Helmi Properties

Helmi Properties Rumah mampu milik

KEBAIKAN MEMBELI RUMAH DI USIA MUDA  BULANAN RENDAHBeli rumah di usia muda ansuran bulanan pembiayaan akan lebih rendah ...
28/06/2024

KEBAIKAN MEMBELI RUMAH DI USIA MUDA
BULANAN RENDAH
Beli rumah di usia muda ansuran bulanan pembiayaan akan lebih rendah & mampu bayar berbanding yang lebih berusia kerana tempoh pembiayaan yang panjang.
TAKAFUL RENDAH
Beli rumah di usia muda Untungnya lagi bila kadar takaful untuk perlindungan hartanah juga jauh lebih rendah. Pelindungan ini akan ketara tinggi bila pembiayaan dibuat pada umur 30 tahun ke atas.
HARTANAH MAKIN MENINGKAT
Beli rumah di usia muda tidak dapat dijangka berapakah harga rumah dalam tempoh 5, 10 atau 20 tahun akan datang berbanding harga sekarang. Ada hartanah hanya perlu 5 tahun meningkat sekali ganda dari harga jual.
Gila? Tak gila kalau kita dapat beli diusia muda. Harga hartanah makin lama, makin tinggi dan mungkin tidak selari dengan pendapatan. Itu fakta. So jangan tunggu lagi.
RUMAH MUDAH LULUS
Beli rumah di usia muda pembiayaan mudah diluluskan kerana di usia muda komitmen untuk meminjam atau membuat pembiayaan masih kurang. Tidak besar seperti bila berusia kerana komitmen untuk anak-anak & keluarga sangat tinggi.
Di sini pentingnya disiplin & mengawal nafsu untuk membuat pinjaman atau hutang jahat yang boleh merosakkan profil kewangan kita. Hutang jahat ialah hutang yang akan mengurangkan pendapatan kita & tidak memberi nilai tambah kepada pendapatan atau aset.
RUMAH PERTAMA
Beli rumah di usia muda banyak kemudahan skim Rumah Pertama ditawarkan oleh bank-bank dengan margin 100% & ada juga yuran fi guaman ditanggung.
EMPAYAR PELABURAN
Beli rumah di usia muda apabila rumah pertama disewakan, lengkap dengan perjanjian sewa, bank akan kira sewaan sebagai pendapatan kita. Walaupun kita mempunyai komitmen di bank, kita masih lagi boleh membeli rumah untuk pelaburan lain kerana DSR kita masih rendah.
Mungkin harga rumah yang dibeli meningkat dan ada peluang untuk remortgage (lihat pada kadar sewa, jangan p**a ansuran lagi tinggi dari sewa). Jadikan ia sebagai modal seterusnya. Dan teruskan membeli untuk hartanah yang kedua. Ulang & belilah untuk pelaburan lagi. Nanti, rumah idaman anda ada orang yang bayarkan.
TAMBAH PENDAPATAN
Beli rumah di usia muda semangat cari duit tinggi & banyak masa terluang. Dari disiakan begitu sahaja, baik cari jalan untuk tambah pendapatan. Lupakan pelaburan yang boleh bagi untung yang tidak masuk akal. Selain pelaburan melalui sewaan, teknik flipping sangat pop**ar untuk memperolehi pendapatan yang tinggi dari keuntungannya.
KELUARGA TERJAMIN
Beli rumah di usia muda keselamatan isteri & anak-anak akan lebih terjamin bila miliki rumah sendiri. Bagi si bujang inilah modal terbaik untuk dapat jodoh cepat. Hah.. Bakal mak mertua mana tak s**a bila dapat bakal menantu dah miliki rumah untuk anak daranya. Pastinya keselamatan dan tempat berteduh sudah terjamin akan meyakinkan bakal mertua & menjadi modal di majlis meminang nanti.
Yang mana sudah berusia, ingat umur hanyalah angka. Yang pentingnya adalah TINDAKAN kita & masih belum terlambat daripada tidak mencuba..
Yang muda, belilah ikut KEMAMPUAN bukan ikut KELAYAKAN..
Untuk semak nilai harga semasa rumah anda, klik di sini.
Sekiranya anda berminat untuk menjual hartanah anda, klik di sini.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, boleh terus hubungi saya di talian berikut:
ZULHELMI BIN BAHARI
EJEN SAH IW PROPETIES SUNGAI PETANI KEDAH
https://hi.jomwasap.my/Helmi8617

Address

No 76 Taman Desa Melor
Baling
09100

Telephone

+60175207929

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Helmi Properties posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Helmi Properties:

Shortcuts

Share