Sihat Dinara

Sihat Dinara Hi, jom amalkan gaya hidup sihat

07/09/2021
03/09/2021

Pemilihan makanan yang tidak bersih dan selamat boleh menjejaskan kesihatan pengguna serta boleh menyebabkan cirit- birit dan keracunan makanan.

Ikuti tip ini bagi menjamin tahap atau mutu makanan yang diambil adalah bersih dan selamat.

Nutritionist Penang





02/09/2021

Tahukah anda apakah sumber makanan yang mengandungi vitamin A,C, D, E dan K ?🤔

Pengambilan makanan seimbang yang mengandungi pelbagai vitamin semulajadi adalah penting kerana ianya dapat memenuhi keperluan tubuh badan anda.

Salah satu cara untuk memenuhi keperluan tubuh badan anda adalah dengan mengamalkan konsep Suku Suku Separuh semasa makan.
Vitamin apa yang ada dalam makanan anda hari ini?? 😎💪

Cawangan Pemakanan, Jabatan Kesihatan W.P. Kuala Lumpur & Putrajaya





21/08/2021

Jagung adalah makanan ruji bagi sesetengah negara di dunia dan merupakan bijirin penuh yang mengandungi pelbagai vitamin dan mineral yang penting untuk tubuh badan manusia serta serat yang baik untuk penghadaman. Ia murah, senang didapati dan berkhasiat untuk sekeluarga.

Jom makan bijirin penuh yang baik untuk kesihatan jangka masa panjang. Kesihatan anda bergantung kepada apa yang anda makan 😉








20/08/2021

Bubur adalah antara makanan yang digemari oleh warga emas kerana tekstur lembut makanan tersebut senang untuk dikunyah dan ditelan. Walaubagaimanapun, pemilihan jenis bubur adalah amat penting bagi mengelakkan berlakunya kekurangan nutrisi. Pilih bubur yang lengkap dengan protein dan sayur-sayuran.

Gunakan protein yang segar dan lembut seperti ikan, ayam, telur, kekacang dan tauhu serta sayuran-sayuran berbuah seperti tomato, terung, petola, brokoli dan lain-lain. Makanan ini mudah dimasak dan lembut dan dapat mengurangkan risiko tercekik selain kaya dengan nutrisi. Elakkan/kurangkan penambahan makanan diawet seperti telur masin dan ikan masin ke dalam bubur kerana ianya mempunyai kandungan garam yang tinggi dan boleh meningkatkan risiko tekanan darah tinggi.

Nutritionist Penang









19/08/2021

Rezeki Allah itu datang dari pelbagai bentuk. Mungkin kita rasa perlukan itu pada waktu tersebut, malah Allah berikan yang lain. Ternyata, memang benar itu yang kita perlukan. Subhanallah, perancangan Allah itu hebat. ❤️✨

22/07/2021

Remaja, jagalah makan

Alam remaja adalah tempoh yang paling mencabar untuk setiap individu kerana proses pertumbuhan berlaku dengan pantas menyebabkan peningkatan keperluan tenaga dan nutrien-nutrien lain.

Amalan makan secara sihat penting kerana-
✅ Menyokong pertumbuhan dan perkembangan yang normal
✅ Menjadikan diri sentiasa cergas dan cerdas
✅ Membekalkan tenaga dan nutrien yang mencukupi
✅ Mencegah penyakit

Marilah sama-sama makan secukupnya 😉








01/06/2021
16/04/2021

Tidak ramai yang tahu, teknik moden untuk mencuci dan membersihkan rongga hidung adalah merupakan amalan yang baik di dalam Islam.

Ianya antara sunah dalam berwuduk dan dianjurkan oleh Nabi Muhammad SAW.

Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Jika salah seorang di antara kalian berwuduk, maka hendaklah ia menghirup air ke lubang hidungnya (intinsyaq), lalu ia keluarkan (istintsar).”

(Riwayat Muslim, no. 237).

Mencuci rongga hidung dengan lebih kerap seperti mana kita membasuh tangan dan mulut amat disarankan oleh pakar-pakar perubatan ENT. Sebolehnya sekerap kita mengambil wuduk.

Banyak manfaat yang boleh kita perolehi dengan membersihkan hidung dengan air.

Kita juga digalakkan menggunakan air garam yang isotonik kerana ianya lebih lembut dan tidak menyakitkan hidung.

Anda boleh menyediakannya sendiri ataupun membeli produk tertentu di kedai/farmasi berdekatan.

https://shopee.com.my/hyphenspharma.os?smtt=0.0.9
https://s.lazada.com.my/s.XLiVV
https://m.facebook.com/SterimarMY/

Belajar sesuatu? Tekan SHARE.

Address

27-1, Jalan KNMP 2A, Kompleks Niaga Melaka Perdana
Ayer Keroh
75450

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sihat Dinara posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share