Muzik KKFM

Muzik KKFM Media hiburan sensasi di Sabah.

07/02/2021

KUALA LUMPUR: DENDA RM2,000 ATAU PENJARA 6 BULAN KESALAHAN “TAYAR KANGKANG”

Pemilik kenderaan yang didapati menggunakan tayar dan rim terkeluar daripada badan kereta atau ‘hellaflush’ boleh dikenakan denda sehingga RM2,000 atau penjara sehingga enam bulan.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu hantaran di Facebook hari ini, berkata trend mengubah suai kereta menggunakan tayar kangkang itu semakin menjadi ikutan dalam kalangan segelintir pemilik kenderaan di negara ini.

Katanya, pengubahsuaian boleh menyebabkan pemanduan terjejas akibat kegagalan sistem keselamatan, selain brek tidak dapat berfungsi dengan cekap.

“Perbuatan ini (mengubah suai tayar) sekali gus boleh menyebabkan risiko nyawa pemandu itu sendiri dan pengguna jalan raya lain.

“Tindakan boleh dikenakan mengikut Seksyen 6 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Peraturan 138 Kaedah-Kaedah Lalu lintas Jalan 170/59, iaitu mengubah suai kenderaan tanpa kebenaran Jabatan Pengangkutan Jalan.

“Jika sabit kesalahan, hukuman denda boleh dikenakan tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak lebih daripada enam bulan,” katanya.

Sementara itu, sebuah portal kenderaan melaporkan, penggunaan tayar ‘hellaflush’ kini menjadi trend di Malaysia bagi individu yang gemar modifikasi kenderaan masing-masing.

Ada juga pemilik kereta melakukan modifikasi berkenaan secara ekstrim sehingga tayar kereta menjadi terkangkang.

Gaya pengubahsuaian itu berkembang pantas dan dikatakan berasal daripada kejohanan melungsur kereta atau ‘drift’, iaitu kenderaan dimodifikasi rendah dan mempunyai tayar lebar yang terkeluar.

🚨STATISTIK TERKINI COVID-19 MALAYSIA21 Mei 2020🚨  ⚠️ KES TERBARU : 50✅ Jumlah kes : 7,059✅ Kes Aktif :  1,149✅ Kes sembu...
21/05/2020

🚨STATISTIK TERKINI COVID-19 MALAYSIA
21 Mei 2020🚨

⚠️ KES TERBARU : 50
✅ Jumlah kes : 7,059
✅ Kes Aktif : 1,149
✅ Kes sembuh : 5,796
💀 kematian : 114

- Kes Sembuh 90
- Tiada Kematian
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

29/03/2020

MANILA: Sebuah pesawat dalam misi pemindahan perubatan ke Jepun, meletup ketika mahu berlepas dari lapangan terbang di sini, hari ini, mengorbankan kesemua lapan penumpang dan kru penerbangan itu.

Pernah terkena renjatan elektrik semasa menolak trolly ketika membeli-belah??Punca sebenar elektrik terhasil adalah dari...
09/03/2020

Pernah terkena renjatan elektrik semasa menolak trolly ketika membeli-belah??

Punca sebenar elektrik terhasil adalah dari pergeseran besi pada tayar trolly tersebut.
Bagi mereka yang selalu meletakkan anak dalam trolly semasa membeli-belah, sila perhatikan sama ada terdapat dawai atau tidak bawah trolly tersebut yang bersentuhan dengan lantai.

Fungsi dawai tersebut adalah untuk mengalirkan tenaga elektrik yang terhasil daripada pergeseran tayar. Nampak remeh tapi besar kesannya bayi diletakkan di dalam trolly.
Kredit: Info Roadblock JPJ/POLIS

Address

Kinabalu

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Muzik KKFM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share