Sihat Bersama Dinara

Sihat Bersama Dinara Kebaikan utama page ini di adakan adalah untuk berkongsi rutinn hidup sihat bersama.

14/11/2022

🫁 Secara amnya, jangkitan kuman di tisu paru-paru dikenali sebagai pneumonia. Tanda-tanda pneumonia adalah batuk, demam dan susah bernafas. Namun demikian, pesakit yang mempunyai pneumonia, boleh menjadi lebih teruk sehingga tekanan darah jatuh yang dikenali sebagai 'septic shock' dan membahayakan nyawa.

Pneumonia adalah jangkitan kuman yang selalunya berlaku dalam kalangan kanak-kanak dan warga emas.
Jangkitan ini berpunca dari virus, bakteria, kulat (fungus), tibi dan lain-lain.

Dikongsikan tanda-tanda sekiranya anda atau ahli keluarga mengalami pneumonia.

🏥 Berjumpalah dengan pakar kesihatan supaya proses penyiasatan dan rawatan dapat dilakukan.

11/11/2022

Ada peminat buah betik tak di sini?

Buah betik yang terkenal dengan rasa manis ini bukan sahaja kaya dengan vitamin A dan C malah mengandungi pelbagai nutrien yang memberi kebaikan kepada kesihatan kita..

Jom ambil buah yang pelbagai untuk kesihatan kita!

Kenyalang Nutri-Info: Pusat Maklumat Pemakanan Sarawak






10/11/2022

Sumber protein dalam diet harian dapat diperolehi melalui sumber haiwan (ikan, daging, ayam, telur) dan sumber tumbuhan (soya, dhal, kekacang). Protein adalah nutrien utama dalam pembentukan tisu tubuh.

Piramid Makanan Malaysia 2020 menyarankan agar pengambilan protein harian datang daripada pelbagai sumber iaitu 1 hidangan ikan, 1 hidangan kekacang dan 1-2 hidangan ayam,daging,telur.

Bagaimana pengambilan protein anda hari ini?

Pusat Maklumat Pemakanan Johor






02/11/2022

Air merupakan salah satu komponen penting dalam tubuh manusia. Sewaktu bersukan, air akan hilang melalui peluh bagi mengekalkan suhu badan yang sesuai, oleh itu pengambilan air yang mencukupi adalah sangat penting. Jika kurang pengambilan air sebelum bersukan, badan akan cepat letih dan boleh menyebabkan kekejangan otot semasa bersukan.

Kami kongsikan infografik berikut sebagai panduan anda. Semoga bermanfaat.

Pusat Maklumat Pemakanan Negeri Sembilan




31/10/2022

Palsi serebrum atau Cerebral Palsy adalah gangguan kebolehan mengawal kedudukan dan pengaktifan badan disebabkan kerosakan pada otak yang sedang berkembang.

Keupayaan berdikari kanak-kanak palsi serebrum bergantung kepada keterukan bahagian badan yang terjejas seperti dikongsikan.

Gangguan yang juga biasa ditemui di kalangan pesakit adalah:
▶️ Kecerdasan di bawah normal
▶️ Mempunyai sawan/epilepsi (terutama pada jenis spastik)
▶️ Gangguan menghisap atau makan
▶️ Pernafasan yang tidak teratur
▶️ Gangguan berbicara
▶️ Gangguan penglihatan
▶️ Gangguan pendengaran

Terapi fizikal yang berterusan dan pendidikan khas boleh membantu anak-anak ini berdikari sejauh mungkin.

❤️ Berikan sokongan.

27/10/2022

DVT merupakan pembentukan darah beku di dalam saluran darah (vena) yang biasanya berlaku di bahagian betis atau peha.

DVT boleh mendatangkan bahaya dan kematian apabila darah beku pecah dan dibawa melalui saluran darah ke paru paru. Situasi ini dikenali sebagai PE (Pulmonary Embolism)

Apakah punca?

✅ Berusia lebih 60 tahun
✅ Mempunyai berat badan berlebihan

✅ Mempunyai urat varikos (saluran darah bengkak di kaki)

✅ Perjalanan yang jauh lebih daripada 3 jam dengan kapal terbang, kereta atau kereta api

✅ Sedang hamil atau jika anda telah melahirkan bayi dalam tempoh 6 minggu

✅ Mengalami dehidrasi

Dapatkan pemeriksaan dan rawatan segera jika ada gejala DVT

25/10/2022

🇲🇾 Orang ramai adalah digalakkan untuk mengamalkan yang berikut:

✅ (Test, Report, Isolate, Inform dan Seek) terlebih dahulu sebelum mengadakan aktiviti berkumpulan atau berkunjung sekiranya anda bergejala.

Sayangi ❤️ diri dan
Keluarga anda❗❗

21/10/2022

🦴Osteoporosis adalah penyakit yang tidak mempunyai gejala pada kebanyakan pesakit sehingga fraktur berlaku.

🏥 Rawatan awal adalah penting.
Proses kereputan tulang boleh diperlahankan jika penyakit ini dikesan awal.
✔️ Jika anda berisiko untuk menghidap penyakit ini segeralah berbincang dengan doktor terutamanya golongan:
✔️Warga emas
✔️Wanita hampir atau selepas putus haid
✔️Penyakit kronik seperti kencing manis, rheumatoif arthritis dan sebagainya
✔️Rawatan yang menggunakan steroid untuk jangka masa panjang

19/10/2022

Muka tiba-tiba senget sebelah❓
Seseorang itu boleh mendapat Bell’s palsy bila-bila masa sahaja.

Ia berlaku secara tiba-tiba, biasanya di sebelah muka.
Puncanya tidak diketahui tetapi dikaitkan dengan jangkitan virus dan inflamasi.

Kelemahan pada otot muka akan berlaku dengan cepat dalam beberapa jam dan akan menjadi lebih lemah dalam beberapa hari.

Dapatkan pemeriksaan daripada doktor dengan segera agar rawatan anda dapat diberikan dengan segera❗

31/03/2022
19/03/2022

Garam merupakan sebatian bukan organik yang mengandungi mineral penting yang diperlukan oleh tubuh manusia dalam jumlah yang KECIL. Garam juga dikenali sebagai Natrium Klorida dengan menggunakan simbol NaCl. Walaupun garam adalah penting untuk metabolisma tubuh, pengambilan garam yang berlebihan boleh meningkatkan risiko :

❗tekanan darah tinggi
❗penyakit kardiovaskular

Selain itu, garam berlebihan dalam badan boleh menyebabkan cecair dalam badan terkumpul dan membebankan buah pinggang. Oleh itu, anda perlu mengambil KURANG daripada 1 sudu teh garam sehari untuk mengelakkan penyakit.

Pusat Maklumat Pemakanan Terengganu




22/12/2021

Cotton bud merbahaya. Silap korek boleh merosakkan telinga. Elakkan menggunakan cotton bud. Mengunyah, memakan, dan kulit di dalam telinga akan menolak tahi telinga secara semula jadi. Jika tahi telinga keras, gunakan pelembut atau jumpa doktor telinga anda.

Address

27-1, Jalan KNMP 2A, KOMPLEKS NIAGA MELAKA PERDANA
Ayer Keroh
75450

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sihat Bersama Dinara posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share