Pakej Umrah Ziarah Cairo Egypt

  • Home
  • Pakej Umrah Ziarah Cairo Egypt

Pakej Umrah Ziarah Cairo Egypt Great deals for your Umrah Trip and travel packages.

Assalamualaikum wbt Sahabat Yg Beriman & Bertaqwa. Salamun Qaulan MirabbirrahimSeruan Buat Umat Islam Untuk Melaksanakan...
08/07/2020

Assalamualaikum wbt Sahabat Yg Beriman & Bertaqwa. Salamun Qaulan Mirabbirrahim

Seruan Buat Umat Islam Untuk Melaksanakan Badal Haji 1441Hijrah

Badal Haji Utk Arwah Ibu Dan Ayah.
https://youtu.be/LaTg6M-48UU

Pengertian Badal Haji
`Badal Haji` bermaksud mewakilkan kepada waris atau orang lain bagi melaksanakan ibadat haji ke atas dirinya di sebabkan uzur seperti sakit yang tiada harapan sembuh atau terlalu tua atau meninggal dunia sedangkan ia berkemampuan tetapi tidak sempat menunaikan ibadat tersebut ketika masih hidup.

Dalil Badal Haji
Barang siapa yang mampu menyambut panggilan haji kemudian terhalang kerana sakit yang tiada harapan sembuh atau lanjut usia maka dia diharuskan meminta orang lain untuk menghajikannya. Hal ini berdasarkan hadis yang dikeluarkan oleh Imam Muslim, dari Fadl bin Abbas bahawa seorang wanita dari Bani Khats`am berkata, “ Wahai Rasulullah SAW, sesungguhnya Allah telah mewajibkan haji kepada hambanya, bapaku seorang yang lanjut usia dan tidak mampu berada pada kenderaan, maka apakah aku boleh menghajikannya”? Rasulullah SAW menjawab,” Boleh”..


Pendapat Mengenai Badal Haji
Ini pendapat Imam Syafie, Imam Malik dan Imam Abu Hanifah.
Dalam hadis yang lain dari Ibni Abbas berkata bahawa seorang wanita dari Kabilah Juhainah bertemu Nabi SAW dan berkata, “Sesungguhnya ibuku bernazar untuk mengerjakan haji tetapi dia belum mengerjakannya sehingga dia meninggal dunia. Adakah boleh saya mengerjakan haji tersebut untuknya”? Nabi menjawab, “Kerjakanlah haji tersebut bagi pihak ibumu. Jika ibumu berhutang dengan seseorang adakah kamu wajib melunaskan hutang tersebut? Maka tunaikanlah hak Allah SAW kerana ia lebih patut dilunaskan”.( Hadis riwayat Imam Al Bukhari)

Pahala Badal Haji
Apabila badal haji dilaksanakan dengan sempurna, kesemua pihak yang terlibat samada yang mengeluarkan belanja atau mengerjakanya akan beroleh ganjaran pahala dari Allah SWT.
Dari Ibni Abbas berkata, “Sesiapa yang mengerjakan haji bagi pihak orang yang meninggal dunia maka ditulis bagi orang yang meninggal dunia satu haji dan orang yang mengerjakannya mendapat tujuh haji”.. Dalam satu riwayat lain,” Dan bagi orang yang mengerjakan haji tersebut akan terselamat dari api neraka”. ( Hadis riwayat Abu Zar)
Wallahu `Aalam…

Badal Haji 2020 Di Kerjakan Oleh Mutawwif Yg Masih Berada Di Kota Mekah.. Permohonan Badal Haji Kini Di buka.

Bukti Pengurusan Perlaksanaan Badal Haji Akan Di Buat Live Dari Kota Mekah Waktu Badal Haji Di Laksanakan Nanti.

Hubungi Saya Segera Sebelum Tarikh Tutup 25 hb July 2020 +6011-32479981

Badal Haji ✓ Korban Di Mekah. https://chat.whatsapp.com/F4dbUCP24ZWHkTsovJwzZH

Go Umrah DIY 2021 https://chat.whatsapp.com/KUmowC0K01jH0Jqxw3R9ju

Upah Badal Umrah Haji
https://www.facebook.com/upahbadalumrahhaji/

Pakej Haji Istimewa https://www.facebook.com/pakejhajifurada/

Salam Silaturrahim
https://chat.whatsapp.com/AfrhmZAsXAj5R9WHPLqzdf

Sahabat Menuju Akhirat
https://chat.whatsapp.com/FGOCiGKSvahLDsqu71h1nX

Majlis Ilmu Taman Syurga
https://chat.whatsapp.com/IhpluvOz1IELL0JfEiDq7B

Calon calon Tetamu Allah
https://chat.whatsapp.com/DmLe11IxXRZBYt2BzWi7Vr

Allah Swt Maha Menguasai
https://chat.whatsapp.com/Cp4nkjtq2qV7Qi4KHHfO6g

Allah SWT Maha Pengampun
https://chat.whatsapp.com/HhjDAsKoe7jCuWdyKLPvzT

Allah Swt Maha Memberkati
https://chat.whatsapp.com/EtMKO0gDKeSEwJpJrqjNGZ

Allah Swt Maha Mengetahui
https://chat.whatsapp.com/DZBY7CuAvKiBV4Ejf9rtwd

Allah Swt Maha Berkuasa
https://chat.whatsapp.com/El0CzurBtt00XVU0JwqsMb

Pesan dari Tanah Suci bagi kita yang ingin Badal umroh atau haji. semoga bermanfaat.

Assalamulaikum Sahabat Online Networking Semua.Salamun Qaulan MirrabirRahim .Pembuka Bicara Hari Ini . Salam Silaturahim...
31/03/2020

Assalamulaikum Sahabat Online Networking Semua.

Salamun Qaulan MirrabirRahim .Pembuka Bicara Hari Ini . Salam Silaturahim Di ALam MAya.
Istigfar berterusan tanpa henti..rk At Home
Semuga ALLAH SWT permudahkan segala keperluan hidup kita dan Memberi Kefahaman

JOM Istigfar berterusan tanpa henti.. semuga allah swt permudahkan segala keperluan hidup kita

Astaghfirullahal Ladzi La Ilaha Illa Huwal - astaghfirullah

Astaghfirullahal-ladzi laa ilaha illa huwa Whoever says, “Astaghfirullah al-l...

Antara peristiwa yang berlalu dalam bulan Rejab ialah :1. Isra’ Mikraj – Rasullullah SAW telah menerima kefarduan solat ...
09/03/2020

Antara peristiwa yang berlalu dalam bulan Rejab ialah :

1. Isra’ Mikraj – Rasullullah SAW telah menerima kefarduan solat 5 waktu dari Allah Taala di Sidratul Mutaha.

2. Rasullullah telah didiisra’kan dari Masjidil Al Haram di Mekah Arab Saudi ke Masjid Al Aqsa di BaitulMuqaddis Palestine dengan menunggang buraq.

3. Pengikut sufi tarekat Chistiyah meraikan ulangtahun Khawaja Moinuddin Chishtiyah.

4. Sheikh Sultan Nazim ‘adil Al-Haqqani meninggal dunia.

5. Perang antara Panipat dan pengasasan Empayar Mughal.

6. Kelahiran ‘Alī al-Asghar.

7. Kelahiran ‘Alī ibn Abī Tālib.

8. Sheikh Habib Ahmad Mashoor al Hadad Bin Taha meninggal dunia.

9. Kemenangan tentera Islam dalam Perang Khaibar.

10. Israk dan Mikraj. Hari kelepasan am bagi sesetengah negara Islam.

11. Hussein ibn Ali memulakan perjalanan ke Karbala dari Madinah.

12. Khalifah Uthmaniyah dimansuhkan oleh Mustafa Kemal Atatürk.

13. Bilal ibn al-Harith dikatakan membawa serombongan 400 orang dari Bani Muzeenah berjumpa Nabi Muhammad . Mereka semua memeluk Islam.

14. Perang Tabuk berlaku pada Rejab 9 H (Oktober 630).

15. Perjanjian Aqabah kedua berlaku pada Rejab 12 H (September 633).

16. Jerusalem ditakluk Salahudin al-Ayubi pada bulan Rejab 583 H (September/Oktober 1187).

17. Hari Nakbah berlaku pada 6 Rejab 1367 H (15 Mei 1948).

Rejab sebagai bulan penebus dosa serta menambah ganjaran pahala juga mempunyai banyak kelebihan dan bermanfaat.

Umat Islam digalakkan beribadat sebanyak mungkin dalam bulan Rejab sebagai satu latihan sebelum mereka menghadapi bulan Ramadan kerana pada bulan ini Allah SWT banyak memberikan Rahmat-Nya.

Ia adalah permulaan bulan mulia dan bagi mempertingkatkan ibadat dan ketaqwaan, terutama melipat-gandakan amal soleh seperti istighfar dan puasa sunat.

Rasulullah SAW bersabda: “Kembalilah kepada tuhan kamu dengan keampunan daripada dosa-dosa kamu dan hindarilah perbuatan maksiat dalam bulan mulia, iaitu Rejab.”

02/03/2020
Assalamulaikum Salam Jumaat Penghulu Hari ..Salam Silaturahim Buat Semua Sahabat Online FacebookIsu terkini Malaysia Dan...
28/02/2020

Assalamulaikum Salam Jumaat Penghulu Hari ..Salam Silaturahim Buat Semua Sahabat Online Facebook

Isu terkini Malaysia Dan Dunia Saat Ini Adalah Berkisar pada Masalah Penyakit Berjangkit. Jom Kita Ikut Sunnah Nabi Bagi meneruskan kelangsungan kehidupan menuju Akhirat Yg pasti.

8 SUNNAH CARA RASULULLAH MENJAGA KESIHATAN DIRI
Pernahkah anda terdengar bahawa Rasulullah pernah ditimpa sakit yang teruk?

Sebenarnya Rasulullah banyak mencontohkan kepada kita bagaimana baginda menjalani hidup untuk kekal sihat.

Benarlah, menghidupkan sunnah nabi akan memberi banyak kelebihan dan memperbaiki kerosakan. Malah diberi pahala.

Berbalik kepada tajuk asal, bagaimana cara Rasulullah menjaga kesihatan?
Ini adalah cara Rasulullah menjaga kesihatan diri agar tetap sihat.

1 # SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH
Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardhu dan solat Subuh secara berjemaah.

Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.

2 # CARA RASULULLAH MENJAGA KESIHATAN ADALAH DENGAN AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN
Rasulullah sentiasa bersih dan rapi.

Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di p**i, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.

“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian p**a menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.”(HR. Muslim)

3 # RASULULLAH TIDAK PERNAH MAKAN BERLEBIHAN
Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)

Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.

Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.

4 # RASULULLAH MENJAGA KESIHATAN DIRI DENGAN GEMAR BERJALAN KAKI
Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat.

Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.

Ini penting untuk mencegah penyakit jantung.

Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.

5 # RASULULLAH TIDAK PEMARAH
Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali.

Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.

Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.

Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wudhu’ dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah di hati.

6 # SENTIASA OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA
Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakkal kepada Allah s.w.t.

7 # TIDAK PERNAH IRI HATI
Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”

8 # JADILAH PEMAAF
Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa.

Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.

Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.

BAHAGIA sebenarnya bukan MENDAPAT tetapi dengan MEMBERI.

Sebenarnya, banyak lagi cara hidup sihat Rasulullah.

Semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya.

mari ikut cara nabi.. 🙂

ASSALAMMUALAIKUM JEMAAH YG BERIMAN DAN BERTAQWA.. BERITA TERBARU!! bERIKUTAN PENGANTUNGAN SEMENNTARA SEMUA KEMASUKAN JEM...
27/02/2020

ASSALAMMUALAIKUM JEMAAH YG BERIMAN DAN BERTAQWA.. BERITA TERBARU!! bERIKUTAN PENGANTUNGAN SEMENNTARA SEMUA KEMASUKAN JEMAAH KE SAUDI BAGI TUJUAN UMRAH DAN ZIARAH
PENERBANGAN PERTAMA TELAH DI BATALKAN

SEMUGA SEMUA JEMAAH MENDAPATKAN MAKLUMAT TERKINI INFO INFO PERJALANAN UMRAH ANDA

DOAKAN SEMOGA KEADAAN PULIH SEDIA KALA

Assalamualaikum WBT,Esok 1 Rejab. Malam ni bolehlah nak niat puasa. 😊Puasa 1 Rejab 1441H pada 25 Februari 2020 SelasaIsn...
24/02/2020

Assalamualaikum WBT,

Esok 1 Rejab. Malam ni bolehlah nak niat puasa. 😊
Puasa 1 Rejab 1441H pada 25 Februari 2020 Selasa
Isnin dan Selasa sunat 1 Rejab
Alhamdulillah. In shaa Allah dua bulan lagi kita sambut Ramadhan

Oleh kerana itu mari kita Muliakan bulan Rejab dengan berbagai Amal Kebaikan.

Rejab bulan menanam Kebaikan. Sya'ban bulan Menyiram / Memupuk Kebaikan. Ramadhan bulan Menuai Kebaikan. Bulan Rejab adalah Pintu Gerbang Ramadhan.

Diantara Amalan yg baik dilakukan pada bulan Rejab (Bulan Haram/Mulia) :

✳ Puasa
✳ Istighfar
✳ Doa

Berikut adalah Amalan dan Zikirnya :

1. Doa ketika masuk bulan Rejab :

اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبَ وَشَـعْبَانَ وَبَلِّـغْنَا رَمَضَانَ

2. Lafaz niat Puasa Sunat Rejab :

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ فِى شَهْرِ رَجَبِ سُنَّةً ِللهِ تَعَالَى

"Saya niat Puasa esok hari di bulan Rejab Sunat Kerana Allah Ta'ala".

3. Doa dibaca pagi dan pegang di bulan Rejab (70x)

ّرب اغْفِرْ لِيْ وَارْحَمْنِيْ وَتُبْ عَلَيَّ

4. Doa dibaca antara Zohor dan Asar bulan Rejab (70x) :

اَسْـتَغْفِرُ الله َ الْعَظِيْمَ الَّذِي لآ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّوْمُ وَأَتُوْبُ إِلَيْهِ، تَوْبَةَ عَبْدٍ ظَالِمٍ لاَ يَمْلِكُ لِنَفْسِهِ ضَرًّا وَلاَ نَفْعًا وَلاَ مَوْتًا وَلاَ حَيَاةً وَلاَ نُشُوْرًا

5. Dibaca pada 10 hari yg pertama bulan Rejab (100x) :

سُـبْحَان الله الْحَيِّ الْقَيُّوْمِ

Dibaca pada 10 hari yg kedua bulan Rejab (100x) :

سُـبْحَانَ الله ِ اْلأَحَدِ الصَّمَدِ

Dibaca pada 10 hari yg ketiga bulan Rejab (100x) :

سُـبْحَان الله الرَّؤُوْفِ

6. Membaca “Sayyidul Istighfar”
(3x Pagi dan Petang) :

اَللَّهُم َّ أَنْتَ رَبِّيْ لآ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ خَلَقْتَنِيْ وَأَنَا عَبْدُكَ وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَااسْـتَطَعْتُ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوْءُ بِذَنْبِيْ فَاغْفِرْ لِيْ فَإِنَّه لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ أَنت

InsyaAllah bermanfaat.
Berbuatlah amal walaupun sedikit, tapi istiqomah.. tak dapat buat semua, jangan tinggalkan semua...

Address


Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+601132479981

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pakej Umrah Ziarah Cairo Egypt posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Pakej Umrah Ziarah Cairo Egypt:

  • Want your business to be the top-listed Advertising & Marketing Company?

Share