berdasarkan Laporan Survei Gaji dan Upah Jabatan Perangkaan Malaysia 2020, penengah gaji industri perdagangan borong dan runcit pada tahun 2020 adalah RM1,514.

Untuk industri perlombongan dan perkuarian, penengah gaji industri ini pada tahun yang sama adalah RM3,402. Gaji minimum RM1,500 adalah terlalu rendah untuk industri ini.

Perbezaan penengah gaji untuk kedua-dua industri ini menunjukkan bahawa pelaksanaan satu gaji minimum untuk seluruh Malaysia tidak sesuai.

Terdapat pendekatan lain untuk melaksanakan gaji minimum di Malaysia untuk memanfaatkan rakyat secara inklusif, ini salah satu pendapat saya.

Christine Cheah

Facebook: http://www.facebook.com/cheahyuping/
Twitter: http://twitter.com/ypchristinemay
Instagram: http://instagram.com/christineyuping

Saya kerap buat posting minta orang jangan ketagih judi dan jangan minum mabuk.Pulak tuduh saya bodek Muslim.Saya member...
16/02/2022

Saya kerap buat posting minta orang jangan ketagih judi dan jangan minum mabuk.

Pulak tuduh saya bodek Muslim.

Saya memberikan nasihat sebegini
Sebab saya seorang penganut Buddha,
Sebab saya seorang peguam,
Sebab saya bantu banyak mangsa.

Tiada kaitan dengan Agama.
Kalau Islam larangkan judi dan mabuk
Maka Islam Agama yang bagus.

Itu je nak habak

Tai Zee How
Apek Cina

Kenapa saya s**a bercakap Bahasa Malaysia?Pertama sekali, saya dibesarkan di kuarters kerajaan di mana jiran-jiran saya ...
16/02/2022

Kenapa saya s**a bercakap Bahasa Malaysia?

Pertama sekali, saya dibesarkan di kuarters kerajaan di mana jiran-jiran saya berbangsa Melayu.

Ia merupakan bahasa yang saya biasa dengar setiap hari kerana Bahasa Malaysia merupakan bahasa yang sering digunakan oleh ayah dan mak untuk berkomunikasi dengan rakan sekerja dan penduduk-penduduk kuarters yang lain.

Seterusnya, ayah dan mak banyak menumpu perhatian pada kefasihan saya bertutur dalam Bahasa Malaysia.

Sebab yang mereka berikan adalah Bahasa Malaysia merupakan lingua franca di negara ini dan amatlah penting untuk mencapai keputusan yang bagus terutamanya dalam Bahasa Malaysia supaya senang nak cari kerja pada masa hadapan.

Sebab yang terakhir adalah, saya berpendapat bahawa Bahasa Malaysia merupakan bahasa yang ayu, beremosi dan berbunga.

Terdapat banyak perkataan yang saya tidak dapat cari dalam kamus Bahasa Inggeris ataupun Bahasa Cina. Contohnya, jiwang, lunak, manja, jelik dan sebagainya.

Itulah sebab-sebab saya cintai bahasa kebangsaan saya.

Christine Cheah

15/02/2022

Rangkaian 5G – Generasi kelima teknologi rangkaian tanpa wayar.

Pelaksanaan teknologi baru ini telah diamanatkan kepada Digital Nasional Berhad (DNB) yang ditubuhkan tahun lepas.

DNB memilih pendekatan Rangkaian Borong Tunggal (SWN) 5G until pelaksanaan projek ini di seluruh negara.

Ini bermaksud hanya satu pihak sahaja yang bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan 5G.

Ini menimbulkan persoalan sama ada pendekatan ini akan menyebabkan monopoli industri.

Beberapa hari lepas, CEO DNB menjawab bahawa pendekatan ini adalah model yang paling bagus.

Ini adalah kerana jika sektor swasta diberikan tanggungjawab ini, mereka akan memaksimumkan penggunaan aset 4G sebelum beralih kepada 5G.

Dorongan untuk sektor swasta melaksanakan projek 5G akan fokus terhadap keuntungan.

Selain itu, pihak swasta (operator telekomunikasi) di Malaysia telah mengaku bahawa mereka tidak bersedia untuk menanggung model pemulihan kos bagi pelaksanaan projek 5G.

Ini bermaksud, sekiranya pihak swasta diberikan projek 5G, pengguna-pengguna akhir seperti rakyat marhaen terpaksa membayar kos yang lebih tinggi untuk menikmati rangkaian internet yang lagi cepat.

Proses pelaksanaan 5G di Malaysia juga boleh dipercepatkan dengan sebuah entiti tunggal yang bertanggungjawab terhadap projek ini, dan entiti neutral ini boleh memastikan semua peserta industri telekomunikasi memproleh akses kepada rangkaian dan kapasiti 5G yang adil.

Itulah kesimpulan isu 5G yang dibincangkan baru-baru ini.

Kak Kris

Facebook: https://www.facebook.com/Christine-Cheah-107617305131784/
Twitter: http://twitter.com/ypchristinemay
Instagram: http://instagram.com/christineyuping

13/02/2022

Selamat datang ke page Tiga Kawan
- Apek Cina
- Kak Kris
- Abang Aws

Address

Sungai Besi

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tiga Kawan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share