Pahangnews

Pahangnews Menyampaikan Info dari Bumi Darulmakmur

18/11/2025

Tahukah anda terdapat satu cadangan projek jalan baharu bernama Kuantan Gateway yang sedang dalam kajian.

Laluan ini bakal bermula dari Lebuhraya Pantai Timur (LPT), melalui Kotasas, kemudian bersambung ke Jalan Semambu menuju Teluk Cempedak, dan akhirnya berakhir di projek Kuantan Crystal Bay, Tanjung Api.

Apa manfaatnya?
✨ Akses lebih pantas antara projek-projek baharu di bandar Kuantan dan LPT
✨ Pengangkutan lebih lancar untuk penduduk dan pelancong
✨ Naik taraf laluan sesak terutamanya di kawasan Semambu

Kuantan bakal jadi lebih tersusun, moden dan mudah diakses — kalau projek ini direalisasikan, memang game changer untuk masa depan bandar!

12/11/2025
11/11/2025
09/11/2025
05/11/2025

Jangan main-main wei! Pasport Malaysia sekarang dah naik jadi ketiga paling berkuasa di dunia ikut 2025 Passport Index!

Maksudnya rakyat Malaysia boleh masuk ke 174 negara tanpa visa, satu pencapaian yang bukan calang-calang.

Jabatan Imigresen kata kejayaan ni tunjuk pengiktirafan global terhadap kestabilan, reputasi, dan kepercayaan antarabangsa terhadap Malaysia.

Senang cerita, dunia pandang kita sebagai negara yang “trusted traveller” dan bukan jenis bawa masalah bila melancong.

Kalau nak tahu, nombor satu sekarang ialah UAE dengan akses ke 179 negara, manakala Singapura dan Sepanyol di tempat kedua dengan 175 negara.

Malaysia p**a kongsi tempat ketiga bersama gergasi Eropah macam Jerman, Perancis dan Belanda.

Ni dah kira level Eropah beb! Ini bukan sekadar soal melancong, tapi juga lambang kekuatan diplomatik dan jaringan hubungan luar negara kita yang makin mantap.

05/11/2025
04/11/2025
01/11/2025

Penangan REE, PMX umum syarikat Korea Selatan dan Australia melabur RM600 juta untuk membina super magnet facility di Kuantan 🔥🔥🔥

Projek berimpak tinggi ini akan menjadikan Malaysia sebagai hub dalam supply chain rare earth di dunia.

Kemudahan ini akan memproses 3000 tan permanent magnet dari REE yang penting untuk pembinaan EV dan wind turbine.

Mohon kerajaan negeri buat polisi mewajibkan 30% peluang pekerjaan adalah kepada anak Pahang.

Address


Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pahangnews posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your business to be the top-listed Advertising & Marketing Company?

Share