Kegembiraan Javatis

Kegembiraan Javatis Hi, jom amalkan gaya hidup sihat

13/12/2021
01/12/2021

💧Air Kosong tidak semestinya Kosong💧

-------------------------------------------------------------------------
Mari kita budayakan Minum Air Kosong sejak kecil lagi kerana manfaatnya yang baik merupakan keperluan bagi semua peringkat umur. Banyak kebaikan air kosong ini yang kita boleh dapat.

Jom ikuti infografik kami mengenai kebaikan Minum Air Kosong.

Air kosong pilihan hati, Jadi tanda sayang diri!😘😘




25/11/2021

Pengambilan jumlah protein yang mencukupi sangat penting untuk tubuh kita berfungsi dengan baik pada tahap kesihatan yang optimum..

Namun, kandungan protein dalam setiap makanan adalah berbeza-beza dan ianya tidak bergantung kepada harga makanan tersebut. Ramai yang beranggapan bahawa protein yang sihat pada sumber protein yang mahal seperti salmon, daging, ayam dan makanan laut..
Namun tanggapan ini adalah salah❌
Makanan seperti kekacang, tempe dan telur juga merupakan sumber protein yang BAIK untuk keperluan badan.

Mengikut saranan Piramid Makanan 2020, setiap hari kita disarankan untuk mengambil protein sebanyak:
✅ Ikan - 1 sajian
✅ Ayam/telur/daging - 1-2 sajian
✅ Legum atau kekacang - 1 sajian
✅ Susu dan Produk Tenusu- 2 sajian

Walaupun harga sumber protein berbeza-beza, tetapi kandungan nutriennya adalah hampir sama bagi setiap saiz sajian. Jadi, ambillah mengikut saranan selain pelbagai dan seimbangkan diet harian kita supaya dapat memperolehi nutrien yang berbeza-beza.

Bila AYAM naik harga, kita masih ada pilihan sumber protein yang lain😎

"MURAH TIDAK SEMESTINYA KURANG NUTRIEN"







10/10/2021

Kumpulan protein berada pada aras tiga dalam Piramid Makanan Malaysia 2020 dan merupakan nutrien penting untuk tubuh manusia yang berfungsi sebagai sumber tenaga, membina sel badan yang telah rosak dan membentuk enzim dan hormon. Selain itu, ia turut membekalkan sumber zat besi, kalsium, magnesium, zink, fosforus, vitamin B dan D dalam diet seharian kita . Ambil protein mengikut saranan yang telah ditetapkan di dalam Piramid Makanan Malaysia 2020 agar memenuhi keperluan khasiat yang diperlukan.

Nutritionist Penang




07/10/2021
06/10/2021

Pengambilan garam yang berlebihan boleh meningkatkan risiko tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan strok. Oleh itu, adalah penting untuk kita mengawal pengambilan garam dalam pemakanan seharian.

Ikuti cara mudah di bawah untuk menghadkan pengambilan makanan tinggi garam. Ingat, sedap tak semestinya masin.

Nutritionist Klate




29/09/2021

Nak Sihat tapi "Mahal"? 🤔

Sayur-sayuran dan buah-buahan perlu diambil setiap hari bagi memastikan badan sentiasa sihat terutamanya ketika wabak Covid-19 ini. Akan tetapi, ada yang beranggapan makan sayur dan buah ini susah disebabkan harga yang mahal. Berikut merupakan tips bagi mendapatkan sumber sayur dan buah secara "bajet".

Amalkan tip ini dan kekal sihat sentiasa 💪

Khairy Jamaluddin




Address

27-1, Jalan KNMP 2A, Kompleks Niaga Melaka Perdana
Ayer Keroh
75450

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kegembiraan Javatis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share