13/01/2024
Ramai orang kecewa dengan dunia ini, tetapi sayangnya dalam kekecewaan itu mereka mencari dunia juga untuk mendapatkan ketenangan.
Dunia tidak mampu menenangkan, hanya mengalihkan perasaan itu buat seketika sahaja.
Ketenangan itu hanya dari Allah SWT.
Bila ada iman, barulah datang aman. Ketenangan yang dicari itu.
Sebab itu orang sebesar Buya Hamka misalnya, walaupun dipenjara dan diseksa raganya; tetapi di dalam penjara itu jugalah lahirnya Tafsir al-Azhar seperti yang kita kenal hari ini.
Dilanjutkan setingkat lagi, Imam Ahmad bin Hanbal.
Tidak sedikit hidupnya ditekan, disiksa, dan dipenjara. Tetapi sehingga hari ini orang menyebut nama Imam Ahmad bin Hanbal dengan penuh kemuliaan.
Hanya sedikit orang yang mengenali Ahmad bin Abi Dua’at.
Imam juga (Qadi), Ahmad juga. Tetapi beliau itu ulama’ dibelakang khalifah yang memenjarakan Imam Ahmad bin Hanbal.
Dinaik setingkat lagi, ke tingkatan yang paling tinggi.
Hidup Rasulullah SAW juga tidak pernah sepi dengan ujian dan tekanan.
Itulah sebaik-baik contoh yang kita boleh ambil sebagai teladan, sebagai ikutan.
Buku “Bicara Iman untuk Tenang; bersama Allah tidak gelisah” ini adalah nota kecil untuk jiwa hamba seperti kamu, aku, — kita.
Satu bahagiannya untuk diri kita sebagai hamba Allah, satu bahagian lagi untuk diri kita sebagai khalifah di muka bumi ini.
Setiap manusia itu diuji setimpal dengan kemampuannya. Lebih dari itu, tidak!
Kita perlu sentiasa ingat dan yakin, kepada Allah SWT sahaja kunci segala kebaikan dan ketenangan.
Buku ini hanya penunjuk jalannya sahaja.
Tenang itu tetap datang dari Allah SWT.
Dapatkan di 👉🏻 shopee.com.my/-New-Arrival-Bicara-Iman-Untuk-Tenang-Pahrol-Mohamad-Juoi-i.151076202.22346534202