26/09/2025
Khasiat Pokok Jarum Tujuh Bilah (Tujuh Duri)
Khasiat pokok Jarum Tujuh Bilah iaitu baik untuk merawat penyakit barah dan penyakit buah pinggang.
Boleh dijadikan ulam .daunnya yang lemak dicicah dengan sambal belacan.
Mari cuba dahulu daun ini sebagai penawar kanser. InsyaAllah.
Pokok Jarum Tujuh Bilah atau nama saintifiknya Pereskia sacharosa/saecnarosa merupakan sejenis pokok yang terdapat di Malaysia dan negara ASEAN yang lainnya.
Tumbuhan dari keluarga kaktus ini mungkin satu-satunya kaktus yang mempunyai daun yang sebenar. Ia merupakan jenis paling primitif dalam keluarga kaktus. Malah ia merupakan tumbuhan yang agak lasak dan boleh beradaptasi dengan hampir semua iklim kecuali tundra. Keadaan optimum untuk pertumbuhannya adalah sinar matahari yang terang dan iklim tropika Ia adalah tumbuhan yang mudah membiak.
Memiliki ciri yang hampir menyerupai pokok parisan, pokok ini juga mudah ditanam dengan kaedah cantas dan cucuk. Ia juga boleh membiak melalui biji benih. Daunnya mudah gugur jika terdedah dengan keadaan kering namun mudah p**a tumbuh semula apabila air mencukupi.
Terdapat 15-20 spesis pereskia terutamanya dari Afrika Selatan, Amerika Tengah dan India Barat. Sepanjang batangnya terdapat tujuh batang duri yang meruncing tajam, kerana itu juga ia dipanggil jarum tujuh bilah. Daunnya yang rangup boleh dijadikan ulam atau salad.
Kegunaan dan Rawatan.
1. Merawat kanser terutama kanser kolon/usus besar, kanser hidung dan kanser yang lain.
2. Sakit Buah pinggang.
3. Ulser mulut
4. Tonsil
Tiga Cara Rawatan:
1. Masukkan 2 helai daun ke dalam air panas, dijadikan teh dan diminum.
2. Daunnya dimakan sebagai ulam 1-3 helai setiap hari.
3. Kisar daun menjadi lumat, dijadikan jus dan diminum.
Secara tradisionalnya, untuk mendapatkan khasiat Jarum Tujuh Bilah ini, daunnya yang matang dipetik sebanyak satu atau dua helai dan dimakan sebagai ulam bersama-sama dengan nasi atau dimakan secara mentah begitu sahaja.
Ðaun Jarum Tujuh Bilah ini mengandungi lendir