Serodja

Serodja mengkaji topik-topik tertentu untuk diulas, dan diterbitkan semula untuk masyarakat umum.

Ini bukan pengebumian seorang alim atau sheikh atau raja. Sebaliknya merupakan pengebumian seorang remaja 16 tahun, dan ...
12/02/2022

Ini bukan pengebumian seorang alim atau sheikh atau raja. Sebaliknya merupakan pengebumian seorang remaja 16 tahun, dan beliau merupakan seorang ahli al-quran. Para hadirin yang ramai ini merupakan para gurunya, para rakan, dan sanak saudaranya. Kebanyakan mereka tidak terus pulang dan menunggu di pusara mendoakannya dari Asar hingga ke Maghrib.

Ya Allah, Jadikan kami ahli al-Quran.
Kurniakan kami syafaatnya, ya Rabb.

23/09/2021

Kampung tanah tumpah darah, menggamit kenangan.
Video rakaman dari udara Kampung Alor Mengkuang, yang terletak dalam Mukim Kampung Rambai, Daerah Pendang, Kedah.

Selama sekitar 40 tahun,orang tua ini datang ke masjidsebelum berkumandangnya azan.Dia tinggal sebatang kara di rumahnya...
20/01/2020

Selama sekitar 40 tahun,
orang tua ini datang ke masjid
sebelum berkumandangnya azan.

Dia tinggal sebatang kara di rumahnya
yang terletak di kampung berhampiran
dan bimbang andai dia meninggal
tanpa disedari sesiapa.

Maka dengan itu beliau berpesan;
"sekiranya aku tidak datang untuk
solat fardhu 2 waktu berturutan di masjid,
ketahuilah bahawa aku telah mati bersendirian dirumahku!"

Setelah beberapa lama, ketika Solat Jumaat dia meninggal di masjid dan disaksikan para jemaah.

Semoga Allah merahmati beliau dengan rahmat yang luas.. Ya Rabb.

14/09/2019
20/09/2014

13 September 2014

Sesungguhnya sandaran itu daripada agama, andai tanpa sandaran, orang akan sebut apa sahaja mereka mahu.Imam Abdullah bi...
14/08/2014

Sesungguhnya sandaran itu daripada agama, andai tanpa sandaran, orang akan sebut apa sahaja mereka mahu.

Imam Abdullah bin al-Mubarak rahimahullah,

Sekiranya tanpa sanad nescaya banyaklah kisah-kisah palsu dalam Islam. Berleluasa tokok tambah sepertimana yang berlaku kepada ajaran nabi-nabi terdahulu sehingga menyimpang daripada tauhid yang sebenar.

Wallahua'lam..,.,........................................
Adzli Are-Pit, Khairul Anwar, Hafidz Naim Mansor, Alif Ikhwan, Muhammad Arief, Muhd Wajdy, Athif Farhan, Muhammad Farid Mohd Khalid, Печинта Касидах, Lutfan Lukman, Wan Muhd Syahir,

26/05/2014

Doa sebelum tidur,

بِاسْمِكَ رَبِّي وَضَعْتُ جَنْبِي وَبِاسْمِكَ أَرْفَعُهُ إِنْ أَمْسَكْتَ نَفْسِي فَارْحَمْهَا وَإِنْ أَرْسَلْتَهَا فَاحْفَظْهَـا بِمَا تَحْفَـظُ بِهِ عِبَادَكَ الصَّالِحِين

Dengan namamu Ya Rabb, aku letakkan lambungku dan dengan namaMu aku mengangkatnya. Jika engkau ambil diriku kasihilah ia, jika engkau hantarkan ia jagalah ia sebagaimana engkau menjaga hamba-hambaMu yang baik.

Solat menjadi sumber kekuatan mukmin, dikala susah, resah menghadapi mara bahaya, HADIAH dari Allah kepada kita ketika m...
26/05/2014

Solat menjadi sumber kekuatan mukmin, dikala susah, resah menghadapi mara bahaya, HADIAH dari Allah kepada kita ketika mana dimi'rajkan rasul.
واعبد ربك حتى يأتيك اليقين (15:99)
dan sembahlah tuhanmu sehingga beroleh yakin.

26/05/2014

Berbakti kepada agama dengan akal lebih utama daripada berbakti kepada agama dengan emosi - Sheikh Abdallah Bin Bayyah,

Niat Menuntut Ilmu,Bismillahi r-Rahmani r-RahimTerjemahan:Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam,Aku berniat aku ber...
25/05/2014

Niat Menuntut Ilmu,
Bismillahi r-Rahmani r-Rahim
Terjemahan:

Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam,
Aku berniat aku berniat untuk menuntut ilmu dan menyampaikannya,
untuk diperingatkan dan memperingatkan,
dimanfaatkan dan memanfaatkan,
mengambil dan memberi faedah,
dorongan untuk berpegang dengan Kitab Allah dan sunnah rasulnya,
seruan kepada petunjuk,
bukti kepada kebaikan,
harapan kepada Allah, redhaNya, dekat kepadaNya, ganjaranNya Subhanahu Wa Ta'ala.
Ameen.

Menurut Hasan al-Basri Rahmatullahu’alaihAda 6 punca hati jadi rosak;1. Sengaja melakukan dosa dengan harapan bertaubat ...
22/05/2014

Menurut Hasan al-Basri Rahmatullahu’alaih
Ada 6 punca hati jadi rosak;

1. Sengaja melakukan dosa dengan harapan bertaubat selepasnya
2. Mununtut ilmu tanpa mengamalkannya
3. Beramal tanpa ikhlas
4. Makan kurniaan Allah tanpa mensyukurinya
5. Tidak redha dengan ketentuan Allah
6. Mengebumikan jenazah tanpa menginsafinya

Address

Alor Setar

Opening Hours

Monday 20:00 - 22:00
Tuesday 20:00 - 22:00
Wednesday 20:00 - 22:00
Thursday 20:00 - 22:00
Friday 20:00 - 22:00
Saturday 20:00 - 22:00
Sunday 20:00 - 22:00

Telephone

+60194343253

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Serodja posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Serodja:

Share