Bersama rakyat

Bersama rakyat Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Bersama rakyat, Advertising/Marketing, Bakri.

23/07/2025

SARA UNTUK SEMUA - Sempena Hari Kebangsaan, semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas akan menerima RM100 (one-off) - PM Anwar Ibrahim

Pakatan Harapan (PH) yakin merampas Johor daripada UMNO dan Barisan Nasional (BN) sekiranya pilihan raya negeri (PRN) di...
19/07/2024

Pakatan Harapan (PH) yakin merampas Johor daripada UMNO dan Barisan Nasional (BN) sekiranya pilihan raya negeri (PRN) diadakan dalam masa terdekat.

Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Sri Gading, Muhamad Hanis@Hans Dr Azman Atar berkata, keyakinan tersebut berdasarkan rekod, data dan analisis keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

“PH yakin mampu untuk mengambil alih pentadbiran Kerajaan Negeri Johor dengan sekurang-kurangnya menang di 33 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Justeru UMNO Johor diminta muhasabah diri dan jangan mendabik dada dengan kemenangan bergaya pada PRN Johor yang lepas,” katanya dalam satu kenyataan selepas Mesyuarat Jawatankuasa PKR cabang berkenaan, di sini, malam tadi.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi sewaktu berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Sri Gading baru-baru ini dilaporkan berkata, inisiatif untuk merampas semula kerusi Parlimen Sri Gading perlu dilakukan UMNO.

“Hanya perwakilan yang tahu apa berlaku di Sri Gading. Saya tidak mempunyai jawapan tetapi UMNO Bahagian Sri Gading perlu melihat dan memastikan, terutama ahli bersama-sama kita,” ujar Onn Hafiz.

Susulan itu Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor, Faezuddin Puad menyifatkan kenyataan Onn Hafiz yang juga Menteri Besar Johor bahawa UMNO perlu merampas semula kerusi Parlimen Sri Gading daripada PH sebagai kurang cermat.

Beliau mendakwa kenyataan Onn Hafiz itu seolah-olah mempunyai agenda dan bertentangan dengan semangat kerjasama serta keharmonian dalam Kerajaan Perpaduan.

Mengulas lanjut, Hanis berkata, PKR cabang berkenaan menghormati semangat setiakawan dalam kalangan parti komponen Kerajaan Perpaduan.

Namun beliau mengakui terguris dengan kenyataan semberono Onn Hafiz dan juga beberapa pimpinan UMNO Johor kebelakangan ini termasuk dalam isu lain.

Katanya, PKR cabang itu berpandangan, sebarang usaha parti rakan untuk menggugat kerusi Parlimen dan DUN disandang rakan komponen parti lain dalam Kerajaan Perpaduan boleh mencetuskan rasa tidak puas hati.

“Desakan daripada pimpinan UMNO Johor untuk mengkaji semula kedudukan UMNO dalam Kerajaan Perpaduan dengan alasan keberadaan DAP dalam kerajaan adalah sesuatu yang tidak masuk akal.

“Apakah pimpinan UMNO Johor ini ‘hilang akal’ dan s**a melihat kerajaan yang dibina di atas titah Yang Dipertuan Agong ini runtuh sebelum habis penggal,” soalnya.

Kerajaan negeri ujarnya, diseru mencontohi semangat kerjasama Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan dengan memulakan lembaran baharu yang boleh merapatkan hubungan politik dalam kalangan parti komponen Oh dan Barisan Nasional (BN) di negeri ini.

“Ianya boleh dimulakan dengan agihan secara adil dalam urusan pelantikan ahli majlis di pihak berkuasa tempatan (PBT) dan ketua ketua kampung.

“Namun sekiranya UMNO Johor memilih untuk melebarkan jurang ideologi dan pemikiran, PKR Cabang Sri Gading dengan ini bertegas dan bersedia untuk meletakkan calon di N21 DUN Parit Yaani dan N22 DUN Parit Raja di samping mempertahankan kerusi Parlimen Sri Gading yang kini disandang oleh Parti Amanah Negara,” tegasnya. – MalaysiaGazette

Lapan inisiatif baharu bagi memperkasa bumiputera hasil KEB 2024.
03/03/2024

Lapan inisiatif baharu bagi memperkasa bumiputera hasil KEB 2024.


Titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 Sulta...
26/02/2024

Titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

13/02/2024

Taksub agama?

13/02/2024

Lebai penunggang isu?

Tiba di Melaka dan terus ke Taklimat Pembangunan Negeri yang disampaikan Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.Pelbagai...
09/02/2024

Tiba di Melaka dan terus ke Taklimat Pembangunan Negeri yang disampaikan Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Pelbagai aspek pelan pembangunan dan perancangan terkait ekonomi, kesihatan, pendidikan dan prakarsa lain dibentangkan demi perubahan, kemajuan serta kemakmuran negeri bersejarah ini.

Usai, saya kemudian hadir majlis perjumpaan bersama penjawat awam di MITC seraya menyampaikan amanat antaranya perihal tanggungjawab mahupun jawatan, bukanlah satu keistimewaan tetapi harus sentiasa perbaiki kecekapan masing-masing.

Soal kebijaksanaan dan amanah harus dijulang seiring dengan sistem nilai tanpa melibatkan hasad dengki, nafsu serakah membolot kekayaan hatta dendam kesumat tiada penghujungnya.

Marcapada menuntut pentadbiran termasuk kerajaan negeri didukung penjawat awam untuk lebih mendampingi teknologi baharu tanpa melupakan nilai jati diri dan kemahiran insaniah.

08/02/2024

Pak lebai dngar betul

25/01/2024

Belon kuning wt hal?

25/01/2024

Walaun ok ke?

Berita gembira untuk Riders P-hailing! 🤩P-hailing Rahmah, inisiatif terbaru untuk memberi manfaat kepada komuniti riders...
23/01/2024

Berita gembira untuk Riders P-hailing! 🤩

P-hailing Rahmah, inisiatif terbaru untuk memberi manfaat kepada komuniti riders. Kini, mereka dapat menikmati pelan data mampu milik pada harga istimewa, hanya RM33 untuk pelan data bermula 23 Januari hingga 23 April 2024!

Inilah peluang penjimatan untuk terus menjalankan tugas harian dengan kesalinghubungan yang lancar. Terima kasih kepada semua riders kerana perkhidmatan yang gigih dan komited! 🛵

Menghadap KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni A...
23/01/2024

Menghadap KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah bagi menyembah maklum urusan kertas-kertas kabinet esok.

Sesi hari ini turut disertai Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Zuki Ali.

Mesyuarat Pra-Kabinet hari ini juga amat mengesankan kerana ia merupakan kali terakhir sebelum Seri Paduka Baginda menamatkan tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Januari ini.

Mendoakan semoga Duli Tuanku serta seluruh Kerabat Diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta terus diberi keafiatan, kesejahteraan dan penuh kedaulatan.

Dirgahayu Tuanku!

Address

Bakri
84410

Telephone

+601169299833

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bersama rakyat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share