Jom Dinara

Jom Dinara Hi, jom amalkan gaya hidup sejahtera

28/10/2021
27/10/2021

Kajian daripada Universiti Havard, 0-5 kunci hidup sihat dan panjang umur. Bolehlah amalkan. Moga bermanfaat.

25/10/2021

Kekal Hidrat dengan Air Kosong!

Air kosong sangat penting untuk badan kerana ia membantu mengoptimumkan sistem penghadaman, mengekalkan fungsi buah pinggang, menjadikan kulit tampak segar dan sihat serta membantu untuk rasa kenyang supaya tidak terlebih makan.
Namun, untuk konsisten minum 6-8 gelas air kosong setiap hari sebenarnya agak mencabar, lebih-lebih lagi jika kita sentiasa sibuk bekerja.
Jadi di sini kami kongsikan beberapa tips mudah untuk mencukupkan pengambilan air kosong pada setiap hari.

Nutritionist Klate



#6-8gelassehari

19/10/2021

Yay!! Dah boleh rentas negeri. Pasti ramai yang telah merancang untuk balik ke kampung atau pergi bercuti kan?. Sediakan bekal snek yang sihat untuk dimakan jika terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Salah satu perkara yang perlu dijaga untuk memastikan tubuh sentiasa sihat dan mampu menghindari penyakit berjangkit adalah dengan mengamalkan pemakanan yang sihat. Oleh itu, sentiasa amalkan pemakanan sihat tidak kira di mana saja anda berada. Jangan lupa, pastikan anda bebas daripada segala gejala sebelum pergi ke mana-mana.






18/10/2021

Makanan Untuk Kesihatan Jantung

Jantung merupakan organ terpenting manusia. Ia berfungsi mengepam dan mengedar darah serta oksigen ke seluruh anggota badan. Oleh itu, pemakanan sihat amat penting bagi memelihara kesihatan jantung. Hadkan makanan yang tinggi kolesterol dan lebihkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Pengambilan kolesterol yang berlebihan boleh menyebabkan salur darah tersumbat dan seterusnya meningkatkan risiko serangan jantung.

Kenyalang Nutri-Info: Pusat Maklumat Pemakanan Sarawak




11/10/2021

MDG 2020

Anda ingin dapatkan maklumat lebih lanjut tentang MAKAN SECARA SIHAT?

Anda boleh dapatkan salinan buku Malaysian Dietary Guidelines (MDG) 2020 untuk dijadikan panduan bagi mengamalkan pemakanan yang sihat dengan menekan pautan dibawah:

https://nutrition.moh.gov.my/buku/

Address

Ayer Keroh
75450

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jom Dinara posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share