25/06/2021
LAJU DAN TEPAT
••••••••••••••••••••••••
Salam Jumaat sahabat.
Semasa Perang Badar, Saad Abi Waqqas bertempur dengan gagah berani. Begitu juga dalam Perang Uhud. Beliau antara sahabat yang sentiasa berada di sisi dan melindungi Rasulullah SAW.
"Panah lah hai Saad, ibu bapa ku menjadi jaminannya," kata Rasulullah SAW sambil menghulurkan anak-anak panah kepada Saad Abi Waqqas.
LAJU & TEPAT panahan Saad Abi Waqqas sehinggakan semua anak-anak panah dihulurkan kepadanya. Diceritakan beliau mampu melepaskan 3 batang anak panah dalam masa 1 saat.
Saad Abi Waqqas juga mendapat gelaran "Singa Yang Menyembunyikan Kuku" dan kerana itu beliau diberikan tanggungjawab oleh Khalifah Umar Al-Khattab untuk memimpin 30 ribu tentera Islam bagi membantu pasukan yang sedang bertempur dengan tentera Parsi.
https://cutt.ly/RahsiaKeluargaSelamatAkhirZaman