Invest Kedah

Invest Kedah Your Ultimate Profit Centre Its mission is to foster sustainable economic development, create employment opportunities, and enhance the state's infrastructure.

Invest Kedah Berhad (73198-U) is the official investment promotion agency of Kedah, Malaysia, dedicated to attracting and facilitating local and foreign investments. It offers a range of services to investors, including investment facilitation, business advisory, market intelligence, and strategic partnerships. Invest Kedah collaborates closely with government agencies, industry players, and stake

holders to promote Kedah as a preferred investment destination. Through proactive engagement and tailored support, Invest Kedah strives to catalyze growth across key sectors such as manufacturing, agriculture, tourism, and services, contributing to Kedah's long-term socio-economic prosperity.

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐‘๐๐ˆ๐๐‚๐€๐๐†๐€๐ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐๐€๐Š๐€๐‹ ๐๐„๐‹๐€๐๐”๐‘ ๐ƒ๐€๐‹๐€๐Œ ๐’๐„๐Š๐“๐Ž๐‘ ๐๐„๐Œ๐๐”๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„๐Œ๐€๐Œ๐๐€๐๐€๐ ๐“๐„๐๐€๐†๐€๐Ÿ๐Ÿ ๐Œ๐ž๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐ˆ๐ฌ๐ง๐ข๐ง)Satu sesi perbincan...
12/05/2026

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐‘๐๐ˆ๐๐‚๐€๐๐†๐€๐ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐๐€๐Š๐€๐‹ ๐๐„๐‹๐€๐๐”๐‘ ๐ƒ๐€๐‹๐€๐Œ ๐’๐„๐Š๐“๐Ž๐‘ ๐๐„๐Œ๐๐”๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„๐Œ๐€๐Œ๐๐€๐๐€๐ ๐“๐„๐๐€๐†๐€
๐Ÿ๐Ÿ ๐Œ๐ž๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐ˆ๐ฌ๐ง๐ข๐ง)

Satu sesi perbincangan telah diadakan bersama sebuah syarikat industri berteraskan kemampanan tenaga yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Profesor Dr. Haim Hilman Abdullah, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi serta Sains, Teknologi dan Inovasi. Perbincangan ini turut sama di sertai oleh YBhg Datoโ€™ Haji Mohd Fauzi bin Mustaffa, Timbalan Setiausaha (Pembangunan) Negeri Kedah, YM Tunku Iskandar Shah bin Tunku Muzaffar, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Sungai Petani, Tn Mohammad Hasbullah bin Abd. Hadi, Setiausaha MPSPK, En Noor Ikhsan bin Abd Aziz, Ketua Pegawai Operasi Invest Kedah Bhd serta para pegawai dari pihak MPSPK, Invest Kedah, TNB dan Pengurusan OIB Sdn Bhd.

Perbincangan tersebut memfokuskan kepada aspek teknikal berkaitan pembangunan infrastruktur utiliti, keperluan bekalan tenaga, pembangunan industri serta sokongan fasilitasi bagi memastikan kelancaran pelaksanaan projek tersebut. Dalam sesi tersebut, Yang Berhormat Profesor Dr. Haim Hilman Abdullah turut menekankan peranan Invest Kedah sebagai โ€œOne Stop Centerโ€ yang berfungsi menyelaras urusan pelaburan secara menyeluruh termasuk aspek fasilitasi, koordinasi teknikal dan penglibatan agensi berkaitan bagi mempercepatkan proses pelaksanaan projek. Selain itu, beliau turut menjelaskan fungsi โ€œKedah Investment Teamโ€ sebagai platform kerjasama strategik antara kerajaan negeri, agensi teknikal dan pihak industri dalam memastikan setiap cadangan pelaburan dapat dipantau, diselaras dan dilaksanakan secara lebih efektif serta berimpak tinggi kepada pembangunan ekonomi negeri.

Selain itu, pihak syarikat turut membentangkan cadangan pelaburan dalam pembangunan fasiliti pembuatan teknologi berteraskan kemampanan tenaga tinggi yang berpotensi memperkukuh ekosistem perindustrian negeri, merangsang pertumbuhan ekonomi serta mewujudkan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi kepada rakyat Kedah.

Kerajaan Negeri Kedah akan terus komited dalam memperkukuh kerjasama strategik bersama pihak industri dan agensi berkaitan bagi memudah cara pelaburan berkualiti tinggi yang mampu meningkatkan daya saing serta kedudukan Kedah sebagai destinasi pelaburan utama negara.


01/05/2026
๐ƒ๐€๐”๐‹๐€๐“ ๐“๐”๐€๐๐Š๐”๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐”๐‹๐€๐๐† ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐๐”๐“๐„๐‘๐€๐€๐ ๐’๐„๐๐„๐๐€๐‘Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sa...
30/04/2026

๐ƒ๐€๐”๐‹๐€๐“ ๐“๐”๐€๐๐Š๐”

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐”๐‹๐€๐๐† ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐๐”๐“๐„๐‘๐€๐€๐ ๐’๐„๐๐„๐๐€๐‘

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman pada 30 April 2026 (Khamis) bersamaan 12 Zulkaedah 1447H.

Sembah takzim daripada Lembaga Pengarah, pengurusan dan warga kerja Invest Kedah Berhad.


๐…๐จ๐ซ๐ฎ๐ฆ ๐”๐ฌ๐š๐ก๐š๐ฐ๐š๐ง: โ€œ๐๐ž๐ง๐ ๐ฎ๐ค๐ฎ๐ก๐š๐ง ๐”๐ฌ๐š๐ก๐š๐ฐ๐š๐ง ๐๐ฎ๐ฆ๐ข๐ฉ๐ฎ๐ญ๐ž๐ซ๐š ๐๐ข ๐–๐ข๐ฅ๐š๐ฒ๐š๐ก ๐”๐ญ๐š๐ซ๐š โ€“ ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐ฉ๐ž๐ค๐ญ๐ข๐Ÿ ๐ƒ๐š๐ฌ๐š๐ซ ๐๐š๐ง ๐“๐ซ๐ž๐ง๐ ๐๐š๐ฌ๐š๐ซ๐š๐ง ๐’๐ž๐ฆ๐š๐ฌ๐šโ€Invest Keda...
28/04/2026

๐…๐จ๐ซ๐ฎ๐ฆ ๐”๐ฌ๐š๐ก๐š๐ฐ๐š๐ง: โ€œ๐๐ž๐ง๐ ๐ฎ๐ค๐ฎ๐ก๐š๐ง ๐”๐ฌ๐š๐ก๐š๐ฐ๐š๐ง ๐๐ฎ๐ฆ๐ข๐ฉ๐ฎ๐ญ๐ž๐ซ๐š ๐๐ข ๐–๐ข๐ฅ๐š๐ฒ๐š๐ก ๐”๐ญ๐š๐ซ๐š โ€“ ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐ฉ๐ž๐ค๐ญ๐ข๐Ÿ ๐ƒ๐š๐ฌ๐š๐ซ ๐๐š๐ง ๐“๐ซ๐ž๐ง๐ ๐๐š๐ฌ๐š๐ซ๐š๐ง ๐’๐ž๐ฆ๐š๐ฌ๐šโ€

Invest Kedah Berhad telah menyertai Forum Usahawan: โ€œPengukuhan Usahawan Bumiputera di Wilayah Utara โ€“ Perspektif Dasar dan Trend Pasaran Semasaโ€ yang berlangsung di The Jerai Hotel, Sungai Petani, Kedah.

Majlis perasmian forum ini telah disempurnakan oleh YB Profesor Dr. Haim Hilman bin Abdullah, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Industri & Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Kedah. Invest Kedah diwakili oleh Encik Abdul Muโ€™ti bin Abdul Hamid, Pengurus Besar Pra Pelaburan.

Forum ini merupakan hasil kerjasama strategik antara MIDA, Hong Leong Islamic Bank dan Kerajaan Negeri Kedah, yang menghimpunkan pemain industri, agensi kerajaan serta usahawan dalam usaha memperkukuh ekosistem perniagaan Bumiputera di wilayah utara.

Sepanjang program, pelbagai pengisian telah diketengahkan termasuk perkongsian oleh Hong Leong Islamic Bank berkaitan BizDagang & Greening Halal Business, pembentangan oleh MATRADE mengenai akses eksport dan pasaran global, taklimat oleh Bank Negara Malaysia berkaitan rangka kerja transaksi mata wang tempatan (LCTF), penerangan oleh SJPP berhubung skim jaminan kerajaan, serta sesi oleh MIDA mengenai insentif pelaburan terkini (NIF & MSBDF). Turut diadakan taklimat LHDNM berkaitan pelaksanaan e-Invois, sesi diskusi panel bersama agensi utama serta sesi klinik perniagaan yang memberi ruang interaksi secara langsung antara usahawan dan agensi berkaitan.

Penyertaan Invest Kedah dalam forum ini mencerminkan komitmen berterusan dalam menyokong pembangunan ekosistem pelaburan dan keusahawanan yang mampan, inklusif serta berdaya saing di Negeri Kedah.

Invest Kedah yakin platform seumpama ini mampu membuka peluang jaringan strategik, memperluas akses kepada pembiayaan dan pasaran, serta memperkukuh keupayaan usahawan tempatan untuk berkembang ke peringkat yang lebih tinggi, termasuk menembusi pasaran antarabangsa.


๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐”๐‹๐€๐๐† ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐๐”๐“๐„๐‘๐€๐€๐Duli Yang Amat Mulia Tunku Shazuddin Ariff Ibni Al Aminul Karim Sultan Sall...
27/04/2026

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐”๐‹๐€๐๐† ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐๐”๐“๐„๐‘๐€๐€๐

Duli Yang Amat Mulia Tunku Shazuddin Ariff Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Tunku Mahkota Kedah pada 27 April 2026 (Isnin) bersamaan 9 Zulkaedah 1447H.

Sembah takzim daripada Lembaga Pengarah, Pengurusan dan warga kerja Invest Kedah Berhad






๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐ž๐ซ๐š๐ฌ๐ฆ๐ข๐š๐ง ๐๐ž๐ฆ๐›๐ฎ๐ค๐š๐š๐ง ๐‚๐Ž๐’๐Œ๐— ๐“๐ž๐œ๐ก๐ง๐จ๐ฅ๐จ๐ ๐ฒ ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐’๐๐ง. ๐๐ก๐Invest Kedah Berhad merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepa...
26/04/2026

๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐ž๐ซ๐š๐ฌ๐ฆ๐ข๐š๐ง ๐๐ž๐ฆ๐›๐ฎ๐ค๐š๐š๐ง ๐‚๐Ž๐’๐Œ๐— ๐“๐ž๐œ๐ก๐ง๐จ๐ฅ๐จ๐ ๐ฒ ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐’๐๐ง. ๐๐ก๐

Invest Kedah Berhad merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada COSMX Technology Malaysia Sdn. Bhd. bersempena Majlis Perasmian Pembukaan kilang baharu syarikat tersebut di Kulim, Kedah.

Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Profesor Dr. Haim Hilman Bin Abdullah, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Industri & Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Kedah. Turut hadir mengiringi YB ialah En. Noor Ikhsan Bin Abdul Aziz, Ketua Pegawai Operasi Invest Kedah Bhd.

Lebih membanggakan, fasiliti di Kulim ini merupakan kilang luar negara pertama COSMX, sekali gus menjadi pencapaian penting dalam pengembangan operasi global syarikat serta mencerminkan keyakinan COSMX terhadap Kedah sebagai destinasi strategik bagi operasi pembuatan berteknologi tinggi di rantau Asia Tenggara.

Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Mr. Xu YanMin, Pengerusi COSMX; Mr. Zhou Youbin, Konsul Republik Rakyat China di Pulau Pinang; Puan Zuaida Abdullah, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MIDA; Puan Noorul Azyyati Binti Ahmad Salmi, Setiausaha Majlis Perbandaran Kulim (MPKK); serta Tuan Muhammad Zuhdi bin Mohamad Nasir, Pengarah Kastam Stesen Kulim, Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Sejak Majlis Pecah Tanah pada 21 Januari 2025, projek COSMX Technology Malaysia Sdn. Bhd. telah melalui fasa pembinaan, pemasangan peralatan dan ujian sistem sebelum memulakan operasi rasmi pada April 2026. Pencapaian ini membuktikan komitmen tinggi pihak syarikat serta keberkesanan kerjasama antara Kerajaan Negeri, agensi Persekutuan dan Negeri, pihak berkuasa tempatan serta rakan strategik dalam memudah cara pelaksanaan projek pelaburan berimpak tinggi di Kedah.

Pembukaan kilang ini merupakan satu lagi pencapaian penting dalam pengukuhan ekosistem pembuatan berteknologi tinggi di Negeri Kedah, khususnya dalam industri bateri litium-ion, tenaga baharu dan pembuatan termaju.

Invest Kedah Berhad akan terus komited sebagai One-Stop Centre pelaburan Negeri Kedah dalam menyediakan khidmat fasilitasi kepada para pelabur, dari peringkat pra-pelaburan sehingga pasca-pelaburan, selaras dengan agenda Kerajaan Negeri untuk memperkukuh Kedah sebagai hab pembuatan termaju, teknologi hijau dan industri tenaga baharu.

Semoga pembukaan kilang COSMX Technology Malaysia Sdn. Bhd. ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak peluang pekerjaan, pemindahan teknologi, pengukuhan rantaian bekalan tempatan serta pertumbuhan ekonomi yang mampan untuk rakyat Negeri Kedah.


๐Š๐”๐๐‰๐”๐๐†๐€๐ ๐๐€๐‹๐€๐’ ๐๐‘๐ˆ๐๐— ๐“๐˜๐‘๐„ (๐Œ) ๐’๐ƒ๐ ๐๐‡๐ƒ ๐Š๐„ ๐ˆ๐๐•๐„๐’๐“ ๐Š๐„๐ƒ๐€๐‡ ๐๐„๐‘๐‡๐€๐ƒInvest Kedah Berhad telah menerima kunjungan balas daripada...
21/04/2026

๐Š๐”๐๐‰๐”๐๐†๐€๐ ๐๐€๐‹๐€๐’ ๐๐‘๐ˆ๐๐— ๐“๐˜๐‘๐„ (๐Œ) ๐’๐ƒ๐ ๐๐‡๐ƒ ๐Š๐„ ๐ˆ๐๐•๐„๐’๐“ ๐Š๐„๐ƒ๐€๐‡ ๐๐„๐‘๐‡๐€๐ƒ

Invest Kedah Berhad telah menerima kunjungan balas daripada Prinx Tyre (M) Sdn Bhd bagi memperkukuh hubungan kerjasama strategik serta membincangkan perkembangan pelaburan dan potensi pengembangan operasi syarikat di Negeri Kedah.

Sesi perbincangan ini mencerminkan komitmen berterusan Invest Kedah Berhad dalam menyediakan sokongan fasilitasi pelaburan yang cekap dan kondusif, selaras dengan usaha memperkukuh kedudukan Kedah sebagai destinasi pelaburan industri yang kompetitif dan berdaya saing.

๏ฟฝ ๏ฟฝ ๏ฟฝ

๐‹๐š๐ฐ๐š๐ญ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ซ๐ฃ๐š ๐ˆ๐ง๐ฏ๐ž๐ฌ๐ญ ๐Š๐ž๐๐š๐ก ๐๐ž๐ซ๐ก๐š๐ ๐ค๐ž ๐๐ซ๐ข๐ง๐ฑ ๐“๐ข๐ซ๐ž (๐Œ) ๐’๐๐ง. ๐๐ก๐.Invest Kedah Berhad telah mengadakan lawatan kerja ke fasil...
15/04/2026

๐‹๐š๐ฐ๐š๐ญ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ซ๐ฃ๐š ๐ˆ๐ง๐ฏ๐ž๐ฌ๐ญ ๐Š๐ž๐๐š๐ก ๐๐ž๐ซ๐ก๐š๐ ๐ค๐ž ๐๐ซ๐ข๐ง๐ฑ ๐“๐ข๐ซ๐ž (๐Œ) ๐’๐๐ง. ๐๐ก๐.

Invest Kedah Berhad telah mengadakan lawatan kerja ke fasiliti Prinx Tire (M) Sdn Bhd, sebuah syarikat pelaburan asing yang beroperasi di Kedah Rubber City, Kuala Nerang, Kedah.

Ditubuhkan pada tahun 2024, syarikat ini merupakan anak syarikat kepada Prinx Chengshan Holdings Limited yang melaksanakan pelaburan pembangunan kilang pembuatan tayar berteknologi tinggi serta mesra alam di Kedah Rubber City.

Fasiliti ini telah memulakan majlis pecah tanah pada penghujung tahun 2025 dan bakal memberi tumpuan kepada pengeluaran tayar radial bagi kenderaan penumpang dan komersial.

Pembangunan projek ini dijangka memperkukuh kedudukan Kedah sebagai hab pembuatan strategik di rantau ini, di samping meningkatkan daya saing industri automotif serta menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri.

Lawatan kerja ini bertujuan meninjau perkembangan pelaksanaan projek serta memperkukuh sokongan pelaburan berterusan bagi memastikan kelancaran pembangunan tapak kilang. Pelaburan ini juga dijangka membuka peluang pekerjaan baharu serta menggalakkan kolaborasi industri pada masa hadapan.

Lawatan turut disertai oleh Encik Abdul Muti bin Datoโ€™ Haji Abd Hamid, Pengurus Besar Pra Pelaburan Invest Kedah Berhad, dan Encik Mohamad Shaukhi bin Che Lah, Pengurus Besar Pasca Pelaburan Invest Kedah Berhad.


๐‹๐š๐ฐ๐š๐ญ๐š๐ง ๐ญ๐š๐ฉ๐š๐ค ๐›๐š๐ ๐ข ๐ฌ๐ž๐ค๐ญ๐จ๐ซ ๐ญ๐ž๐ง๐š๐ ๐š ๐›๐จ๐ฅ๐ž๐ก ๐๐ข๐ฉ๐ž๐ซ๐›๐š๐ก๐š๐ซ๐ฎ๐ข ๐๐ข ๐Š๐ฎ๐ฅ๐ข๐ฆ, ๐Š๐ž๐๐š๐กLawatan tapak bagi cadangan pembangunan penjanaan ten...
13/04/2026

๐‹๐š๐ฐ๐š๐ญ๐š๐ง ๐ญ๐š๐ฉ๐š๐ค ๐›๐š๐ ๐ข ๐ฌ๐ž๐ค๐ญ๐จ๐ซ ๐ญ๐ž๐ง๐š๐ ๐š ๐›๐จ๐ฅ๐ž๐ก ๐๐ข๐ฉ๐ž๐ซ๐›๐š๐ก๐š๐ซ๐ฎ๐ข ๐๐ข ๐Š๐ฎ๐ฅ๐ข๐ฆ, ๐Š๐ž๐๐š๐ก

Lawatan tapak bagi cadangan pembangunan penjanaan tenaga telah diadakan di Kedah sebagai sebahagian daripada usaha berterusan dalam memperkukuh sektor tenaga dan kelestarian negeri.

Lawatan ini melibatkan sesi penilaian awal lokasi, perbincangan teknikal serta penyelarasan bersama pihak-pihak berkepentingan bagi memastikan kesesuaian tapak dan potensi pembangunan projek dapat dimaksimumkan.

Turut serta dalam lawatan ini adalah wakil daripada Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) iaitu Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta serta Pegawai Kesihatan Persekitaran.

Invest Kedah Bhd melalui anak syarikat iaitu KESTER (Kedah State Energy Resources) Sdn Bhd terus komited dalam memudahcara pelaburan strategik khususnya dalam sektor tenaga boleh diperbaharui, selaras dengan aspirasi negeri ke arah pembangunan mampan dan berimpak tinggi.

Kerjasama erat antara semua pihak adalah kunci dalam merealisasikan inisiatif ini demi manfaat ekonomi dan kesejahteraan rakyat Kedah.


๐Š๐ฎ๐ง๐ฃ๐ฎ๐ง๐ ๐š๐ง ๐๐ž๐ฅ๐š๐›๐ฎ๐ซ ๐๐ž๐ซ๐ฉ๐จ๐ญ๐ž๐ง๐ฌ๐ข ๐’๐ž๐ค๐ญ๐จ๐ซ ๐“๐ž๐ง๐š๐ ๐š ๐‡๐ข๐ฃ๐š๐ฎ ๐ค๐ž ๐ˆ๐ง๐ฏ๐ž๐ฌ๐ญ ๐Š๐ž๐๐š๐กInvest Kedah Berhad telah menerima kunjungan daripada pe...
08/04/2026

๐Š๐ฎ๐ง๐ฃ๐ฎ๐ง๐ ๐š๐ง ๐๐ž๐ฅ๐š๐›๐ฎ๐ซ ๐๐ž๐ซ๐ฉ๐จ๐ญ๐ž๐ง๐ฌ๐ข ๐’๐ž๐ค๐ญ๐จ๐ซ ๐“๐ž๐ง๐š๐ ๐š ๐‡๐ข๐ฃ๐š๐ฎ ๐ค๐ž ๐ˆ๐ง๐ฏ๐ž๐ฌ๐ญ ๐Š๐ž๐๐š๐ก

Invest Kedah Berhad telah menerima kunjungan daripada pelabur berpotensi dalam sektor tenaga hijau sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk memperkukuh ekosistem pelaburan negeri serta meneroka peluang kerjasama strategik yang berimpak tinggi.

Kunjungan ini mencerminkan keyakinan pelabur terhadap potensi Kedah sebagai destinasi pelaburan yang progresif, khususnya dalam bidang tenaga lestari yang kini menjadi fokus utama pembangunan global.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh En. Noor Ikhsan, Ketua Pegawai Operasi Invest Kedah Berhad, telah memberi penekanan kepada penyelarasan hala tuju strategik, perbincangan potensi projek, serta pengukuhan sinergi antara semua pihak berkepentingan. Perbincangan ini turut merangkumi aspek keperluan infrastruktur, sokongan dasar, serta peluang kolaborasi jangka panjang yang mampu memberi nilai tambah kepada pembangunan ekonomi negeri.

Selain itu, sesi ini turut menjadi platform penting dalam mengenal pasti cabaran serta merangka pendekatan penyelesaian secara kolektif bagi memastikan setiap inisiatif yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lebih efisien dan berkesan. Pendekatan bersepadu yang melibatkan agensi kerajaan, pemain industri serta pelabur adalah kunci utama dalam mempercepatkan pelaksanaan projek berimpak tinggi.

Komitmen berterusan dan kerjasama erat daripada semua pihak adalah amat penting dalam memastikan kelancaran pelaksanaan setiap inisiatif yang dirangka. Usaha ini sejajar dengan aspirasi negeri Kedah untuk mencapai pembangunan yang mampan, berdaya saing serta berteraskan prinsip kelestarian alam sekitar, selaras dengan agenda pembangunan hijau di peringkat nasional dan global.


Address

3rd Floor, Block C, Wisma Darul Aman
Alor Setar
05503

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6047027373

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Invest Kedah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share