18/06/2022
Perasan tak...
Bila selalu sangat anda bercerita tentang produk, orang ramai nak mengelak saja. Malas nak dengar.
Ya. Memang bosan lah kalau asyik nampak iklan jual barang saja di FB. Takda benda lain.
"Benda lain tu apa Kak One?"
Itulah konten pemasaran. Atau omputeh sebut Content Marketing. Iaitu penulisan yang menarik minat pembaca sehingga mereka nak tahu apa yang anda jual atau bisnes yang sedang anda bina.
Contoh konten yang menarik,
1. Cerita tentang masalah berkaitan produk atau servis yang anda jual.
Apa masalah itu? Apa simptom-simptom yang ada? Bahaya tak untuk ibu yang ada anak kecil?
Bila anda cerita topik yang spesifik, orang yang berkenaan lebih mudah tertarik untuk baca dan bertindak.
Cara ini juga dapat bantu mereka yang tak sedar pun mereka ada masalah ini.
2. Cerita tentang solusi
Bagi petua, tip, panduan, tutorial langkah demi langkah, produk apa yang sesuai diguna, cara pilih produk bebas bahan terlarang, dan lain-lain.
Cara ini akan menarik perhatian pembaca untuk bertanya lebih lanjut, atau share apa yang kita tulis. Dapat tarik pembaca baru juga.
3. Cerita pasal orang
Yang ni paling ramai orang s**a buat. Bab nak cerita pasal orang memang laju je kan? Bila orang cerita pasal kita, pandai p**a marah.
Sebenarnya ada cara untuk anda cerita pasal orang dengan cara yang baik.
Cerita pengalaman anda bertemu pelanggan. Bagaimana happy nya mereka bila produk anda dapat selesaikan masalah yang mereka hadapi selama ini.
Cerita pasal interview pelanggan yang nak sedekah produk anda kepada sahabat karibnya yang hadapi masalah.
Atau cerita tentang pelanggan anda yang sudah ada perubahan luar biasa selepas guna produk itu.
Cerita pasal orang ni sebenarnya mudah untuk tarik perhatian orang lain untuk membaca. Cubalah.
Dapat idea kan?
Inilah konten marketing! Bukannya susah sangat pun. Cuma perlu tahu formula dan cara nak buat saja.
Kak One ada buat personal coaching untuk anda yang nak belajar menulis konten bersama team agen stokis.
Roger Wan Fazlina Wan Fhuad