Hebat Dinara

Hebat Dinara Page ini bertujuan untuk berkongsi tips kesihatan demi generasi pada masa akan datang

21/06/2021
16/06/2021

Pelan Pemulihan Negara mengikut jangkaan Fasa berperingkat.

Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Fasa 4


20/05/2021

Warna gelang tidak mewakili status kes, ia bergantung kepada stock sedia ada disesebuah kawasan.

Yang penting, sesiapa yang dipakaikan gelang tidak boleh berada ditempat awam dan perlu menjalani kuarantin di rumah

20/05/2021

Vaksin adalah selamat dan kesan sampingan adalah ringan dan sementara.

Penerima vaksin AstraZeneca dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan segera sekiranya mengalami gejala-gejala berikut dalam tempoh 4 minggu setelah mendapatkan vaksin.

27/04/2021

Waktu berbuka dah nak dekat. Hati-hati semasa berbuka dengan kurma. Jangan terus makan tau. Kopek dahulu lihat isi di dalam. Pastikan tiada serangga di dalamnya. Dan baunya tidak busuk. Jika ya, buah kurma tersebut mungkin sudah rosak.

21/04/2021

😱 Baru tahu, susu UHT kalau dibuka perlu dihabiskan dengan segera jika tidak disimpan di peti sejuk. Kalau terbiar lama-lama di luar peti sejuk, adakah susu ini perlu dibuang? Jom lihat ketahanan susu seperti di bawah.

Susu botol/kotak (Pastur)
- Jika disimpan di peti sejuk dan belum dibuka - tahan sehingga tarikh luput atau 5 hari selepas beli (mana-mana lebih awal)
- Jika dibuka dan disimpan di peti sejuk - tahan sehingga 3 hari.
- Jika diletakkan diluar - habiskan dalam masa tiga jam. Tidak digalakkan letak semula di peti sejuk jika sudah terdedah pada suhu bilik pada waktu yang lama.

Susu UHT atau dikenali susu kotak sekolah
- Kotak yang belum dibuka - Tahan sehingga tarikh luput
- Jika dibuka - perlu simpan di peti sejuk dan dianggap seperti susu segar. Tahan 3 hari
- Jika dibuka dan diletak pada suhu bilik- perlu habiskan dalam masa tiga jam. Jangan letak semula dalam peti sejuk.

Susu tepung
- Belum dibuka - boleh tahan sehingga 2 tahun pada suhu bilik atau tarikh tamat (mana satu lebih awal).
- Jika sudah dibuka (refil) dan masuk dalam tin lama - tahan 3 bulan atau sehingga tarikh tamat (mana satu lebih awal).
- Jika dibancuh, tahan sehingga 3 hari jika diletak di dalam peti sejuk. Jika diletak diluar, habiskan dalam masa tiga jam.

Susu frozen
- Tahan 3 bulan.
- Jika dicairkan, dipanaskan dan diletakkan di suhu bilik, habiskan dalam masa 3 jam.

Yougurt
- Belum dibuka dan disimpan di peti sejuk - tahan sehingga 2 minggu
- Jika dibuka - habiskan dalam masa sejam. Jika pek besar, ambil kuantiti yang diperlukan dan masukkan semula dalam peti sejuk. Tahan sehingga 5 -7 hari jika penyimpanan di peti sejuk.

*Penting:
Ketahanan susu juga bergantung kepada faktor seperti keadaan peti sejuk dan juga suhu persekitran anda. Pastikan anda amalkan LIHAT, HIDU dan RASA sebelum meminum susu.

14/04/2021

Jika anda kerap rasa mengantuk (walaupun telah tidur secukupnya) dan kuat berdengkur sewaktu tidur, anda mungkin alami masalah SLEEP APNEA.

Berikut merupakan soalan untuk mengetahui risiko anda untuk mengalami masalah ini.

1. Adakah anda berdengkur kuat dan boleh didengar walau pintu bilik di tutup?

2. Adakah anda selalu rasa mengantuk pada waktu siang ?

3. Pernahkah sesiapa memberitahu anda tercekik atau tercungap semasa sedang tidur?

4. Adakah anda berusia 50 tahun ke atas?

5. Adakah BMI anda melebihi 35?

6. Adakah ukuran tengkuk anda melebihi 17 inchi?

7. Adakah anda lelaki?

* Jika jawapan anda YA melebihi 3, anda sudah ada risiko utk masalah sleep apnea

* Jika jawapan anda YA melebihi 5, anda ada risiko tinggi utk masalah sleep apnea.

Bagaimana ia berlaku?

Semasa tidur, otot tubuh akan berehat, termasuk otot di belakang lidah dan otot di sekitar saluran pernafasan.

Bagi sesetengah individu berisiko, tisu di sekitar tengkuk boleh menghimpit saluran pernafasan menyebabkan nafas terhenti untuk seketika semasa sedang tidur.

Dapatkan pemeriksaan segera jika anda berisiko tinggi

12/04/2021

Teh pada asalnya antara minuman yang baik untuk kesihatan. Ia menganduingi antioksidan yang unik dikenali sebagai flavonoids.

Ia membantu untuk menghapuskan radikal bebas di dalam tubuh yang boleh menyebabkan kanser dan penyakit jantung.

Namun setelah dicampurkan dengan pelbagai bahan lain seperti madu, BOBBA, susu pekat manis, ia menjadi minuman yang SANGAT TINGGI GULA. Maka tidak hairanlah kita juara obesiti dan penyakit tidak berjangkit.

Ajar lidah untuk "tolak dan tidak s**a" kepada minuman tinggi gula.

09/04/2021

"Terasa cepat penat betul kebelakangan ini. Tapi bukan buat apa sangat. Dah tidur lama dan cuti lama pun masih terasa penat. Bukan buat apa sangat pun. Kerja pun bukan berat sangat." Kata Kak Radia pada anda.

Pernah dengar atau alami perkara di atas? Jika penat tersebut dapat diselesaikan dengan rehat dan tidur, ianya mungkin tiada masalah. Jika penat tersebut tidak hilang selepas tidur, ianya mungkin masalah kesihatan.

Jom lihat 6 punca masalah kesihatan yang biasa menyebabkan kita penat. Ini hanya beberapa sahaja. Banyak lagi punca. Berbincang dengan doktor anda tau.

Address

27-1, Jalan KNMP 2A, Kompleks Niaga Melaka Perdana
Ayer Keroh
75450

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hebat Dinara posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Hebat Dinara:

Share