RAXDI - Digital Solutions

Call Directions Website Contact the business

RAXDI - Digital Solutions RAXDI merupakan sebuah agensi yang mempunyai kepakaran dalam bidang digital. RAXDI sedia menawarkan

RAXDI menawarkan perkhidmatan Periklanan Berbayar, Khidmat Rundingan Digital, Audit Digital, Strategi Pemasaran dan Pembinaan Website serta Mobile Apps. Dengan kemahiran yang ada pada kami, kami percaya bahawa perkhidmatan yang kami tawarkan adalah yang terbaik untuk kepuasan anda.

Website vs Landing Page: Mana Sesuai Untuk Bisnes Kecil?====Bisnes kecil yang baru mula bertapak membina jejak digital b...
30/09/2026

Website vs Landing Page: Mana Sesuai Untuk Bisnes Kecil?
====
Bisnes kecil yang baru mula bertapak membina jejak digital biasanya akan berdepan satu persoalan: “Perlu buat website penuh atau cukup dengan landing page?”

Di sinilah kami nak kongsi yang sebenarnya, kedua-duanya mempunyai fungsi yang berbeza.

Jadi, pilihan bergantung kepada jenis bisnes, objektif pemasaran dan apa yang anda mahu pelanggan lakukan selepas melihat halaman tersebut.

No.1: Website Untuk Bina Kredibiliti Bisnes
====
Jika anda mahu membina kredibiliti bisnes, website lebih sesuai sebab boleh memperkenalkan bisnes secara menyeluruh dalam satu tempat sahaja.

Anda boleh paparkan maklumat seperti:
* Profil syarikat
* Produk dan servis
* Portfolio
* Testimoni
* Blog
* Maklumat untuk dihubungi

Ia memberikan ruang kepada pelanggan untuk mengenali bisnes anda dengan lebih mendalam dan membantu membina kepercayaan terhadap jenama.

No.2: Landing Page Untuk Fokus Kepada Satu Matlamat
====
Landing page p**a lebih ringkas dan mempunyai satu fokus utama.

Contohnya untuk:
* Promosi produk
* Kempen Google Ads
* Pengump**an leads
* Pendaftaran program
* Tawaran khas

Kandungan biasanya disusun supaya pelanggan terus mengambil tindakan seperti “Beli Sekarang”, “Daftar Sekarang” atau “WhatsApp Kami”.

No.3: Jadi, Mana Satu Patut Pilih?
====
Jika anda mahu membina kehadiran digital untuk jangka panjang dan menyediakan maklumat lengkap tentang bisnes, website lebih sesuai.

Tetapi jika objektif anda adalah untuk menjalankan satu kempen atau mendapatkan leads dengan cepat, landing page lebih sesuai.

Malah, anda tidak semestinya perlu memilih salah satu sahaja. Website dan landing page boleh digunakan bersama mengikut keperluan kempen.
Diulang semula, website membina kehadiran dan kredibiliti, manakala landing page membantu memfokuskan tindakan pelanggan.

Jadi sebelum bina, tentukan dahulu apa yang anda mahu pelanggan lakukan. Bila objektif sudah jelas, barulah lebih mudah untuk memilih platform yang sesuai.

DM kami untuk dapatkan rekaan website atau landing page untuk bisnes anda!

29/09/2026

Dari ‘MEH’ ke ‘WOW!’ Boost Kredibiliti Bisnes Dengan Website

Pelanggan jumpa bisnes anda di Google, tapi bila masuk website… nampak biasa-biasa saja?

Website bukan sekadar tempat untuk letak maklumat bisnes. Ia juga menjadi salah satu perkara yang pelanggan lihat sebelum mereka yakin untuk berurusan dengan anda.

Reka bentuk yang profesional, maklumat yang jelas, content yang meyakinkan dan pengalaman pengguna yang baik boleh membantu meningkatkan kredibiliti bisnes.

Daripada website yang sekadar “ada”, jadikan ia aset digital yang membantu bina kepercayaan dan tarik lebih ramai pelanggan.

Nak upgrade website bisnes anda daripada “MEH” ke “WOW!”?

DM kami sekarang.

Dari “MEH” ke “WOW!”: Website Profesional Tingkatkan Kredibiliti Bisnes=====Pernah ada pelanggan cari bisnes anda di Goo...
26/09/2026

Dari “MEH” ke “WOW!”: Website Profesional Tingkatkan Kredibiliti Bisnes
=====
Pernah ada pelanggan cari bisnes anda di Google, tetapi bila masuk ke website, maklumat tidak lengkap, reka bentuk nampak lama atau susah nak cari apa yang mereka perlukan?

Dalam dunia digital, website bukan sekadar tempat untuk letak maklumat bisnes. Ia juga menjadi salah satu perkara yang boleh mempengaruhi keyakinan pelanggan terhadap jenama anda.

No.1: Tampilkan Identiti Bisnes Dengan Lebih Profesional
====
Website memberikan ruang untuk anda memperkenalkan siapa anda, produk atau servis yang ditawarkan, pengalaman syarikat dan cara pelanggan boleh menghubungi anda.

Oleh itu, reka bentuk yang kemas dengan maklumat yang jelas boleh membantu memberikan gambaran lebih profesional kepada pelanggan.

No.2: Mudahkan Pelanggan Dapatkan Maklumat
====
Bayangkan pelanggan perlu mencari nombor telefon, alamat, senarai servis atau maklumat produk tetapi semuanya tidak tersusun.

Website yang teratur membolehkan pelanggan mendapatkan maklumat penting dengan lebih mudah tanpa perlu bertanya satu per satu.

No.3: Bina Keyakinan Sebelum Pelanggan Membeli
====
Sebelum membuat keputusan, pelanggan biasanya akan mencari maklumat tambahan tentang sesuatu bisnes.

Website boleh memaparkan testimoni, portfolio, sijil, pengalaman, produk dan servis yang ditawarkan.

Semua ini membantu pelanggan memahami bisnes anda dengan lebih jelas sebelum mereka membuat keputusan.
Oleh sebab itu, harap sudah jelas website yang baik bukan sekadar nampak cantik. Ia perlu menyampaikan maklumat dengan jelas, mudah digunakan dan membantu pelanggan membina keyakinan terhadap bisnes anda.

Daripada nampak sekadar “MEH”, ubah pengalaman pelanggan menjadi lebih “WOW!” dengan website yang profesional dan berfungsi dengan baik.

Sesuai Ke Guna Google Ads Untuk Jual Produk?====Nak jual produk online, tapi kurang pasti Google Ads sesuai atau tidak?J...
20/09/2026

Sesuai Ke Guna Google Ads Untuk Jual Produk?
====
Nak jual produk online, tapi kurang pasti Google Ads sesuai atau tidak?

Jawapannya: Ya, Google Ads boleh digunakan untuk menjual produk. Malah, ia boleh jadi sangat berkesan apabila pelanggan memang sedang mencari produk seperti yang anda tawarkan.

Tetapi sebelum terus keluarkan bajet iklan, ada beberapa perkara yang perlu difahami.

No.1: Sesuai Untuk Produk Yang Ada Permintaan
===
Google Ads sangat berguna apabila pelanggan sudah tahu apa yang mereka mahu.

Contohnya, mereka mencari “kasut hiking murah” atau “kerusi pejabat ergonomik”. Ini menunjukkan mereka sudah mempunyai keperluan dan sedang mempertimbangkan pembelian.

Jadi, produk yang mempunyai carian jelas biasanya lebih mudah mendapat manfaat daripada Google Ads.

No.2: Pastikan Website Bersedia Untuk Menjual
===
Iklan yang menarik sahaja tidak mencukupi. Apabila pelanggan klik iklan, mereka perlu dibawa ke halaman produk yang jelas dan meyakinkan.

Pastikan ada:
* Gambar produk berkualiti
* Penerangan yang jelas
* Harga yang mudah dilihat
* Maklumat penghantaran
* Butang “Beli Sekarang” atau CTA yang jelas

Iklan membawa pelanggan masuk. Website p**a yang membantu menukarkan mereka menjadi pembeli.

No.3: Pilih Kempen Yang Sesuai
===
Untuk jualan produk, Google menyediakan beberapa pilihan kempen bergantung kepada keperluan bisnes.

Contohnya, Shopping Ads boleh memaparkan produk bersama gambar, harga dan maklumat kedai apabila pengguna membuat carian yang berkaitan.

Search Ads p**a boleh digunakan untuk menangkap carian tertentu yang mempunyai niat membeli.
Google Ads memang sesuai untuk jual produk, tetapi bukan bermaksud “buat iklan = terus dapat jualan.” Produk, keyword, iklan, website, harga dan pengalaman pelanggan semuanya memainkan peranan.

Kalau asasnya betul, Google Ads boleh membantu produk anda muncul ketika pelanggan sedang mencari dan bersedia untuk membeli.

18/09/2026

Jom Buat Landing Page High Converting Untuk Bisnes

Dah buat iklan, traffic dah masuk, tapi masih tak ramai yang buat pembelian atau inquiry?
Jangan terus salahkan iklan.

Kadang-kadang masalahnya datang daripada landing page yang tidak cukup meyakinkan untuk mendorong pelanggan mengambil tindakan.

Dalam video ini, kami kongsikan perkara penting yang perlu ada dalam landing page untuk bantu tingkatkan conversion bisnes anda.

Nak bina landing page yang bukan sekadar nampak cantik, tetapi boleh bantu hasilkan lebih banyak leads dan sales?

DM kami sekarang.

Selamat Menyambut Hari Malaysia 2026! Biarlah jiwa Malaysia kita bersatu padu, bukan hanya di geografi, tetapi dalam set...
15/09/2026

Selamat Menyambut Hari Malaysia 2026! Biarlah jiwa Malaysia kita bersatu padu, bukan hanya di geografi, tetapi dalam setiap denyutan nadi rakyatnya.

16 September ini, hayati erti ‘Kita’ yang sebenar. Di situlah terletaknya kekuatan Malaysia yang kita cintai.



Perbezaan Utama Antara Google Ads Dan Meta Ads====Anda baru mula berjinak dengan digital marketing tapi masih tak tahu p...
08/09/2026

Perbezaan Utama Antara Google Ads Dan Meta Ads
====
Anda baru mula berjinak dengan digital marketing tapi masih tak tahu platform mana nak guna?

Jangan risau, anda tidak berseorangan. Ramai pemilik bisnes selalu tertanya-tanya, “Nak pilih Google Ads atau Meta Ads?”

Sebenarnya, kedua-duanya boleh menjadi sangat berkesan, tetapi pendekatan dan kekuatan setiap platform adalah berbeza.

Pilihan terbaik bergantung kepada objektif dan jenis pelanggan yang ingin kita capai.

No.1: Niat Pelanggan Berbeza
====
Google Ads: Berasaskan niat carian (search intent). Iklan boleh muncul apabila pengguna mencari kata kunci tertentu di Google. Biasanya, mereka sudah mempunyai keperluan atau sedang mencari penyelesaian.

Meta Ads: Lebih berasaskan audiens dan minat. Iklan boleh muncul di platform seperti Facebook dan Instagram berdasarkan faktor seperti demografi, minat, tingkah laku dan aktiviti pengguna.

Maksud mudahnya, Google membantu kita menangkap permintaan yang sudah wujud, manakala Meta membantu kita mencipta dan membina minat terhadap sesuatu produk atau jenama.

No.2: Targeting & Objektif Kempen
====
Google Ads menggunakan keyword, lokasi, audience dan pelbagai tetapan lain untuk mencari prospek yang relevan.

Sesuai untuk:
• Menjana leads atau pertanyaan
• Mendapatkan jualan
• Menarik trafik berkualiti ke website
• Meta Ads p**a kuat dalam targeting audiens serta penggunaan visual seperti gambar dan video.

Sesuai untuk:
• Membina brand awareness
• Memperkenalkan produk
• Menjana engagement dan leads

No.3: Cara Perbelanjaan Iklan Dikira
====
Kedua-duanya memerlukan bajet, tetapi cara kos dikira boleh berbeza mengikut jenis kempen dan objektif.

Google Ads sering menggunakan model CPC (Cost Per Click) untuk kempen tertentu, manakala Meta Ads banyak menggunakan CPM (Cost Per 1,000 Impressions) sebagai asas dalam sistem lelongannya.

Jadi, kos bukan semata-mata berdasarkan “orang nampak” atau “orang klik”, tetapi bergantung kepada objektif dan strategi kempen yang dipilih.
Kesimp**annya, Jika pelanggan sudah mencari, Google Ads boleh membantu kita menangkap peluang tersebut. Jika kita mahu membina awareness dan mencetuskan minat, Meta Ads p**a boleh memainkan peranan penting.

Yang paling penting bukan pilih platform yang “paling bagus”, tetapi pilih platform yang paling sesuai dengan matlamat bisnes anda.

04/09/2026

Short Tail & Long Tail: Persamaan dan Perbezaan

Masih keliru nak guna Short Tail atau Long Tail Keyword untuk bisnes anda?

Kedua-duanya penting dalam strategi SEO, tetapi mempunyai fungsi dan tahap persaingan yang berbeza.

Satu lebih umum dan mempunyai search volume yang tinggi, manakala satu lagi lebih spesifik dan boleh membantu anda sasarkan carian dengan lebih tepat.

Dalam video ini, kami terangkan persamaan dan perbezaan Short Tail & Long Tail Keyword supaya anda boleh pilih keyword yang lebih sesuai untuk strategi digital marketing anda.

Jalur Gemilang Berkibar Megah,Lagu Negaraku Berkumandang Indah,Apakah Erti Kemerdekaan Dari Penjajah,Tapi Budaya Dan Pem...
30/08/2026

Jalur Gemilang Berkibar Megah,
Lagu Negaraku Berkumandang Indah,
Apakah Erti Kemerdekaan Dari Penjajah,
Tapi Budaya Dan Pemikiran Masih Dijajah.

Hayatilah erti kemerdekaan. Eratkan perpaduan di antara kita dalam membentuk Malaysia yang aman harmoni. Watan ini milik kita semua!

Disini kami ingin mengucapkan Selamat Merdeka!!! Kepada semua warga Malaysia dari kami Raxdi.



Cantik kuntuman bunga dahlia,Pohon melatih di tepi perigi,Rasullulah junjungan yang mulia,Halus pekerti indah peribadi.U...
24/08/2026

Cantik kuntuman bunga dahlia,
Pohon melatih di tepi perigi,
Rasullulah junjungan yang mulia,
Halus pekerti indah peribadi.

Ucapan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan hanya bagi Allah SWT serta selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Semoga dengan suri tauladan yang ditonjolkan oleh Nabi Muhammad SAW menjadi pedoman buat kita semua. Salam Maulidur Rasul

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
SALAM MAULIDUR RASUL 1448H/2026M

Address

170A, Tingkat 1, Perindustrian Kristal Fasa II
Alor Setar
05150

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when RAXDI - Digital Solutions posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to RAXDI - Digital Solutions:

Shortcuts

Share