08/08/2023
Assalamualaikum;
Bagi pihak Media Mulia Sdn. Bhd., yang menerbitkan akhbar Utusan Malaysia, saya mengambil peluang ini untuk menguar-uarkan kolaborasi kami dengan Emzee Marketing Sdn. Bhd. melalui pelancaran platform pengiklanan unik iaitu Utusan Niaga.
Utusan Niaga dilahirkan sebagai satu platform komunikasi digital antara para peniaga dan pelanggan. Tanpa mengira sama ada anda peniaga kecil atau besar, kami menyediakan ruang untuk di Utusan Niaga supaya produk dan perkhidmatan yang ditawarkan sampai kepada kumpulan sasar.
Utusan Niaga memudahkan pengguna untuk mencari barangan atau perkhidmatan yang diperlukan di kawasan berhampiran mereka dari negeri, daerah, bandar hingga ke pekan kecil tanpa perlu peningkan kepala. Ringkasnya Utusan Niaga adalah direktori lengkap untuk diirujuk oleh pengguna.
Rugi kalau produk dan perkhidmatan anda tidak terdapat dalam senarai carian di Utusan Niaga kerana melalui promosi di Utusan Malaysia ia akan disebar luas kepada kira-kira 2.5 juta pelawat unik di Utusan Digital yang memiliki kira-kira 20 juta pageview sebulan.
Selain itu, promosi besar-besaran juga akan dilakukan di media sosial milik Utusan Malaysia yang secara total memiliki sekitar lima juga pengikut di Facebook, Instagram, Twitter, YouTube dan TikTok.
Ini adalah peluang yang tidak boleh dilepaskan dan perlu dimanfaatkan terutama oleh pemilik-pemilik perniagaan kerana potensinya cukup besar dalam membantu meningkatkan engagement dengan pengguna.
Utusan Niaga adalah platform terbaik untuk memastikan produk dan perkhidmatan anda dapat dipromosi hingga ke hujung jari pengguna.
Pastikan produk anda adalah yang terawal disenaraikan di Utusan Niaga
Terima kasih
Aznan Bakar
Pengarang Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia