Alif Shah Alam Tutor Service

Alif Shah Alam Tutor Service Mari kita mulakan perjalanan pendidikan ini bersama! ๐Ÿš€๐Ÿ“š

Sebagai perkhidmatan tutor, saya bersemangat untuk menyediakan pendidikan dalam talian/luar talian berkualiti tinggi, interaktif dan menarik dengan tutor terkemuka yang pakar dalam bidang mereka.

Dalam Islam, mengajak kepada kebaikan merupakan salah satu amalan yang sangat dianjurkan. Salah satu hadith yang menekan...
30/10/2024

Dalam Islam, mengajak kepada kebaikan merupakan salah satu amalan yang sangat dianjurkan. Salah satu hadith yang menekankan pentingnya perbuatan ini adalah:
Riwayat dari Rasulullulah saw. mengatakan:
ู…ู† ุฏูŽู„ู‘ูŽ ุนู„ู‰ ุฎูŠุฑู ูู„ู‡ ู…ุซู„ู ุฃุฌุฑู ูุงุนู„ูู‡
โ€œBarangsiapa yang menunjuki kepada kebaikan maka dia akan mendapatkan pahala seperti pahala orang yang mengerjakannyaโ€ (H.R. Muslim no. 1893).
Hadith ini menunjukkan betapa besar ganjaran bagi seseorang yang berusaha mengajak orang lain untuk melakukan kebaikan. Dalam konteks ini, "kebaikan" merujuk kepada segala bentuk amal soleh, seperti mengajak orang untuk beribadah, berbuat baik, menuntut ilmu, dan lain-lain.
Apabila seseorang mengajak orang lain kepada kebaikan, dia akan mendapatkan pahala yang sama dengan pahala orang yang mengikuti ajakannya. Ini menunjukkan bahawa setiap usaha untuk menyebarkan kebaikan tidak hanya memberi manfaat kepada orang yang diajak, tetapi juga kepada pengajak itu sendiri. Pahala yang diperoleh oleh pengajak tidak akan mengurangi pahala orang yang mengikutinya, yang mencerminkan keadilan dan kemurahan Allah SWT.
Hadith ini mengajak kita untuk lebih aktif dalam menyebarkan kebaikan di sekeliling kita. Dalam kehidupan seharian, kita dapat mengajak keluarga, rakan, dan masyarakat untuk melakukan kebaikan, sama ada melalui nasihat, akhlak yang baik, atau pendidikan yang benar. Dengan cara ini, kita bukan sahaja berusaha memperbaiki diri sendiri, tetapi juga membantu orang lain untuk menjadi lebih baik.
Mengajak kepada kebaikan adalah amalan yang sangat mulia dalam Islam. Hadith ini mengingatkan kita bahawa setiap usaha untuk menyebarkan kebaikan akan mendatangkan pahala yang berlipat ganda, dan ini adalah satu motivasi untuk kita terus berusaha dalam melakukan amal soleh. Marilah kita bersama-sama menjadi agen perubahan yang positif dalam masyarakat dengan mengajak kepada kebaikan.




PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Syurga Untuk Pengunjung Masjid ุนูŽู†ู’ ุฃูŽุจููŠ ู‡ูุฑูŽูŠู’ุฑูŽุฉูŽ ุนูŽู†ู’ ุงู„ู†ู‘ูŽุจููŠู‘ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ...
28/10/2024

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Syurga Untuk Pengunjung Masjid
ุนูŽู†ู’ ุฃูŽุจููŠ ู‡ูุฑูŽูŠู’ุฑูŽุฉูŽ ุนูŽู†ู’ ุงู„ู†ู‘ูŽุจููŠู‘ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ู…ูŽู†ู’ ุบูŽุฏูŽุง ุฅูู„ูŽู‰ ุงู„ู’ู…ูŽุณู’ุฌูุฏู ุฃูŽูˆู’ ุฑูŽุงุญูŽ ุฃูŽุนูŽุฏู‘ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ู„ูŽู‡ู ูููŠ ุงู„ู’ุฌูŽู†ู‘ูŽุฉู ู†ูุฒูู„ู‹ุง ูƒูู„ู‘ูŽู…ูŽุง ุบูŽุฏูŽุง ุฃูŽูˆู’ ุฑูŽุงุญูŽ
Daripada Abu Hurairah RA dari Nabi SAW, baginda bersabda: "Barangsiapa datang ke masjid pada pagi atau petang hari, maka Allah akan menyediakan persinggahan baginya di syurga, setiap kali dia berangkat ke masjid di pagi atau petang hari." (HR Muslim No:1073) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1.Orang yang sentiasa solat waktu di masjid pagi dan petang akan disediakan baginya tempat tinggal yang baik di syurga.
2.Rasulullah SAW menjanjikan perlindungan di hari kiamat kepada tujuh golongan, satu daripada golongan itu adalah โ€ฆ. mereka yang hatinya terikat dengan masjid walau di mana dia berada:
ุนูŽู†ู’ ุฃูŽุจููŠู’ ู‡ูุฑูŽูŠู’ุฑูŽุฉูŽ ุฑูŽุถููŠูŽ ุงู„ู„ู‡ู ุนูŽู†ู’ู‡ู ุนูŽู†ู ุงู„ู†ู‘ูŽุจููŠูู‘ ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ : ุณูŽุจู’ุนูŽุฉูŒ ูŠูุธูู„ู‘ูู‡ูู…ู ุงู„ู„ู‡ู ูููŠู’ ุธูู„ูู‘ู‡ู ูŠูŽูˆู’ู…ูŽ ู„ูŽุง ุธูู„ู‘ูŽ ุฅูู„ู‘ูŽุง ุธูู„ู‘ูู‡ูโ€ฆ.. ูˆูŽุฑูŽุฌูู„ูŒ ู‚ูŽู„ู’ุจูู‡ู ู…ูุนูŽู„ู‘ูŽู‚ูŒ ูููŠ ุงู„ู’ู€ู…ูŽุณูŽุงุฌูุฏู
Daripada Abu Hurairah RA, dari Nabi SAW, baginda bersabda, โ€œTujuh golongan yang dinaungi Allรขh dalam naungan-Nya pada hari dimana tidak ada naungan kecuali naungan-Nya (di hari Akhirat): โ€ฆ. seorang yang hatinya sentiasa terikat ke masjid. (Sahih Bukhari: 660)
3.Bersungguhlah menjaga solat berjemaah khususnya di masjid bagi kaum lelaki. Ingatlah kisah Sulaiman Ibn Hamzah al-Maqdisi keturunan Ibn Qudamah seorang ketua hakim di Syam, beliau pernah berkata: Aku tidak pernah solat fardu secara sendirian kecuali 2 kali dan sehingga sekarang aku seakan-akan merasa masih belum mengerjakannya (padahal usianya ketika itu mencecah 90 tahun) (dalam ar-Raqaik oleh Muhammad Ahmad ar-Rasyid)






Pada yang baru daftar ke Kelas  , jangan risau, buku dalam proses penghantaran ya.Ramai juga student yang baru mendaftar...
27/10/2024

Pada yang baru daftar ke Kelas , jangan risau, buku dalam proses penghantaran ya.
Ramai juga student yang baru mendaftar.
Secara peribadi, risau dengan expectation pada yang baru mendaftar.
Masa makin suntuk, kami bantu pada yang mahu dibantu.
Tekan link dibawah untuk mendaftar :
https://www.cikguajwad.com/ref/Alep/ (yang berada di profile atas)
Atau
WhatsApp No. : 019 - 570 4876 (Cikgu Ajwad)






"Rezeki Tersembunyi: Anugerah Allah yang Tidak Disangka" Rezeki seringkali kita kaitkan dengan harta, wang ringgit, atau...
25/10/2024

"Rezeki Tersembunyi: Anugerah Allah yang Tidak Disangka"
Rezeki seringkali kita kaitkan dengan harta, wang ringgit, atau kejayaan material. Namun, hakikat rezeki jauh lebih luas daripada itu. Rezeki juga hadir dalam bentuk yang tidak kita perasan โ€“ kesihatan yang baik, akhlak yang mulia, keluarga yang penyayang, dan ketenangan jiwa. Semua ini adalah rezeki yang mungkin tidak kita sedari, tetapi amat bernilai dalam kehidupan.
Dalam surah al-Baqarah, Allah berfirman:
"Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya." (Surah al-Baqarah, 2:286)
Hadis Rasulullah SAW juga mengingatkan kita tentang konsep rezeki. Sabda baginda:
"Seandainya kamu bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakkal, nescaya kamu akan diberi rezeki sebagaimana burung diberi rezeki. Ia pergi pada waktu pagi dalam keadaan lapar, dan pulang di petang hari dalam keadaan kenyang." (Riwayat Tirmizi)
Hadis ini mengajar kita bahawa rezeki Allah bukan sekadar sesuatu yang nampak di mata, tetapi juga dalam bentuk perkara yang tidak kita jangka. Kita mungkin tidak sedar bahawa kesihatan kita yang stabil atau kejayaan anak-anak juga merupakan rezeki yang besar dari Allah. Malah, dalam ujian hidup juga terkandung rezeki berupa hikmah dan kekuatan yang Allah titipkan.
Oleh itu, marilah kita sentiasa bersyukur atas rezeki yang diberi, walaupun ianya tidak disangka. Berdoalah agar Allah sentiasa memberi kita rezeki yang terbaik untuk dunia dan akhirat.
Doa Rezeki yang Sahih:
ุงู„ู„ู‡ู… ุงูƒูู†ูŠ ุจุญู„ุงู„ูƒ ุนู† ุญุฑุงู…ูƒ ูˆุงุบู†ู†ูŠ ุจูุถู„ูƒ ุนู…ู† ุณูˆุงูƒ
"Ya Allah, cukupkanlah aku dengan rezeki halal-Mu dan jauhkanlah aku daripada rezeki haram, serta kayakanlah aku dengan kelebihan-Mu daripada memerlukan selain-Mu." (Riwayat Tirmizi)
Akhir kata, setiap rezeki datang dengan izin Allah. Hargailah yang sedikit, syukurilah yang banyak, dan teruslah berdoa agar Allah melimpahkan rezeki yang penuh berkah.

Membangun dan Mengimarahkan Masjid ุนูŽู†ู’ ุนูู…ูŽุฑูŽ ุจู’ู†ู ุงู„ู’ุฎูŽุทู‘ูŽุงุจู ู‚ูŽุงู„ูŽ ุณูŽู…ูุนู’ุชู ุฑูŽุณููˆู„ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆ...
24/10/2024

Membangun dan Mengimarahkan Masjid
ุนูŽู†ู’ ุนูู…ูŽุฑูŽ ุจู’ู†ู ุงู„ู’ุฎูŽุทู‘ูŽุงุจู ู‚ูŽุงู„ูŽ ุณูŽู…ูุนู’ุชู ุฑูŽุณููˆู„ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ูŠูŽู‚ููˆู„ู ู…ูŽู†ู’ ุจูŽู†ูŽู‰ ู…ูŽุณู’ุฌูุฏู‹ุง ูŠูุฐู’ูƒูŽุฑู ูููŠู‡ู ุงุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุจูŽู†ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ู„ูŽู‡ู ุจูŽูŠู’ุชู‹ุง ูููŠ ุงู„ู’ุฌูŽู†ู‘ูŽุฉู
Daripada Umar Ibnul Khatthab RA ia berkata; Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa membangunkan masjid yang di dalamnya digunakan untuk berzikir kepada Allah, maka Allah akan membangunkan baginya sebuah rumah di syurga." (Sunan Ibnu Majah No: 727) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Allah memberikan ganjaran yang besar kepada sesiapa yang membina masjid dengan ikhlas semata-mata untuk digunakan di dalamnya bagi mengingati Allah.
2. Orang yang membangunkan masjid ini tergolong dalam kalangan pemakmur masjid Allah. Firman Allah:
ุฅูู†ู‘ูŽู…ูŽุง ูŠูŽุนู’ู…ูุฑู ู…ูŽุณูŽุงุฌูุฏูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ู…ูŽู†ู’ ุขู…ูŽู†ูŽ ุจูุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ูˆูŽุงู„ู’ูŠูŽูˆู’ู…ู ุงู„ุขุฎูุฑู ูˆูŽุฃูŽู‚ูŽุงู…ูŽ ุงู„ุตู‘ูŽู„ุงุฉูŽ ูˆูŽุขุชูŽู‰ ุงู„ุฒู‘ูŽูƒูŽุงุฉูŽ ูˆูŽู„ูŽู…ู’ ูŠูŽุฎู’ุดูŽ ุฅูู„ุง ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูŽ ููŽุนูŽุณูŽู‰ ุฃููˆู„ูŽุฆููƒูŽ ุฃูŽู†ู’ ูŠูŽูƒููˆู†ููˆุง ู…ูู†ูŽ ุงู„ู’ู…ูู‡ู’ุชูŽุฏููŠู†ูŽ
Hanyalah yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain Allah, maka merekalah yang termasuk golongan orang-orang yang selalu mendapat petunjuk (dari Allah Taโ€™ala)โ€ (Surah At-Taubah: 18).
3. Ibnu al-Jauzi dalam Zaadul Masiir (3/408) berkata: yang dimaksudkan dengan โ€œmemakmurkanโ€ dalam ayat di atas ialah mereka yang:
a. Selalu mendatangi masjid dan beribadat di dalamnya
b. Membangun masjid dan memperbaikinya.
4. Masjid perlu dibangunkan fizikal serta rohnya (program dan aktiviti yang mendekatkan seseorang kepada Allah). Orang yang membangunkan masjid akan diberi ganjaran mahligai di syurga.
5. Perkara pertama yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dalam peristiwa hijrah adalah membina Masjid. Dimulakan dengan masjid Quba dan diikuti dengan Masjid Madinah. Masjid dijadikan tempat menghimpunkan rakyat, merapatkan ukhuwah, menyampaikan dakwah, mengajarkan al-Quran serta mengurus pemerintahan.
6. Jangan jadikan masjid seperti *gajah puteh*. Kata Saidina Ali: Akan datang suatu zaman ke atas manusia, tidak kekal di dalam Islam kecuali namanya sahaja dan tidak kekal dalam ajaran al-Quran melainkan tinggal tulisannya sahaja, masjid yang besar dan indah dibangunkan di sana sini tetapi manusia tidak mengambil petunjuk daripadanya.





Assalamualaikum geng โœ‹๐Ÿ˜ Kelas Offline bagi seminar telah pun penuh. Tapi jangan risau, kelas online masih ada ruang untu...
21/10/2024

Assalamualaikum geng โœ‹๐Ÿ˜
Kelas Offline bagi seminar telah pun penuh. Tapi jangan risau, kelas online masih ada ruang untuk masuk. ๐Ÿ‘
Kami ada buka 3 kelas untuk pelajar SPM. Mungkin ini kelas seminar persediaan terakhir untuk pelajar SPM terutama yang tinggal di Asrama.๐Ÿ˜Š
Jangan tunggu lamaยฒ, daftar sekarang dengan cara klik link di bawah ๐Ÿ‘‡โฌ‡ :
https://www.cikguajwad.com/seminar-programs/



Keajaiban Syukur: Kunci Kebahagiaan dan Ketenangan Jiwa Kehidupan kita sering dipenuhi dengan pelbagai nikmat yang tidak...
20/10/2024

Keajaiban Syukur: Kunci Kebahagiaan dan Ketenangan Jiwa
Kehidupan kita sering dipenuhi dengan pelbagai nikmat yang tidak terhitung. Namun, dalam mengejar impian dan keinginan duniawi, kita kadang kala terlupa untuk menghargai segala anugerah yang telah Allah SWT kurniakan. Menyedari setiap rezeki, kesihatan, dan kebahagiaan yang diberikan adalah langkah pertama menuju kebahagiaan sejati.
Allah SWT berfirman dalam surah Ibrahim, ayat 7:
โ€œDan (ingatlah) tatkala Tuhanmu memberitahu: 'Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambahkan (nikmat) kepadamu; dan jika kamu kufur (ingkar), maka sesungguhnya azab-Ku amatlah pedih.'โ€ (Ibrahim: 7)
Hadis daripada Rasulullah SAW turut menekankan kepentingan bersyukur. Dalam riwayat Muslim, Rasulullah bersabda:
"Sungguh mengagumkan urusan orang mukmin, kerana seluruh urusannya adalah baik. Jika ia mendapatkan kesenangan, maka ia bersyukur, dan itu adalah kebaikan baginya. Jika ia ditimpa kesusahan, maka ia bersabar, dan itu juga adalah kebaikan baginya." (Hadis Riwayat Muslim)
Syukur bukan sekadar ucapan, ia perlu lahir dari hati yang ikhlas dan dilaksanakan melalui amalan. Setiap kali kita mengingati Allah SWT dengan penuh syukur, hati kita akan menjadi tenang dan fikiran kita lebih fokus. Di samping itu, syukur adalah kunci kepada pintu rezeki yang lebih luas.
Marilah kita sama-sama memperbanyakkan rasa syukur dalam setiap detik kehidupan. Doa yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW ini boleh kita amalkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah:
ุงู„ู„ู‡ู… ู„ูƒ ุงู„ุญู…ุฏ ูƒู…ุง ูŠู†ุจุบูŠ ู„ุฌู„ุงู„ ูˆุฌู‡ูƒ ูˆุนุธูŠู… ุณู„ุทุงู†ูƒ
(Allahumma laka al-hamdu k**a yanbaghi li jalali wajhika wa 'azimi sultanik)
"Ya Allah, bagi-Mu segala pujian sebagaimana yang selayaknya untuk keagungan Zat-Mu dan kebesaran kekuasaan-Mu."
Semoga kita semua termasuk dalam golongan hamba yang sentiasa bersyukur dan diberkati Allah SWT.


Perhatian bagi pelajar-pelajar SPM โ‰๏ธโ‰๏ธโ‰๏ธKelas physic-o-theraphy ada menyediakan pakej seminar untuk korang bagi menghad...
16/10/2024

Perhatian bagi pelajar-pelajar SPM โ‰๏ธโ‰๏ธโ‰๏ธ
Kelas physic-o-theraphy ada menyediakan pakej seminar untuk korang bagi menghadapi kertas FIZIK ... ๐Ÿ˜ฒโ—๏ธโ‰๏ธ
Kelas kali ini akan menjawab ramalan soalan bagi kertas 1 dan kertas 2 fizik.....
Apa yang anda akan dapat jika join kelas, Haa... ini dia :
โœ…Nota akan diberikan sebelum kelas bermula
โœ…Tempat belajar selesa
โœ…Ada paparan monitor dibahagian sisi bagi memudahkan sesi kelas
โœ… Buku nota akan dipost kepada pelajar yang mendaftar kelas online
โœ…Kelas adalah hybrid ( Bersemuka dan Online)
โœ… Kelas dibuat menggunakan aplikasi zoom
โœ… Kelas dwibahasa
โœ… Boleh juga belajar secara face to face di No 2-1, Jalan Eco Sanctuari 8/2A Eco Sanctuari, 42500 Telok Panglima Garang, Selangor
โœ… Pakej seminar secara bersemuka berharga RM150โ€ผ๏ธ
โœ… Pakej seminar secara online berharga RM 120!!
โœ… Makanan disediakan (sarapan, tengahari dan petang)
Bersiap sedia untuk Seminar, Lagi 3 minggu geng โ€ผโ€ผ๐Ÿ˜†
Macam mana, berminat tak? Jom daftar kelas sekarang ! ! !
Guna link dibawah :
https://www.cikguajwad.com/ref/Alep/




ใ‚š

"Mengatasi Ujian Hidup dengan Teladan Para Nabi: Inspirasi dan Hikmah dari Kisah-Kisah Agung" Jika kita merasa buntu dal...
14/10/2024

"Mengatasi Ujian Hidup dengan Teladan Para Nabi: Inspirasi dan Hikmah dari Kisah-Kisah Agung"
Jika kita merasa buntu dalam menyelesaikan masalah dan seolah-olah tidak nampak jalan keluar, janganlah berputus asa. Ingatilah kisah Nabi Yunus A.S. yang terperangkap dalam perut ikan di dasar lautan yang gelap gelita. Namun, dengan penuh keyakinan kepada Allah, baginda memohon ampun, dan akhirnya Allah menyelamatkannya. Sebagaimana firman Allah dalam Surah al-Anbiya', ayat 87:
"La ilaha illa Anta, Subhanaka, inni kuntu minaz-zalimin" โ€“ (Tiada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang zalim).
Jika kita diuji dengan penyakit yang meruntun tubuh badan, janganlah bersedih. Ingatilah kisah Nabi Ayub A.S., yang diuji dengan pelbagai penyakit yang tiada penawarnya sehingga dijauhi oleh ahli keluarganya sendiri. Namun, baginda tetap sabar dan redha sehingga akhirnya Allah menyembuhkannya kerana kesabarannya yang luar biasa.
Jika kita pernah dikhianati atau dilukai oleh orang terdekat, janganlah berkecil hati. Ingatilah kisah Nabi Yusuf A.S. yang dikhianati oleh adik-beradiknya sendiri, namun akhirnya Allah mengangkatnya menjadi pemimpin yang dihormati, dan baginda memaafkan mereka.
Jika mereka yang kita kasihi atau ibubapa menentang pilihan kita untuk berada di atas jalan kebenaran, janganlah bersedih. Ingatilah kisah Nabi Ibrahim A.S. yang dihumban ke dalam api oleh ayahandanya sendiri, namun keimanan baginda yang teguh membuatkan Allah menyelamatkannya.
Jika kita merasa rendah diri kerana kekurangan diri, janganlah kita berputus asa. Ingatilah kisah Nabi Musa A.S. yang merasa kekurangan kerana tidak dapat bertutur dengan sempurna, namun Allah tetap memilih baginda sebagai pemimpin yang agung dan memberinya bantuan dengan mengutuskan Harun A.S. sebagai penolong.
Jika kita merasakan kesunyian dalam kehidupan, ingatilah kisah Nabi Adam A.S. yang diturunkan ke bumi seorang diri. Namun, Allah akhirnya menemukan baginda dengan Hawa, sebagai pendamping hidup.
Jika kita tidak mengerti mengapa sesuatu yang berat menimpa kita, ingatilah kisah Nabi Nuh A.S. yang diperintah Allah untuk membina bahtera besar tanpa mengetahui apa tujuan sebenar. Dengan penuh keyakinan, baginda taat, dan akhirnya Allah menyelamatkan baginda dan kaumnya yang beriman dari banjir besar.
Jika kita dicaci dan dimusuhi kerana memilih kebenaran, ingatilah baginda Rasulullah ๏ทบ yang menghadapi pelbagai celaan, ancaman, dan serangan daripada keluarganya sendiri. Namun, kesabaran baginda membawa kepada kejayaan dan penyebaran Islam yang kita nikmati hari ini.
Jangan biarkan hati kita kehilangan rasa syukur. Sekecil manapun nikmat yang Allah berikan, bersyukurlah. Kerana dengan mensyukuri nikmat yang sedikit, Allah akan menambah nikmat yang lebih besar. Sebagaimana firman Allah dalam Surah Ibrahim, ayat 7:
"Dan (ingatlah) tatkala Tuhan kamu memberitahu: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambahkan (nikmat) kepada kamu."
Selimutilah dirimu dengan keikhlasan, dan tidurlah dengan ketenangan ketaqwaan. Semoga esok hari, kita bangun dalam keadaan penuh keimanan dan kebaikan.
Aamiin ya Rabbal 'alamin.

Niat dan Hijrah Kerana AllahุนูŽู†ู’ ุฃูŽู…ููŠู’ุฑู ุงู„ู’ู…ูุคู’ู…ูู†ููŠู’ู†ูŽ ุฃูŽุจููŠู’ ุญูŽูู’ุตู ุนูู…ูŽุฑูŽ ุจู’ู†ู ุงู„ู’ุฎูŽุทู‘ูŽุงุจู ุฑูŽุถููŠูŽ ุงู„ู„ู‡ู ุนูŽู†ู’ู‡ู ู‚ูŽุงู„...
11/10/2024

Niat dan Hijrah Kerana Allah

ุนูŽู†ู’ ุฃูŽู…ููŠู’ุฑู ุงู„ู’ู…ูุคู’ู…ูู†ููŠู’ู†ูŽ ุฃูŽุจููŠู’ ุญูŽูู’ุตู ุนูู…ูŽุฑูŽ ุจู’ู†ู ุงู„ู’ุฎูŽุทู‘ูŽุงุจู ุฑูŽุถููŠูŽ ุงู„ู„ู‡ู ุนูŽู†ู’ู‡ู ู‚ูŽุงู„ูŽ: ุณูŽู…ูุนู’ุชู ุฑูŽุณููˆู’ู„ูŽ ุงู„ู„ู‡ู ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… ูŠูŽู‚ููˆู’ู„ู: ุฅูู†ู‘ูŽู…ูŽุง ุงู’ู„ุฃูŽุนู’ู…ูŽุงู„ู ุจูุงู„ู†ู‘ููŠู‘ูŽุงุชู ูˆูŽุฅูู†ู‘ูŽู…ูŽุง ู„ููƒูู„ู‘ู ุงู…ู’ุฑูุฆู ู…ูŽุง ู†ูŽูˆูŽู‰. ููŽู…ูŽู†ู’ ูƒูŽุงู†ูŽุชู’ ู‡ูุฌู’ุฑูŽุชูู‡ู ุฅูู„ูŽู‰ ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุฑูŽุณููˆู’ู„ูู‡ู ููŽู‡ูุฌู’ุฑูŽุชูู‡ู ุฅูู„ูŽู‰ ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุฑูŽุณููˆู’ู„ูู‡ู ูˆูŽู…ูŽู†ู’ ูƒูŽุงู†ูŽุชู’ ู‡ูุฌู’ุฑูŽุชูู‡ู ู„ูุฏูู†ู’ูŠูŽุง ูŠูุตููŠู’ุจูู‡ูŽุง ุฃูŽูˆู’ ุงู…ู’ุฑูŽุฃูŽุฉู ูŠูŽู†ู’ูƒูุญูู‡ูŽุง ููŽู‡ูุฌู’ุฑูŽุชูู‡ู ุฅูู„ูŽู‰ ู…ูŽุง ู‡ูŽุงุฌูŽุฑูŽ ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู.

Daripada Amirul Muโ€™minin, Abi Hafs Umar bin Al Khattab RA, dia berkata, "Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya setiap perbuatan tergantung pada niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya kerana (ingin mendapatkan keredhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya kerana dunia yang ia menginginkannya atau wanita yang ingin dikahwininya maka hijrahnya kepada apa yang ia berhijrah kepadanya (yang dia niatkan). (HR Bukhari No: 1) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Setiap amal seseorang itu bergantung kepada niat.

2. Niat merupakan syarat diterima atau tidaknya sesuatu amal perbuatan. Amal ibadah tidak akan menghasilkan pahala kecuali berdasarkan niat (kerana Allah).

3. Ikhlas melakukan sesuatu amal semata-mata kerana Allah adalah dituntut pada semua amal dan ibadah.

4. Ganjaran pahala seorang mukmin akan diberi berdasarkan kadar niatnya.

5. Orang yang berhijrah atau melakukan sesuatu perbuatan kerana dunia, maka dia hanya akan dapat dunia yang diinginkan.

6. Orang yang berhijrah kerana wanita, dia juga hanya akan dapat seperti yang diniatkan.

7. Orang yang berhijrah kerana Allah, dia akan memperoleh apa yang diniatkan dengan ganjaran pahala.

8. Hijrah adalah meninggalkan sesuatu yang buruk dan dilarang oleh Allah kepada melakukan sesuatu yang lebih baik dan diredai Allah. Mari bersama berhijrah.

Lakukanlah apa juga amal kebaikan dengan niat yang ikhlas kerana Allah. Berusahalah melakukan hijrah kepada sesuatu yang lebih baik dan diredai serta meninggalkan segala perkara yang buruk dan dosa.






Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua....๐Ÿ˜Kelas physic-o-theraphy ada menyediakan pakej seminar untuk pelajar form...
09/10/2024

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua....๐Ÿ˜
Kelas physic-o-theraphy ada menyediakan pakej seminar untuk pelajar form 5 bagi menghadapi kertas FIZIK ... ๐Ÿ˜ฒโ—๏ธโ‰๏ธ
Kelas kali ini akan menjawab ramalan soalan bagi kertas 1 dan kertas 2 fizik.....
Apa yang anda akan dapat jika join kelas, Haa... ini dia :
โœ…Nota akan diberikan sebelum kelas bermula
โœ…Tempat belajar selesa
โœ…Ada paparan monitor dibahagian sisi bagi memudahkan sesi kelas
โœ… Buku nota akan dipost kepada pelajar yang mendaftar kelas online
โœ…Kelas adalah hybrid ( Bersemuka dan Online)
โœ… Kelas dibuat menggunakan aplikasi zoom
โœ… Kelas dwibahasa
โœ… Boleh juga belajar secara face to face di No 2-1, Jalan Eco Sanctuari 8/2A Eco Sanctuari, 42500 Telok Panglima Garang, Selangor
โœ… Pakej seminar secara bersemuka berharga RM150โ€ผ๏ธ
โœ… Pakej seminar secara online berharga RM 120!!
โœ… Makanan disediakan (sarapan, tengahari dan petang)
Macam mana, berminat tak? Jom daftar kelas sekarang ! ! !
Guna link dibawah :
https://www.cikguajwad.com/ref/Alep/




ใ‚š

07/10/2024

Jeng..jeng..jeng....โ€ผ๏ธโ‰๏ธโ€ผ๏ธ
Korang nak tengok isi dalam buku Fizik SPM Physics-O-Therapy takโ‰๏ธ ๐Ÿ˜‰โœจ...
Baiklahโ€ผ๏ธKita akan lihat apa yang ada di dalam buku Fizik dari Fizik SPM Physics-O-Therapy ni :
โœ… Ada macam-macam buku nota yang lebih terperinci bagi setiap bab๐Ÿคฏ
โœ… Ada juga soalan-soalan ramalan bagi SPM
โœ… Gambar pun berwarna
โœ… Ada video untuk latihan
โœ… Setiap buku latihan dilengkapi dengan jawapan sebagai rujukan
โœ… Tingkatan 4 & 5 (Latihan Dan Nota)
โœ… Buku fizikal ada โคโ€๐Ÿฉน
โœ… E-book pun ada โคโ€๐Ÿฉน
โœ… Harga sekitar RM 15 - RM 50 sahajaโ—
โœ… Lebih terperinci berada di video bawah
๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡







Address

No 2-1, Jalan Eco Sanctuari 8/2A Eco Sanctuari
Telok Panglima Garang
42500

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Alif Shah Alam Tutor Service posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Alif Shah Alam Tutor Service:

Share