Dee Embroidery

Dee Embroidery Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Dee Embroidery, Screen Printing & Embroidery, Southville City, Bangi.
(2)

Kelas Sulaman Berkomputer Face to Face & Online / Jual Mesin Brother
Servis Mesin / Jual Laptop Murah / Servis Laptop & PC
Terima Tempahan Sulaman

Authorized Sewing Educator & Sub Dealer for Brother International ( Malaysia )

Cikgu Dee Travel Solo Ke Terengganu?!Tajuk macam gempak kan? Hakikatnya memang gempakkkk! Ecewah takdelah. Saja je sebab...
09/04/2026

Cikgu Dee Travel Solo Ke Terengganu?!

Tajuk macam gempak kan? Hakikatnya memang gempakkkk! Ecewah takdelah. Saja je sebab lama tak menaip post di page ni kan. Okeh meh saya cerita kenapa saya solo travel ke Terengganu 2 - 3 hari lepas. Nak tau tak.....

Ceritanya begini. Minggu lalu saya di whatsapp oleh Kak Rohayati dari Manir, Terengganu untuk berkunjung ke kedai saya di Southville City, Dengkil untuk konsultansi berkenaan mesin sulam berkomputer Brother.

Jadi nya, saya mengalu alukan lah kedatangan beliau ke kedai kecik saya tu. Di fast forwardkan cerita ni, beliau dan suaminya pun datang ke kedai saya. Macam biasalah, saya menerangkan kebaikan dan peluang bisnes sulaman ni pada beliau berdua. Saya juga menceritakan sehabis baik risiko jika mesin jadi tukun jika tak fokus yang akan membawa kepada kerugian wang dan masa sekian sekian.

Alhamdulillah, Kak Ti dan suami faham dengan penjelasan saya. Terus mereka buat pembayaran untuk Pakej Mesin Brother V3SE saya. Setelah mesin mereka sampai ke Terengganu. Saya pun datanglah menaiki kapal terbang demi menjimatkan kos dan mengurangkan kepenatan memandu. Tambahan p**a, Cikgu Fatin ( Isteri saya ) sarat mengandung dan tak boleh jalan jauh.

Maka saya pun ke Manir, Kuala Terengganu untuk mengajar Kak Ti dan menantunya Su. Dimulakan dengan sesi unboxing, kemudian ke sesi kelas software sulaman, kemudian ke sesi projek sulaman dan seterusnya ke sesi makan tengah hari makan nasi lemak masakan Kak Ti yang sedappp. ( okey ni tambahan sesi ye )

Akhir sekali kelas 4 jam ni berakhir dengan penuh keceriaan sebabnya ada juga hasil sulaman yang di hasilkan. Terima kasih Kak Ti, suami dan menantu mereka Su diatas layanan yang amat amat baik sepanjang saya ada kat situ. Siap jamu makan, hantarkan ke lapangan terbang. Moga moga Allah merahmati Kak Ti sekeluarga dan mudahkan proses belajar sulam ni. Aminn Allahumma Aminn..

Mesti korang tanya, ada extra caj ke kalau datang rumah ni?

Tak pun. Semua termasuk dalam pakej bila korang beli mesin sulam dengan kami. Kami bantu sedaya mungkin untuk korang faham asas dahulu sebelum step seterusnyaaaaa. Jimat kan? 😍

Nak survey survey mesin sulam Brother dan BAi 15 jarum? Meh tekan link di bawah.

www.wasap.my/601137975689/naksurveyjeee
www.wasap.my/601137975689/naksurveyjeee
www.wasap.my/601137975689/naksurveyjeee

Semoga Aidilfitri kali ni membawa sejuta kebaikan dan keberkatan pada kita semua. Ramadan pastinya di rindui, Syawal kit...
20/03/2026

Semoga Aidilfitri kali ni membawa sejuta kebaikan dan keberkatan pada kita semua. Ramadan pastinya di rindui, Syawal kita sambut dengan kemenangan! Doa saya, kita semua di berikan kekuatan, kesihatan, rezeki dan kebaikan yang tak terperi mewahnya !

Ampuni juga salah silap saya dan isteri serta team saya seandainya ada yang mengguris hati, menjentik jiwa, merotan tangan dan tarik side burn ketika urusan kelas mahupun pembelajaran berlaku. Eh.

Apa apa pun doakan juga isteri saya, Fatin bakal bersalin anak sulung kami awal bulan Mei ni ( Jangkaan due date ). Doakan juga moga darah beku hilang juga sepenuhnya lepas bersalin. Sebenarnya tak sanggup nak cucuk ubat cair darah 2x sehari sejak beberapa bulan lepas. Kesian beliau. Saya yang cucuk pun kena tabah dan kuat tau. Kadang2 nervous juga sebab saya bukan nurse mahupun doktor kan. Huuuu.

Apa apa pun Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin! Dari saya, Cikgu Dee, Fatin, Team saya, Cikgu Khai Linaz Stitches, Cikgu Arfah ( Angah Teratai ), Cikgu Nora, Cikgu Juma, Cikgu Nurul, Cikgu Dila dan Cikgu Zuliah.

ππ„π‹πˆ πŒπ„π’πˆπ π’π”π‹π€πŒ 𝐃𝐀𝐏𝐀𝐓 πƒπ”πˆπ“ π‘π€π˜π€ !!Ya. Betul! Jika anda membeli mesin sulam, anda ada peluang untuk tebus duit raya berj...
24/02/2026

ππ„π‹πˆ πŒπ„π’πˆπ π’π”π‹π€πŒ 𝐃𝐀𝐏𝐀𝐓 πƒπ”πˆπ“ π‘π€π˜π€ !!

Ya. Betul! Jika anda membeli mesin sulam, anda ada peluang untuk tebus duit raya berjumlah RM30, RM50 atau RM100 ketika sesi unboxing mesin tersebut. Nak tebus kat mana? Tebus dengan team Dee Embroidery yang aktif pun boleh. 🀭

Mesin sulam Brother pun ada promo Aidilfitri tau! Harga termasuk KELAS, SOFTWARE, GROUP SUPPORT, BAHAN SULAM & banyak lagiiii!! Berbaloi sangat!

Lagi best dapat FREE PENGHANTARAN DAN TRAINING 3 JAM sekitar Selangor & KL! Kalau luar dari Selangor & KL ada penambahan caj minyak jeee! Training boleh buat maksimum 5 JAM FREE!! Janji korang tau guna mesin tuu. 🫑

Promo ni bermula dari 25 Feb - 25 Mac 2026!! Dapatkan mesin sulam anda dan jana pendapatan selepas Raya Aidilfitri ! Yosh! πŸ₯°

www.wasap.my/601137975689/PromoAidilfitri
www.wasap.my/601137975689/PromoAidilfitri
www.wasap.my/601137975689/PromoAidilfitri

Terima kasih PKM Kemas Slim River sudi anjurkan Kelas Cuba & Sulam semalam.Alkisahnya Cikgu Cikgu disini dah ada mesin s...
23/12/2025

Terima kasih PKM Kemas Slim River sudi anjurkan Kelas Cuba & Sulam semalam.

Alkisahnya Cikgu Cikgu disini dah ada mesin sulam Brother 3 unit. Tapi tak tau cara nak guna. Jadi Cikgu Ayu pun menghubungi saya untuk buat kelas di tempat mereka. Kebetulan juga Cikgu Ayu ni ahli premium Dee Embroidery sejak awalΒ² Dee Embroidery beroperasi kan. Jadi mudahla nak berurusan.

Semalam, Cikgu Ayu, Cikgu Ayda dan Cikgu Wani diajar asas penggunaan mesin sulam, kenali bahanΒ² yang perlu ada di dunia sulam dan belajar cara reka design di software sulam. Antara projek yang mereka reka sendiri di software adalah Nametag Sekolah, Keychain dan Sulaman Tuala. Untuk Pakej ni yurannya hanya RM70 seorang untuk kelas 5 Jam tauuu.

Alhamdulillah kesemua CikguΒ² berjaya siapkan projek dengan tenang dan cantik. Terima kasih juga buat team saya Cikgu Angah Teratai yang sudi datang dari Teluk Intan untuk membantu mencurahkan ilmu sulaman. Siap sponsor kalendar Dee Embroidery lagi tau. Terima kasih Kak Arfah Effa !

Next kelas di mana? InsyaAllah tiada aral bulan Februari 2026 saya berada di Kelantan p**ak! Jumpa di sanaaaaaa! πŸ₯°

- Cikgu Dee

Berminat? Komen NAK dibawah, nanti saya PM! πŸ₯°

AKTIVITI CHECK & TEST LAPTOP SERTA TABLETBiasanya kalau sebelum saya serahkan atau pos laptop / tablet pada pelanggan, s...
04/12/2025

AKTIVITI CHECK & TEST LAPTOP SERTA TABLET

Biasanya kalau sebelum saya serahkan atau pos laptop / tablet pada pelanggan, saya akan ambik masa 1 - 2 hari untuk pandu uji.

Biasalah, barang dari luar negara ni bukannya kita boleh jangka akan elok 100%. Tapi kebiasaannya stok laptop / tablet refurbished yang saya jual ni takde lah bermasalah major pun. Cuma minor yang boleh diselesaikan terus. Kalau gamak gamak teruk problemnya, saya ganti unit lain atau claim refund pada supplier je.

Dan juga, saya selalu buat check dan test run ni dalam pukul 3 pagi. Time sunyi sepi tu la boleh fokus pada sebarang bunyi atau signal problem. Contoh macam dalam gambar tu. tengah prepare checking untuk laptop free gift dalam pakej mesin 15 Jarum & tablet tu pun sama. Untung tau beli mesin sulam dapat laptop / tablet ni. Dah tak pening2 dah. 🀣

Ada orang tanya saya, kenapa Cikgu Dee jual laptop jugak? Jawapan saya, sulaman berkomputer ni amat perlukan laptop. Jadi bagi yang tak mampu nak beli yang baru, beli yg refurbished ni pun okay dah. Fungsi masih sama, harga je la jimat sikit. Rata rata laptop refurbished ni tahan la juga 2 - 5 tahun kalau pandai guna dengan elok. Kalau guna tak reti, lepas tu main klik je iklan sembarangan, buka website bukan bukan, terkena virus ke trojan ke rosak la dia. πŸ˜†

Eh, saya pun guna yang refurbished jugak tau. Alhamdulillah masih elok dan cemerlang. Siapa yang belajar dengan saya berdepan pun tau kannnn. Hehe.

Nak beli laptop dengan saya? Ada promo Akhir Tahun tau! Klik je link di bawah untuk sembang dengan saya. Macehh

www.wasap.my/601137975689/laptoppromo
www.wasap.my/601137975689/laptoppromo
www.wasap.my/601137975689/laptoppromo

Address

Southville City
Bangi
43800

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 10:00 - 18:00
Wednesday 10:00 - 18:00
Thursday 10:00 - 18:00
Friday 10:00 - 12:00
15:00 - 19:00
Saturday 10:00 - 18:00

Telephone

+601137975689

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dee Embroidery posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Dee Embroidery:

Shortcuts

Share