03/09/2021
Semuanya bermula dengan sebuah mimpi.
Tidak salah untuk bermimpi. Kerana mimpi itu mencetuskan emosi.
Dan emosi yang membara membakar semangat untuk menerbitkan usaha yang akhirnya menjadikan mimpi itu satu realiti.
Yang salah adalah takut untuk bermimpi, kerana takut menempuh cabaran yang akan mengiringi perjalanan merealisasikan mimpi ini.
Di setiap cabaran, terletak batu asas untuk mencapai tingkat yang lebih tinggi.
Cabaran menandakan pencapaian. Bukan halangan.
Orang berjaya terus fikir dan langkah ke hadapan, sedangkan yang gagal akan terus mencari alasan.